BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Saturday, April 25, 2009

KuRUs....???


Betul.
...tak maen2...

memang "kurus"

eh, apa yg kurusnya nih???

rileks..rileks...ni bukan nak cerita tentang aku yg semakin kurus. apatah lg nak cerita ttg rancangan KJ untuk menjadi kurus. meskipun tentang Yana yg pasti senyum melebar bila aku mengatakan bahawa dia kurus.Malah juga cerita Nadhir yg kurus kering..Tapi, ni adalah cerita tentang "KURUS."
(apa ler yg aku carutkan kat atas..abaikan aje la..hahaha)

semalam, 24hb april 2009..selepas aku tonton citer One In A Million (sbb KJ nak sgt tgk performance Tomok, dan in the end of show, bukan maen lg dia memuji Esther. yela, taste pompuan faveret KJ kan yg "montok2"..hahahaha..pecah lobang!), aku tonton citer realiti pasal Agensi Janice Dickinson (seorang model tua yg masih cantik bergetah + kelazeran mulut tahap tenuk + perasan dia 1st Supermodel in d World..), aku pun alih la saluran TV ke channel TV9. sajer, tgk2 citer ape yg ada. masa tu dlm pukul 11.20p.m. then, pandangan aku tertancap pd satu drama yg disiarkan kat TV9..mula2 tu, buat dunno ajer, ye la, citer last drama Melayu yg aku tgk betul2 adalah pada bulan Ogos kot, 2008 ; Suara Saleha (lakonan Ogy, Fauziah Nawi & Raja Azura. Drama ni menang drama terbaik anugerah skrin taun lepas). then, aku dah tak tgk2 drama melayu dah..ditambah pulak dgn idea2 klise yg cukup menyakitkan hati, better im not watching d drama...

tapi drama ini cukup berbeda..KURUS..itulah tajuknya..dan tajuk komersialnya adalah DAYS OF THE TURQUOISE SKY (ni aku tau drpd internet)..jgn ditanya kenapa signifikan tajuknya Kurus, tp kalau tajuk yg bi tu, mungkin disebabkan salah satu babak yg dilontar dialog yg cukup indah mengenai langit kebiru-biruan...

antara babak yg aku suka, adalah ketika watak sampingan, Eli, kawan sekelas Ali (watak utama) sedang berborak2 dgn Iqa, seorang perempuan yg berbadan "comel" di sebuah pangkin..
Eli : eh, ada lebah lar...
Iqa: maner, maner?...eh, awak nak tau tak...lebah kan, boleh wat sy kurus....
Eli : yeke?
Iqa: Betul..aritu kan, sy kena sengat dgn lebah kat atas kepala. lepas tu, kepala sy jadi pening. tiba-tiba, saya rs badan saya menjadi semakin kurus...
Eli : betul ke ni awak??
Iqa: betul...cuba awak tangkap seekor lebah, sy tunjuk...
kemudian, Eli tu cuba tangkap lebah tp tak dpt. lama cuba, dia dpt tangkap seekor lebah, tp da mati. Eli pun cadangkan kat Iqa, suh amik bisa lebah tu. kot2 menjadi. Iqa pun picit lebah tu utk kuarkan bisa, dia pun sapu kat atas kepala...then dia tny;
"saya nampak kurus tak???"

babak kedua yg aku suka, juga babak antara Eli dan Iqa..masa tu dorg tgh tgk langit..
Iqa: Awak nak tau tak...kalau langit warna ungu, maknanya dia tgh sedih. Dia bergaduh dgn awan...
Eli : eh, mana awak tau??
Iqa: iya lar..cuba awak fikir..kalo langit kelabu, hujan pun turun..tp, kalo langit ungu, tak pernah pun hujan turun tau..
Eli : oooo...

kenapa aku suka kedua-dua babak ni? sebab pada aku, dialog dan situasinya mempunyai makna yg sgt mendalam...walaupun babak ini bukan babak penting yg merencanakan perjalanan drama 73 minit ini, tp bg aku, 2 babak ini sgt meninggalkan kesan...

ini adalah sinopsis drama Kurus yg aku amek drp internet:

"...Ali (newcomer Arshad Zamir), a 15-year-old boy living in rural Malaysia, is enduring the usual growing pains: —smart-arse bullies, teenage boredom, and a single-parent household. But the arrival of the new English teacher, Miss Liew a.k.a Carol (Carmen Soo), unleashes in Ali one serious schoolboy crush. On top of his father's complicated love life and his own yearnings for Miss Liew, Ali also witnesses his best friend's mixed-up feelings towards the posh new girl in class transform from loathing to love..."

pelakon-pelakon dia, ada yg batu dan ada gak yg lama seperti Namron yg memegang watak Budi (ayah Ali), Mislina Mustapha (watak Leana-jiran Budi yang suka kat Budi dan selalu ajak kawen sbg balasan bg pinjam duit dan selalu mejaga Ali. Kalo korg tak kenal siapa Mislina Mustapha ni, dia ni pelakon yg jd watak Mak Melor dlm filem Talentime dan berlakon dlm iklan PLKN, yg jd watak mak yg menangis tu..huhuhu) dan Miss Carol (Carmen Soo- cikgu yg diminati Ali, tp dia sudah ada pakwe (Billy) yg mengaku kononnya dia seorang usahawan namun sbnrnya Billy hanya lah seorang pencuci kolam ikan yg selalu mencuri-pakai kereta bos nya...)

Diarahkan oleh Wong Min Jin, drama ini telah mendapat penganugerahan Hadiah Khas Juri dalam Bangkok International Film Festival's Golden Kinnaree Awards pada 28 september 2009 di bawah kategori South-East Asian Competition. Selain dipertontonkan di Bangkok, dram ini juga telah ditayang di Hong Kong, Taipei, Brisbane dan di Cinema Digital Seoul Film Festivals. so, no wonder aku merasakan drama ini hebat kerana drama ini memang "hebat." Ternyata, jauhari jualah yg sesuai dgn manikam..Hahahaha

Ok la. byk plak aku celoteh kali ni. bukan apa..aku dah sgt merindui drama2 melayu mahupun drama bersiri melayu yg berkualiti setelah drama KAMI tamat siarannya dulu dan filemnya pula tidak mendapat kutipan pecah panggung..mungkinkah, rakyat di Malaysia, buta produk tempatan berkualiti???? You asked for it....

p/s: org kata, drama2 arahan Kabir Bhatia pun berkualiti. Yeke???


Ali, yg sedang berlatih tinju sebab selalu dibuli...


Ali, bertanya kepada bapaknya, "adakah kita ini miskin??"


Budi sedang meng"ayat" Leana untuk pinjam duit byr hutang judi...


Miss Carol sdg mengambil buku-buku yg jatuh dlm kolam...


Akhir ceritanya.....Ali memboncengkan Miss Carol...adakah cinta terhalang berputik???

7 comments:

  1. Eli : eh, ada lebah lar...
    Iqa: maner, maner?...eh, awak nak tau tak...lebah kan, boleh wat sy kurus....
    Eli : yeke?
    Iqa: Betul..aritu kan, sy kena sengat dgn lebah kat atas kepala. lepas tu, kepala sy jadi pening. tiba-tiba, saya rs badan saya menjadi semakin kurus...
    Eli : betul ke ni awak??
    Iqa: betul...cuba awak tangkap seekor lebah, sy tunjuk...


    hahahha~
    cite ni d tayang kan malam td
    layan gak
    kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. akoo: eh ade lebah la....
    ekauu: mane.....
    akoo : tu... eh awak tau tak lebah kan boleh wat awak kurus.....
    ekauu..: mcm ne lak...
    akoo... : ye la.. awak biarkan lebah tu sengat awak, pastu awak biar jek.. biar dia bengkak.. pastu awak cucuk, nanti keluar ar lemak... heheheeh


    >>>>
    wei.. review yg sgt baik...
    ps lagi: bykkan gambar ar.. plz.. ahaah

    ReplyDelete
  3. wawawa... aku komen arituh asyk ltk nme kj je dlm blog ko. skali ko ltk nme aku mst dlm bab2 mcm ni. kuasam sungguh...

    ini ke cite yg ko sbut kt aku? huhu... nice... pndainya kamu mereview cerita. hrp2 nnt kamu psm, kamu pndai wt literature review yek. ganbatte!!

    ReplyDelete
  4. pelakon-pelakon dia, ada yg BATU dan ada gak yg lama seperti Namron yg memegang watak Budi...

    BAtu sape yg ko tngok ni roy???hahaha
    agak lucah disitu...

    ReplyDelete
  5. sian giler budak ni... tak reti nak komen kat entri sendiri waakakakak....

    batu sape dia tgok?
    wooooooooo

    ReplyDelete
  6. aik? lucah mngapa?? aku nk tau, aku nk tau...

    roy, jwblh... knp diam je?? ops lupa... dia xleh komen blog sndri... aku n kj pny blog pn t'slmt dr ancaman komen2 dia. haha

    ReplyDelete
  7. plakon ali tu skolah kat skolah aku :)

    ReplyDelete