BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Tuesday, April 7, 2009

KaWan Vs LawaN

aku seorang yg pemalu...
ya, aku memang seorang yg pemalu...
tersangat pemalu...

aku bukanlah seorang yg mesra untuk memulakan perbualan dgn org yg tidak dikenali, dan aku mengambil masa untuk memilih org untuk dikenali..acap kali aku mendapat "halo effect" bhw aku ni seorg yg sombong..tp, apabila sudah mengenali aku, rata2 nya tahu betapa baik dan mesranya aku (pergh, puji diri sendiri tak tahan tuh..hohoho)

prinsip aku mudah..dari dulu, skrg dan harapnya moga selamanya...
dalam berkawan, biarlah kawan kita hanya satu..namun kita berkawan sekawannya..
maksud aku mudah, apabila aku berkawan, aku akan berkawan dgn dia seikhlasnya. biar diri kita berkorban demi kawan, kerana kita percaya dan ikhlas dlm berkawan...

tapi, tak semua selayaknya menjadi kawan..betul. ada bezanya antara kawan, sahabat, teman dan sebagainya..tp, adakah kita membezakan definisi antara satu sama yg lainnya? TIDAK

kadang2, tipu lah kalo kita ckp bhw kita tak pernah mengalami keadaan drp kawan, tup-tup menjadi lawan..pasti wujud keadaan itu dalam perjalanan hidup kita...tp yg aku kesalkan, apabila kawan yg cuma aku bertahan sabar melayani kerenah anehnya dan berkongsi semua untuk kejayaan bersama, akhirnya menjadi seteru atau lawan yg paling memualkan panorama..

ya, hak berkawan adalah hak individu. siapalah seorg kawan untuk menentukan siapa yang boleh menjadi kawan kita, dan berapa org kawan kita..aku bukan boneka, dan aku bukan hak masyarakat..tp pelik kan? walau dirinya dah dilanda pelbagai kebobrokan dlm hidup..drp dean list kepada "drop list", drp sederhana perbentangan kepada "sedihnya" perbentangan dan drp pandainya menjawab ujian kepada "pandirnya" meniru ujian..diri itu masih tak sedar nikmat Tuhan yg ditarik semula, gara-gara kerana nafsu dan rakusnya hasad dengki yg menguasai diri..

aku tak tercalar apa-apa..walau aku tak dijemput ke majlis BBQ rakan sekursus, mahupun tak dialu ke rumah lecturer tika hari raya yg dikendalikannya, tp alhamdullillah...Tuhan lebih arif dan Maha Mengetahui segalanya.. biar dia tak terasa secuit malu hadir ke lawatan yg aku anjurkan, ataupun tak terasa kebas muka kerana aku membantu menambahkan markah pembentangan bi nya, tp yg penting, Tuhan akan membalas segala perbuatan seorang bekas "kawan" yg makan "kawan" ini...

aku masih steady..cuma kasihan, kerana tatkala nama aku disebut di depannya, hidungnya kemas tak cukup nafas..maaflah ek..ko tu femes sbb perangai buruk, bukan sbb org memuji ko..muak apabila melihat perangai org yg kuat perasan, tp hakikat hasilnya semua pengkhianatan kepada org lain dan kebodohan..jgn sampai kwn2 lain tak dapat bersabar, kerana mereka dah mulai sedar betapa hinanya diri kau sbg seorg kawan..pulanglah ke pangkal jalan..

p/s: kawan kadang-kadang boleh jd haruan..sanggup makan anaknya apabila lapar..akhirnya, tiada apa lagi yg akan berada di sisinya kelak...malangkan??

4 comments:

  1. jika dia hendak kembali ke pangkal jalan adakah anda ingin menerimanya kembali??...berjalan, makan dan segalanya bersamanya??...

    ReplyDelete
  2. hem btl gak ek..pe yg ko akn lakukan ble si 'makhluk berbulu' ini kembali ke jalan yg benar...apkah smua pnghinaan dan peperangan ini akn tamat dan lesap begitu sahaja???...

    ReplyDelete
  3. aman la dunia kalau diorang berbaik...
    amin semoga tuhan mempercepatkan masa tu...
    x sabar nak tngok anda berpelukan dengan makhluk berbulu itu..huhu

    ReplyDelete
  4. haha..aku xdpt bayang kn saat yg mengerikan itu..hu3..

    ReplyDelete