BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Sunday, November 29, 2009

UsaH RaGu deNgan Takdir....


tanya sang hati...sampai bila perlu menanti...
arjuna bicara, hanya takdir penentu segala...

benar...
mereka bukan lagi cerita 5 tahun lalu...
benar...
mereka bukan lagi penglipur yg sama 5 tahun lalu...
kerana detik berlalu mematangkan mereka
untuk melalui landasan hidup dan haluan
namun
mereka sendiri tahu
bahawa rasa ini masih sama seperti 5 tahun lalu
cuma seringkali dilelahkan
dengan pelbagai keletah dan kekhilafan tafsiran

ada tika
mereka acap kali mengungkap
"rasa ini amat menyakitkan..."
"semoga perhubungan ini terjalin di akhirnya..."
"andai jodoh tercipta untuk kita, kita pasti akan bersama..."

arjuna tahu sang hati bermuram durja
arjuna tahu sang hati terasa terasing
arjuna tahu sang hati kesepian
hati yang terguris....moga lenyap sendirinya
hati yang sedih....moga terbit senyumannya
hati yang sunyi....moga yakin disisinya

bukan usia alasannya...kerna ia hanyalah angka utk berkata-kata
bukan masa sebabnya...kerna detiklah mematangkan mereka
bukan hati ujarnya....kerna telah terikat pd satu lafaz
cuma seringkali diri arjuna terasa kerdil
untuk melayangkan sebuah kehidupan impian sang hati
tapi dititipkan kesetiaan sehingga ke hujung waktu
dan keredhaan
andai cerita ini hanya satu momen indah
yg tiada berpenghujung
dan tidak mampu lagi dinanti sang hati

haluan ini terasa panjang
terasa pedih....membiarkan sang hati sebegini
terasa getar....mencipta ilusi yang diimpi
terasa lambat....membuka lintasan memahkotakan sang hati

tanya sang hati...sampai bila perlu menanti...
arjuna bicara lagi, hanya takdir penentu segala...


video

Lirik Cinta Terakhir - Aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Korus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang korus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ulang korus

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman


Thursday, November 26, 2009

InSOmNIa....


tekanan...
penat...
kerugian...

arghhh...apa yg aku nk coretkan nih??hurm...org tua2 kata, badan yg sihat dtgnya drp gaya hidup yg sihat...gaya hidup yg sihat, perlulah bermula dgn tidur yg mencukupi...apabila kita mendapat tido yg mencukupi, maka kita akan sgt BERTENAGA utk melakukan kerja2 lain seperti mengunyah makanan sbyk 50 kali, bergolek2 selama 30 minit sblm mengambil tidur petang dan mengurangkan regangan pada otot mata utk maraton tonton The Biggest Loser selama 8 jam di Hallmark!

namun, apa yg berlaku pd aku adalah sesuatu yg tidak sihat! setelah melakukan kiraan tanpa menggunakan kalkulator (juz nak feeling perasaan budak SPM yg tak dibenarkan guna kalkulator tu..), maka sudah 39 hari aku tidak memperoleh tidur yg mencukupi...bermula drp minggu ulangkaji (yg sememangnya aku tidak ulangkaji), sehinggalah ke hari sebelum raya haji! pergh...aku taktau la mcmane aku bley tahan...

tp sib baek aku dibekalkan dgn sumber karbohidrat dan protein yg lumayan; fries + sosej + telur mata, yg membuatkan aku sgt berselera tiap2 kali makan...tp bila da pukul 2,3 pagi, takkan la aku nak makan lagi plak kan...jd, keadaan yg sukar nk tido ni bergaul dgn gelojak lapar dlm perut mmg sgt membuatkan aku resah, gelisah tp aku tak kesah! as long as ak still tersenyum melayari hari2 aku yg SANNNGGGATTT PPEEENNDDEEKKK pd belah siang, dan PPAAANNNJAAAANNGG pd belah mlm...

ada idea tak mcmane nak ilangkan masalah insomnia ni??? selain minum susu (FYI, aku sgt benci pd susu...kecuali susu pekat lah, kalo tak, tak best la air milo aku) dan membuat senaman (sbb aku sgt3 merasakan diri ini kebal dgn senaman...)...macamane eh??? adoi....

p/s: ada org, dtg sini ditolak pergi...dtg sana diusir lagi...itulah org sudah bilang...kalo dah busuk, bwk ke mana2 pun org terhidu juga...alahai

Thursday, November 19, 2009

LaGU UnTuK KiTa....


Teguh...
Utuh...
Mesra...

apa yang aku nukilkan kali ni??hurmm...apa yg kita kisahkan dlm hidup??...apabila satu jalinan yang terbina, membentuk satu bentuk yang aneka... Kita warnai dgn cara kita fahami, kita hiasi dgn lagak kita terokai... Kadangkala ada tercetus perbalahan antara kita, kadangkala ada terbit kerenggangan sesama kita... Namun kita belajar untuk mengerti apa itu sahabat, kita mengetahui untuk apa kita berjabat... Walau ada jarak yang terbentang merentangi kita, akan ada denai yg kita jelajahi bersama...Kau Aku; kita akan tetap bersama....teguh, utuh dan mesra dalam bentuk yg kita hajati bersama...yang kita karangi bersama...

(buat teman...buat sahabat...buat kawan...buat geng..yang setia mengukir arca ceritera bersama)

video
Title: Through My Window - Bunkface (original version)

Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me, me are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Me and you, And we are not alone
Different view, We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now

Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real

*******************************************************
video
Tajuk: Di Jendela - Tomok (Versi Melayu)

Memang ku mahu segalanya
Fikir ku mampu laku semua
Ku melangkah dengan pasti
Ku mampu laku sendiri

Sekelip mata hari baru pun tiba
Beritahu lagi cara baru
Perasaan ku berbunga
Harapan ku mula ada

Ada kau aku kita kan bersatu?
Kau aku akhirnya bersama
Di Jendela ku melihat
Segala ku inginkan
Kau aku kita kan bersatu
Berbeza namun tetap mesra
Pabila ku lihat kamu
Impian nyata ku tahu

Rasa hati mula membara
Penantian tiada ku rasa
Tak mampu ku hidup tanpamu
Sendirian selamanya

Ada kau aku kita kan bersatu?
Kau aku akhirnya bersama
Di Jendela ku melihat
Segala ku inginkan
Kau aku kita kan bersatu
Berbeza namun tetap mesra
Pabila ku lihat kamu
Impian nyata ku tahu

********************************************************

video
Title: Through My Window - Shila (female version)

video
Title: Through My Window - Mila, Dafi & Akim (triplet version)

p/s: t'ingat kenangan karaoke dgn geng rayap...RINDU KORANG

Thursday, November 12, 2009

LaPar!!!!! TaPi Nak YaNg MANe eh???


tensen...
takde mood...
mengiurkan...

Apa yang aku cakapkan ni??hurmm...NAK BALIK KAMPUNG!!! esok adalah hari terakhir final examination aku...kertas Ergonomik...walaupun berdebar2 dan terasa bingung nak abeskan semua ni, tapi HIDUP MESTI DALAM BLUES......wakakaka...

so, selepas paper OD selasa lalu, aku mmg dalam ketiadaan mood..apa2 yg nak dibuat serba tak kena...jadi, sepanjang ptg selasa sampai rabu aku takleh nak study...memandangkan semalam adalah hari Rabu, jadi aku pun gi ke U-Mall...eh, taktau hubungan hari Rabu dgn U-Mall?? ala, slow tul..mesti lah TGK WAYANG!!!

smlm, tygn cerita yg ada tidaklah memberangsangkan sgt...aku teringin sgt2 nak tgk Phobia 2, sbb aku mmg suka citer seram2 ni (rujuk entri sebelumnya jika taktau minat ak..haha)..tp memandangkan citer tu baru kuar, so harga tiket mahal lagi. so, aku pilih la citer;

CLOUDY with a chance of MEAT BALLS !!!



Citer ni berkenaan Flint Lockwood, iaitu seorang pereka yang bercita2 utk mencipta peralatan yang hebat..namun, setakat ini dia hanya mencipta hasil2 yang gagal...pada satu hari, ketika majlis pembukaan bandar sbg pusat pelancongan, Flint mencetuskan kucar-kacir yang menyebabkan mesin memproses makanan daripada air ciptaannya terbang ke langit...tiba2, pelbagai jenis makanan yang diminta seperti burger, stik, ice-cream, pancake dan lain2 jatuh drp langit bagaikan hujan, malah sebanyak 3 kali sehari...tetapi, semakin menghampiri tarikh pembukaan bandar baru sebagai pusat keajaiban makanan, masalah mulai timbul..apakah masalah tersebut? dan dapatkah Flint mengatasinya? saksikannya di pawagam sekarang!!!!


apa yang menarik ttg filem ini, adalah kelaziman lawaknya yg sgt pecah perut..terutamanya watak Brent, iaitu bekas model bayi yang menjadi maskot produk utama bandar tersebut iaitu ikan sardin, tetapi tetap bergantung kepada kemasyhuran zaman bayi nya sehingga lah dewasa...giler kelakar watak ni tau...selain itu, watak ayah Flint yg tak reti meluahkan perasaan sebenarnya tetapi gemar menggunakan kiasan memancing; juga kelakar dan kadang2 kasihan...


tapi sebenarnya, yg buat aku paling teruja, adalah dgn setiap pembelian tiket, akan dapat sekeping kertas uji bau...pada kertas itu, macam2 bau bley dihidu tau..hahaha..sgt seronok! just scratch and sniff, akan ada bau ice-cream pudina, syrup pancake, cheese dan ikan mentah (yucks!!)..malah, pada meatball tu ada bau daging tau...huhu...suka giler!


tetapi, nasihat aku pada siapa2 yg belum tgk dan ingin tgk citer ni, SILALAH MAKAN DULU SBLM TGK tau...sbb, kalo da tgk, mmg terasa sangat2 lapar...aku paling tak tahan skali pada babak makanan yg turun drp langit adalah ICE-CREAM!!! so, bila bangun pagi, seluruh bandar jd ice-cream...GILER AH! SANGAT MENYELERAKAN! sbb tu, lepas abes tonton citer ni, aku trus gi Giant beli ice-cream sbb da terliur sgt..hahaha

aku bagi citer ni 8/10 bintang...walaupun citer ni kurang kelakar berbanding ice-age 3, tetapi lagi best tau berbanding UP..hehehehe..oh ye..masa promo, aku sgt tertarik pada satu citer iaitu Planet 51..aku rasa, citer tu berkaitan, seorang angkasawan Bumi yg menjelajah ke planet lain..tika dia memacakkan bendera negara dia sbg bukti penjelajahan dia, rupa2 nya planet itu adalah berpenghuni!! malah, dia memacakkan bendera di laman rumah sebuah keluarga, yg sedang menikmati barbeque!! saksikanlah...apa yg berlaku, apabila manusia dianggap sbg alien di planet asing!!



ni keluarga planet 51 yg tercengang, lihat "seorang" alien sedang memacakkan bendera di laman rumah dorg!! confirm kelakar!!!


p/s: jiran da ajak tgk 2012 bila balik nanti...tp, membe2 nak tgk gak esok...taktau nak tgk dgn sape!


Sunday, November 8, 2009

DEsaKaN ALaM?????



terfikir...
terharu...
tergeletek...

apa yang aku coretkan kali ni??hurm...aku baru saja usai menonton satu filem di Tv2...ditayangkan pukul 4 ptg tadi (so, daripada sini korang pun bley tau yg aku mmg post entri sejurus pas menulis...bukan setting2 masa tau...)...apa yg best pasal citer ni sampai aku nak tulis dalam blog ni??? well, aku ni bukanlah jenis yg akan menonton wayang terbaru di pawagam..kalo tonton pun, biasanya dua minggu kemudiannya, kecuali kalo 'terpaksa' tgk atau 'dipaksa' tgk..hehe...so, aku sgt gemar menonton filem yg ditayangkan di TV, walaupun aku da tgk satu-satu citer tu. Sbb?? bila tgk di Tv, feel dia lain (ala, mcm kalo korg tgk kat wayang la. eventhough bosan+penat+ngantuk, korg sanggup layan gak taknak tido sbb da bayar tiket.hahah)....so, ape citer nya???

Dun Worry!! aku bukan nk citer pasal citer thriller seram (FYI, aku sgt2 gemarkan citer thriller dan seram..so, kalo nak ajak aku tgk wyg, citer2 mcm ni aje yg sgt menerujakan aku...hahaha)..walaupun mlm smlm aku tgk citer Seed Of Chucky di Channel tv5 Singapore, tp aku bukan nak citer pasal filem tu...aku nak citer filem yg ditayangkan di channel negara kita ajer...filem : Forces of Nature...lakonan, antara pelakon faveret aku, Sandra Bullock dan juga Ben Affleck...

sinopsis ringkasnya macamani:-

Ben Holmes (Affleck) merupakan seorang penulis 'ringkasan' — iaitu orang yang bertanggungjawab untuk menulis pengenalan ringkas pada lengan buku-buku kulit keras. Ketika dia dalam perjalanan ke Savana, Georgia untuk perkahwinannya dengan Bridget (Maura Tierney), Ben yang mempunyai kebimbingan untuk menaiki kapal terbang mulai takut. Ia berbeza dengan Sarah (Bullock), yang duduk di sebelahnya namun sangat teruja. Pada saat berlepas, seekor burung terbang masuk ke dalam salah satu daripada enjin-enjin itu, menyebabkan flameout. Walaupun terselamat, tetapi Ben sudah tidak berani untuk menaiki kapal terbang. Oleh itu, dengan berat hati dia bersetuju untuk mengembara dengan Sarah, yang juga ingin pergi ke Savana secepat mungkin.

Semasa dalam perjalanan mereka, pelbagai perkara berlaku yang menyukarkan perjalanan mereka— daripada tersilap menaiki koc keretapi, sehinggalah terperangkap dalam hujan ribut (sbb itu filem ini dinamakan sedemikian). Bagaimanapun, Ben tertarik hati dengan semangat Sarah yang kuat, dan mula merasakan satu hubungan wujud antara mereka.Apabila mereka semakin dekat dengan destinasi, Ben mulai tertanya-tanya sekiranya dia membuat pilihan tepat dengan menikahi Bridget, atau dia harus membiarkan sahaja nasibmya bersama Sarah, yang mempunyai rahsia tersendiri...apakah pilihan Ben? dapatkah mereka sampai ke Savana pada masanya? dan apakah rahsia Sarah?? tontoni lah di pawagan berhampiran...hahaha


haha...macam tu la lebih kurang citer dia...citer ni adalah romantik komedi..kuar tahun 1999...ape yg aku suka pasal filem ni?? pertamanya, sbb aku suka lakonan Sandra Bullock...dia mmg A class actress kalo filem2 komedi romantik ni...tgk la lakonan dia dlm Miss Congeniality dan juga The Proposal...sgt menarik hati aku...keduanya, ia adalah filem komedi romantik..yg aku agak suka gak...dan ketiga, ia tentang membuat keputusan dalam kehidupan...

apabila kita membuat keputusan mengenai cinta....ia adalah sesuatu yg sangat sukar...kita tertanya2...apakah kita benar2 mencintainya? adakah dia yang tercipta untuk kita? adakah hati kita hanya untuk dia dan tiada lagi yang akan kita serahkan? dan adakah kita masih akan tersenyum bersama dia apabila 20 tahun akan datang menjelang..........itu lah persoalan yang dibangkitkan di sepanjang perjalanan cerita ni...

namun, babak yg paling aku suka adalah ketika hujan ribut melanda majlis perkahwinan itu... kelam-kabut majlis tu...sampai khemah2 berterbangan....keadaan tu mirip peristiwa yang berlaku tahun lepas...smasa aku menyertai program di Kampuang Orang Asli Kuala Masai, Johor...ketika kami sedang membuat program bersama anak2 di sana, ujan agak lebat..tp demi mengikut jadual dan memanfaatkan masa yang ada bersama org2 Asli di sana, jd kami pun teruskan aktiviti...

tiba2, semasa Rusli sdg khusyuk membuat demo aktiviti, tetiba tanpa disangka angin kuat bertiup....sampai khemah yang kami guna utk aktiviti hampir terbang...anak2 orang Asli menangis, dan dibawa ke dlm surau...org2 Asli lain bertempiaran berlari ke rumah masing2 sbb hujan lebat disertai ribut...aku berpaut pada tiang khemah...pegang supaya ia tak terbang...angin sangat kuat...seluruh badan aku basah...kami di setiap penjuru tiang, tak dapat nampak jelas sbb hujan lebat dan... sepenuh tenaga utk pegang khemah tu...

tiba2 jugak, ada org jerit, "Ada orang jatuh!!!" aku yg pd mulanya ingat hny jatuh biasa, rupa2nya dia pengsan...dan BERDARAH!! ramai berlari ke arah org Asli tu, dan terkejut..Kulit dia terkoyak di muka...kami angkat dia ke sebuah rumah terdekat...dan ketika itu, Radzi sebagai hero PBSM dtg dgn peti kecemasan...mulut org Asli tu berbuih-biuh..rupanya dia sawan! sangat mencemaskan....slps hujan reda, kami sangkakan penduduk2 di sana akan tidak terlibat dgn kami lagi..

tetapi, kami tersilap...sebaik hujan berhenti, ada anak2 org Asli dtg ke khemah (yg berjaya diselamatkan) dgn berpakaian baru...menunggu utk aktiviti seterusnya...dan ibubapa mereka juga dtg utk menyertainya...kami sgt terharu dan berbangga dgn apa yang berlaku...jd, kami pun teruskan program spt biasa...membuat aktiviti sukaneka, dan ia mmg sgt menyeronokkan..walaupun enset2 aku rosak pd masa tu sbb dimasuki air, tp itulah kenangan yg aku tak akan lupakan smpai bila2....

oleh itu, apabila aku tgk citer td, aku sgt terkesan dgn babak yg dipaparkan...tp, jika diketepikan aspek individual aku, filem ini sgt menarik..terutamanya dialog terakhir yg diungkapkan oleh Ben Affleck pd akhir cerita...apa dia?? korang tgk la sendiri k...bley download kat Torrentz kot...huhuhu...

"Percintaan itu satu beban....namun, ia membawa nilai keselamatan berbanding hidup keseorangan...Apabila beban itu disingkir, kemanisan dan rasa penghargaan menghampir...Cinta membawa penghidupan, juga membawa ketakutan...pilihan tiada sempadan"


p/s: sedang menonton Devil Wears Prada di Channel Tv5 singapore...tp baru siap download Bride of Chucky (a.k.a Child's Play 4)..argh, macamane nak studi ni!!!! susahnya subjek nih!!!! fokus takde plak!

Saturday, November 7, 2009

RaMaLaNku SaLah BeLaKa......


teruja...
terkejut...
tersengih...

apa yang aku katakan ni??hurmm...wah, tajuk entri aku kat atas macam tajuk lagu la plak...hahaha..tp, aku bukan nk citer pasal lagu la...tp sedara-mara suku-sepapat dia...Muzik-Muzik!! eh, apahal ngan muzik2 plak ni???


kalo la korg peka dgn rancangan di tv (aku terpaksa peka, sbb bosan dok bergolek2 dlm bilik aje..hahaha), smlm adalah separuh akhir pertama Anugerah Juara Lagu...ada 11 lagu yg bertanding smlm..antaranya Mirage (Pesawat), Kau Aku (Aizat), Aku dan Dirimu (Nadia ngan kump. ape ntah), Aku Scandal (Hujan), Gila (Mila), Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah), Enjut (Noraniza Idris), Anok-Anok (Reshmonu), Bertamu di Kalbu (Jaclyn Victor), Raja Gelek (One Nation Emcee ft Adeeb & Cat), Dan Sebenarnya (Yuna).....p/s: pergh..lengkap 11 lagu. ni da bukan "antaranya" lagi da..hahaha..

so, spt kelaziman...apabila menjelang ape2 pertandingan..aku ni mmg suka wat telahan (bukan ramalan tau..tak elok percaya pd ramalan2 ni..hee)...berdasarkan persembahan smlm, aku rasakan, 5 lagu yg akan pergi adalah:

1) Bertamu di Kalbu (sbb lagu ni sgt terkesan.ditambah dgn kekuatan vokal Jac. tp mlm mlm, mmg terasa vokal dia cam terseksa, tak mcm biasa..lgpun, emosi kurang lar..btw, lagu ni ada majik tersendiri sebenarnya),

2)Dan Sebenarnya (siapa dapat menafikan keunikan lagu ni, ditambah plak dgn vokal Yuna yg sgt "menangkap" jiwa..overall smlm, bg aku, persembahan Yuna paling best, walaupun simple),

3) Enjut @ Anok-Anok (sbb lagu etnik kan..walaupun skrg dah takde pecahan kategori, tp aku rasa mesti ada salah satu etnik yg terlekat dlm top 5..taknak sama aje genre la katakan..p/s: tp, smlm, noraniza idris cam tak cantik dah lenggok suara dia..dah lama tak wat live kot..hihi),

4) Gila (pilihan aku ni berdasarkan persembahan Mila yg semakin mghampiri Stacy..walaupun aku mmg rasa lagu ni tak kuat sgt, tp disokong oleh persembahan Mila yg sgt menarik, aku rasa mungkin layak...p/s: sepertimana yg berlaku pd Stacy tahun lepas...)

5) Kau Aku @ Tak Mungkin Kerna Sayang (sbb, lagu ni sgt menarik..ditambah dengan vokal Alyah @ Aizat yg lunak..lirik yg simple tetapi punyai maksud..cuma, disebabkan oleh persembahan mlm smlm, aku tak tau yg mana satu akan masuk top five...sbb, dua-dua longgar...)


hehehe...aku terasa macam paul moss plak bila kriktik2..ops, bukan kritik k. ia adalah ulasan aku aje...tp...spt juga sblm2 ni...apabila aku wat telahan, lagu tu la plak yg tak dapat masuk..hahaha...mcm taun sblmnya..aku giler2 yakin lagu Cinta Terhalang (Bob) akan masuk..sbb lagu tu mcm orkestra...dan suara bob hebat....tp, yang ado??? isk...isk..taun ni, algu yg aku yakin masuk dan cerah peluangnya adalah Bertamu di Kalbu (Jac)...tp sama gak, tak berjaya plak lagu ni...hehe..

so, lima lagu yg termasuk dlm top five adalah:

1) Aku Skandal (Hujan)
2) Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
3) Raja Gelek (One NAtion Emcee ft Adeeb & Cat)
4) Kau Aku (Aizat)
5) Dan Sebenarnya (Yuna)

so, apa yg dapat dirumuskan...aku malas tul la nk wat telahan lg dah..asyik salah aje...hahaha...kalo salah takde effect takpe, ni aku terkejut giler bila tau keputusan...so, utk menenangkan jiwa aku yg kusut sbb exam ni...baik la aku ak tak payah pk ape2....terima dan tgk ajer separuh akhir muzik2 pada minggu seterus2nya...(bley tahan ke tak wat telahan???hahahaha)....ops, KJ pun sma. telahan dia pun salah..hahahaha....

Arghh.......sket lagi nak abes final!!!!!!!!!!

p/s: Fieda da wat blog!!! Welcome to the world of blogging!!!