BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Sunday, April 19, 2009

RaNcaNgAn ReaLiTi TV BaRaT. Banyak Nya!!!



siapa yang suka tonton rancangan realiti tv, angkat KENING SEKARANG!!!!


wah, wah,wah...mesti ramai yang angkat. yela, rancangan realiti TV kan satu fenomena sekarang...apa-apa sahaja tema yang boleh difikirkan, akan diangkat menjadi rancangan realiti...hatta, pertandingan masak Maggi pun jadi rancangan realiti..aku dengar2 jugak, ada kursus motivasi sekarang ni pun sudah menggunakan pendekatan rancangan realiti, iaitu penyingkiran supaya dapat mewujudkan rasa keinsafan dan rasa menghargai teman (kalau korang dapat bayangkan lah macamana sesi ini dilaksanakan)...

itulah hakikatnya generasi hedonisme masa kini. kita mudah mencedok idea barat, dan kita laksanakan di sini kononnya setelah disesuaikan dengan budaya Timur.tapi yang ADO???..ceh, ayat komersial ajer tu...malah, penulis prolifik kegemaran aku, Faisal Tehrani juga pernah mengangkat sindiran mengenai isu ini lewat melalui karya agung (sebab aku paling suka buku ini) beliau, Advencer Si Peniup Ney...jadi, sudah terang lagi bernyala, rancangan realiti TV telah menjadi suapan "makanan ruji" tontonan rakyat Malaysia demi tuntutan "rating" dan permintaan "gila-gila" tika ini...

huh, macam menulis esei pulak aku ni. biasa la. lama tak menulis, jadi macam ini lah.hehehe..sebenarnya, aku ni pun salah seorang fanatik rancangan realiti TV.huhu..tapi originality dari Barat lar..bukan memperlekehkan rancangan realiti TV tempatan mahupun mengagungkan pendekatan Barat, tetapi cukup sekadar hiburan dan kadang-kala, falsafah yang ada dalam rancangan tersebut..kalau rancangan realiti TV tempatan, banyak sangat yang "fening" nyer..yela, tuntutan "transformasi" kan???

aku sangat suka rancangan realiti TV (RRT). sampai satu tahap, aku sanggup keluar awal kelas kuliah malam sebab nak kejar waktu siaran RRT tu..ni 20 RRT yg pernah ditayangkan di saluran TV tempatan dan aku pernah tgk, berserta dengan ulasan:

1) Survivor (sebab challenge dorang menarik dan pelbagai. lg2, tgk cara mcmane dorg survive dok dalam hutan @ pulau selama lebih sebulan, smpai jd "kering" badan tu)
2) The Biggest Loser (lihat transformasi org gemuk jadi kurus, dgn pelbagai godaan. bygkan lah. depan pintu masuk rumah dorg, ada mcm2 mknn mcm donut coklat, kek, ayam goreng, fries, keju dll. seksa tgk muka dorg yg kena tahan nafsu demi nk menang)
3) America's Got Talent (sbb mcm2 bakat dorg persembahkan. ada gak yg tak masuk akal macam maen gitar guna pemotong rumput, buat yodel malah anjing peliharaan dorg pun ada bakat berjalan atas tali rentang!!)
4) American Inventor (rncngan ni memang patut ditonton, sbb kita kekurangan invention yg boleh dikomersialkan world-wide. peserta bukan sahaja dinilai originaliti ciptaannya, malah kegunaan alat, pasaran, kemudahan dan segala aspek perancangan penjualan)
5) The Bachelor/ The Bachelorette / Average Joe (kita boleh tgk betapa kdg2 perempuan (atau lelaki) sanggup buat apa sahaja demi memikat seorang yang kaya atau cantik, walaupun ada sesetengah episod tu, Average Joe sbnrnya hanyalah seorang pembajak yang diupah menyamar orang kaya yang bujang!!)

6) Hell's Kitchen (aku bukan minat tgk peserta dia, tp minat tgk Chef Ramsay tu sbb tersangat lah celupar. kdg2 rasa nak belasah aje dia kalo aku yang kena kat depan dia.hehehe)
7) Iron Chef (dulu, aku adik-beradik suka sgt tgk citer ni. siap teka pencabar atau iron chef yg menang. dlm 60 minit, dgn satu tema makanan yg kdg2 pelik cam landak laut atau tomato bulat, peserta kena wat mknn utk entri, makanan utama dan dessert. fuh mantap!)
8) The Apprentice (tak kira la apprentice biasa, versi Martha Stewart atau celebrity apprentice, aku sgt lah suka dgn task2 nya. lebih2 lagi masa tgk dorg berbalah a.k.a berdebat untuk pastikan diri tak dipecat. akhirnya, "YOU'RE FIRED!!!")
9) Shear Genius (ni rncngn realiti yang baru aje aku minat. pasal tukang gunting rambut. tp, yg bestnya korg kena ikut tema dlm masa tertentu utk bentukkan rambut klien. paling aku suka episod minggu lepas, kena ikut tahun pelbagai mcm zaman Victorian, zaman Elizabeth, 60', 20', 40' punk, medieval dll)
10) Fear Factor (terutamanya cabaran kedua, yg kena mkn benda2 pelik..eui...tp, omputih ni lebih sanggup mkn embrio ayam daripada 2 ulas durian. kita ni kalo durian, mkn 5 biji pun rileks aje..huhu)

11) Amazing Race (ni aku suka sebab boleh tgk budaya org lain kat negara luar, dan tugasan2 dia pun menarik. dah lar kena berlari2 dgn beg galas! bg aku, equal to Survivor)
12) Extreme Makeover (tgk org2 yg buruk "dibedahplastikkan" menjadi cantik. kdg2 tu muka ok aje, tp biasa lah, manusia. tak penuh cukup dgn apa yg ada)
13) The Swan (ni hampir sma dgn extreme makeover, tp peserta akan dicantikkan keseluruhan- muka, gigi, gaya, tubuh- dan sorg peserta yg terpilih bg setiap episod akan menyertai pertandingan ratu cantik bersama peserta2 terpilih episod yg lain utk dimahkotakan "The Swan"..fuh,mcm2..)
14) Scare Tactics (ni rcngn realiti TV nak takut2 kan org lain. walaupun takde hadiah, tp aku layan sbb kdg2 tu mmg menakutkan gak ah..huhuhu)
15) Who Want To Be A Superhero (Stan Lee punya idea. ok gak ah, cuma terasa sgt peserta2 ni buat2 a.k.a. berlakon ngan kostum "hero", buat aku tergelak sgt2..hehehe)

16) Project Runaway (aku suka sgt tgk Heidi Klum. She looks so Gorgeous!! tema setiap minggu pun menarik, membuatkan cabaran lebih terasa)
17) American Idol (dulu aku tgk gak ah, tapi skrg dah malas ajer. ntah ah, bila rncgn realiti TV yg nyanyi2 ni, aku dah rimas.eui..)
18) So You Think You Can Dance (aku paling tak suka rncgn ni. bukan ape, membosankan. tgk orang menari buat aper. ntah, tak best!)
19) America Next's Top Model (one of my very favourite! sbb tugasan dan cabaran dorg menarik. dan kdg2, bley tgk betapa gambar yg bijak boleh mencantikkan rupa seseorang. kdg2, berangan kot2 dpt awek cantik mcm tu..hehehe)

dan

20) The Mole (aku tau, mesti ramai dah lupa RRT ni. stkt ni pun, aku tau cuma sorg aje kwn aku kat U ni yg masih ingat RRT ni. pernah bersiaran di TV2, pukul 11 mlm hari khamis, ni la RRT yg paling best aku tgk. konsep cam amazing race, tapi dlm sekelompok peserta ada sorg pengkhianat/penyamar. dan di setiap set tugasan, ada hint yg bagitau siapa sbnrnya pengkhianat tu.mmg best ah.sampai ke abes dorg tak dpt teka, punyalah bijaknya "mole" tu manipulasi keadaan. tp satu musim aje aku tgk. tak tau la kalo ada musim kedua tp aku tak tgk..sob..sob..tp melalui kajian aku kat tenet, ada 5 seasons semuanya RRT ni.wow)

itu serba-sedikit RRT yg aku pernah tgk. yg aku tak cakap aku tak suka tu, maknanya aku suka le tu.huhu..Rancangan cam Who Want To Be a Millionaire, The Price Is Right dan Deal or No Deal pun tergolong dlm RRT, tapi bagi aku, tu just gameshow. Tapi, gameshow yg begitu menarik bg aku adalah "Identity" yang dipengacarakan oleh Jenn Jillette yg sangat tinggi lampai dan besar. menariknya, dgn satu klue, peserta kena teka 10 "strangers" berdasarkan gaya berdiri, muka, warna kulit, gaya berpakaian dan sebagainya..mungkin sebab aplikasi psikologi digunakan, sebab tu aku sangat suka cerita ni..

so, pernah tengok tak kesemua 20 di atas nih??
Rancangan Realiti TV Barat yang mana pulak korang suka??


p/s: aku tau. kang mesti ada yang cakap suka tgk Akademi Al-Quran, Akademi Nasyid dsb yg berunsur keagamaan. Itu memang seharusnya ah kita tgk, no doubt k! tapi, utk RRT tempatan lain, ntah la. korang sokong aje la atas nama "produk tempatan"..huhuhu


Antara gambar2 favourite aku dalam America's Next Top MOdel

Juara ANTM 6, Danielle dengan gaya "snow white" nyer..cute!

Juara ANTM 7, Caridee dengan wajah seramnya tapi tetap maintain bergaya..

Juara ANTM 11, Mckey yang begitu hebat! Aku terpaku tgk gambar ni mula2.

Juara ANTM 3, Eva. Gambar ni la yg membuatkan aku tertarik nak tgk ANTM, sampai skrg..


ada byk lagi gambar aku suka. jenuh mlm smlm aku search gambar2 juara ANTM 1-11. tapi, aku taruk sedikit aje la. letih korang nak tgk, dah la kena baca entri pjg2..huhuhu

2 comments:

  1. aku pn minat gile antm. tp due to living in utm, xdpt lh nk follow lg. n 1 lg prob, dl dia siar kt V channel kul 8pm ari isnin atau slase. ayh aku nk tgk berita oi... apalh wktu xstrategik lgsg. aiyo... nsb baik byk kali ulangn. leh lh catch up blk. tp aku byk follow ms danielle n caridee menang. mckey aku follow awl2 je... uhuk2

    ReplyDelete