Ingat lagi tak?
Ketika itu berada di minggu haluan siswa
Aku siswa baru, dan kau ejennya
Aku kenal kau kerana nama kau yang ringkas
Tapi kau tak kenal aku pun
Takpe, aku faham aku ni low profile….
Tapi kau cakap sebabnya aku tak hensem!
Ingat lagi tak?
Ketika itu aku kemalangan
Aku bertongkat untuk bergerak
Kau datang bertanya cerita
Aku nampak simpati di mata kau
Namun semuanya berkecai
Tatkala aku bertongkat berjalan ke masjid
Sebab sudah dua minggu aku tak solat jumaat
Kulit di kedua2 belakang ketiak aku dah tercarik, luka
Takde seorang pun yang memberhentikan kenderaan menolong aku
Lagi 200 meter sampai di masjid
Aku nampak kau berlalu dengan motor
Besarlah harapan aku agar kau akan berhenti
Tapi hampa, kau terus berlalu tanpa berpaling
Ingat lagi tak?
Ketika pulang dari masjid
Aku dah putus asa nak mengharapkan ihsan orang
Tapi kau datang menawarkan bantuan
Kau serius nak hantar aku pulang
Aku cakap yang aku kena pergi klinik kesihatan
Kau cakap, “baiklah aku hantar”
Ingat lagi tak?
Ketika sampai di depan klinik kesihatan
Aku pun berbasa-basi
Aku cakap, “takpe lah, gi la balik dulu. Lama ni”
Tapi sebenarnya aku berharap,
“biarlah dia tunggu. Takkan aku nak bertongkat jalan balik!”
Tapi kau terima kata-kata aku sebulatnya
Kau pun berlalu pergi
Meninggalkan aku terpinga-pinga dan terkulat-kulat
Takpe lah, aku ini hanya penumpang…
Ingat lagi tak?
Ketika kau bersembang dengan rakan-rakanku
Pada ramadhan yang pertama aku sambut di universiti ini
Tentang sahur, tentang bersahur
Aku hanya memerhati di sebelah
Kau mengajak rakanku pergi bersahur sama
Dan kau berpaling kepada aku
Mengajak aku ikut bersama
Tapi kau kan guna motor, mana muat 3 orang!
Aku menolak pelawaan dengan sebaiknya
Tapi kau gigih nak berpusing 2 kali untuk ambil aku
Dan aku gigih taknak menyusahkan orang lain
Kau cakap kau terharu dengan sikap aku
Tapi sbnrnya aku sedih, sbb korang nak makan jauh-jauh
Ingat lagi tak?
Kau ajak aku pergi beli makanan untuk berbuka di bazaar
Aku yang segan, tapi kau yang beria
Jadi aku pun ikut kau bersama
Seronok sangat masa tu
Sebab aku dapat gak tengok suasana budak-budak u di bulan puasa
Walaupun selipar aku acap kali tercabut
Sebab kaki aku masih berbalut
Tapi kau sabar temani aku membeli juadah berbuka
Dan sekembalinya, kita makan bersama-sama di tingkat 3
Ingat lagi tak?
Bermula daripada saat itu, kita sering bersama
Dengan motor lagenda merah
Kau setia membawa aku ke mana-mana
Tapi aku sangat segan
Sebab aku tahu aku sangat menyusahkan kau
Tapi kau bawa juga aku ke mana-mana
Kita pergi ke Jusco beli roti 30% diskaun di waktu malam
Kita pergi ke Giant melihat offer baru dan bermain basketball
Kita pergi ke Skudai Parade bermain bowling dan makan KFC
Kita pergi ke Angsana berkaraoke dan membuang masa
Kita pergi ke Danga Bay walaupun sesat dan berkejar masa
Kita pergi ke CS tonton wayang walaupun kau tak tahu nak parking kat mana
Dan banyak lagi tempat yang kita pergi sampai aku buntu untuk nukilkannya
Tapi….
Yang paling aku ingat
Kau tetap akan datang ambil aku kat bawah blok ni
Daripada dulu sampai lah sekarang
Walaupun blok kau dah kat atas bukit sana
Malah kau sanggup hantar aku pergi dan balik latihan debat
Sebab latihan aku abes lambat dan aku kena pergi cepat-cepat
Serta temani aku bilamana aku kena berurusan di merata tempat
Semua ingatan ini yang masih ada
Bukan sebab aku nak ingatkan kau
Bukan sebab aku nak khabarkan pada kau
Bukan sebab aku nak luahkan pada kau
Tapi…
Sebagai penghargaan sebab kau tetap membantu aku
Dalam susah, mahupun senang
Aku pernah cakap kat kau
Aku tak takut orang lemparkan kata kat aku macam-macam
Tapi aku paling takut, kalau kau rasa aku pergunakan kau
Bukan motor kau yang aku pandang
Bukan kebaikan kau yang aku tatang
Tapi aku selesa lepak bersama kau hinggalah sekarang
Sebab kau lah ABANG, SENIOR dan TEMAN yang aku kenang
Daripada detik awal kita berkenalan
Hinggalah selama-lamanya dalam kehidupan….
Terima kasih…KJ a.k.a WLB 4090
p/s: maaf ayat-ayat ni tak cantik, tapi cukuplah untuk gambarkan betapa rasa bersyukurnya ada teman sepertimu…
terharunya aku...
ReplyDeletex tahu nak tulis apa hahaha
apa yg dtulis ni adalah benar x tipu belaka..
klu yg kutuk aku tu...dia tipu hahha
haha... aku nyaris t'kutuk ko. tp disebabkn aku tau ko minat sape, so, aku taulh... aku xptt kutuk ko... eh, ayt ni utk kj ek. hehe... sjk kj ada yuyu, dia lupakn aku. aku cdih...
ReplyDelete