Salam sayang di bulan Valentine...
Jangan salah faham. Aku masih Islam, dan aku memang tak sambut Valentine's day..Aku kira kita semua tahu sejarah serba-sedikit tentang Valentine, kan?? So, tak perlu lah aku menjadi cikgu sejarah walaupun aku memang minat sejarah... Jgn tak tau, masa kena wat reseach kat matrik untuk kelas BI dulu, aku wat tajuk pasal Valentine's Day ni tau..dan hasilnya, dirahsiakan..huhu..taknak menggugat perasaan sesetengah pihak.. :)
Tapi daripada kesimpulan yang aku dapat, ramai antara kita yang menjadikan bulan Februari ini sebagai bulan berkasih-sayang..apakah ini berkaitan dengan tarikh 14 Februari itu ataupun tidak? Aku tak pasti...Namun, semua orang tetap tak menafikan bahawa sebagai individu, kita amat memerlukan kasih sayang...tanpa kasih sayang, kita akan menjadi hampa, terluka dan terseksa..malah kesunyian dalam mengharungi ranjau kehidupan..
Dengan kasih sayang, kita memperoleh kekuatan dan sokongan. Dengan kasih sayang, kita ceria berhadapan dengan dugaaan dan dengan kasih sayang, kita tidak akan berasa kekosongan dalam diri dan jiwa rohani..Itulah nikmatnya kasih sayang...
Tapi, bukannya mudah untuk mendapat kasih sayang!!! Kadang-kadang, kita terpaksa mengorbankan kepentingan diri, waktu dan tenaga kita untuk meraih secebis kasih sayang. Namun mengertilah, semua itu berbaloi dengan BESARNYA rahmat yang dibawa oleh kasih sayang... Hakikatnya, sungguh sukar untuk mendapatkan kasih sayang nih...
Hah, ada satu cerite yang nak dikongsikan kali ni. Pasal rumput dengan kasih sayang...renung2kan dan selamat beramal!!
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. ..Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Ya, itulah fitrah manusia. Sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang mereka peroleh. Tapi fahamilah. Bahawa kasih sayang itu bukanlah senang didapati, atau boleh dibeli di mana-mana pasaraya..Kasih sayang itu terjadi, apabila dua insan saling berfikir dan saling menghargai...
Jadi, apabila kita inginkan dan rindukan kasih sayang, maka....
Nyanyilah... SAYANG SAYANG SAYANG..... Lagu Aliff Aziz. Syok gak aper??? hoho
Salam berkasih....
No comments:
Post a Comment