BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Sunday, February 1, 2009

Kemurungan beri kesan kehidupan remaja???

Salam semua..salam sihat-sihat hendaknya..
wahh...perkara pertama yang aku nak tulis kali ini, ialah mengenai masalah kemurungan. Iyalah, sebagai pelajar psikologi, seronok juga kalau berkongsi sesuatu yang aku jugak tahu kan??

Satu perkara yang menarik perhatian aku untuk terus tertancap pada artikel ini ialah apabila penulis menyatakan bahawa;

KEMURUNGAN adalah penyakit yang cukup berbahaya. Ia mampu menyongsangkan perspektif normal seseorang sehingga mengakibatkan perubahan tingkah laku dan akhirnya
mencederakan diri sendiri atau lebih teruk lagi - bunuh diri.

Sesetengah orang berpendapat bahawa kemurungan remaja hanyalah sekadar perubahan angin dan sikap melankolik yang sesekali melanda golongan ini.

Golongan remaja mengalami pelbagai jenis tekanan termasuk perubahan fizikal akibat akil baligh, mengenal pasti identiti diri sendiri dan kelompok sosial mana paling sesuai dengan mereka.

Tanda-tanda amaran

Sejak kebelakangan ini berlaku peningkatan terhadap kes membunuh diri atau cubaan membunuh diri di kalangan remaja yang mengalami kemurungan kronik. Namun mereka yang terbabit dalam salah guna alkohol atau dadah lebih berisiko membunuh diri berbanding pesakit yang tidak bergantung kepada bahan tersebut. Disebabkan timbul kemungkinan pesakit akan membunuh diri, remaja murung perlu sentiasa dipantau untuk sebarang tanda-tanda berikut seperti;

  1. Bercakap atau bergurau mengenai hendak membunuh diri seperti ''Lebih baik aku mati", Alangkah bagusnya jika aku hilang selama-lamanya", atau "Sudah tiada jalan keluar lagi.''
  2. Bercakap secara positif mengenai kematian atau berangan-angan mengenai mati. Contoh: ''Jika aku mati, orang akan lebih sayang padaku.''
  3. Menulis cerita atau puisi mengenai kematian atau membunuh diri.
  4. Terbabit dalam tingkah laku semberono atau sering cedera kemalangan.
  5. Memberi barangan peribadi paling berharga kepada orang lain.
  6. Mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan atau keluarga seolah-olah akan berpisah selamanya.
  7. Mencari senjata, pil atau sebarang cara untuk membunuh diri.

(Ihsan Utusan Malaysia)

Apa yang aku nak kongsikan ialah, betul, aku setuju dengan pernyataan di atas. Semakin lama semakin banyak remaja yang nak bunuh diri lewat hari ini. Kadang-kadang terfikir jugak, bukankah bahagia sebenarnya hidup sebagai remaja? tak perlu fikir pasal nak cari duit (sbb kita yang asyik mintak duit), tak perlu fikir pasal perbelanjaan (sbb kita yang tukang memboroskan duit belanja), tak perlu nak fikir pasal apa yang nak bayar bil2 dan bagi duit kat emak bulan2 (sbb kita melangok tengok TV-maen game PS2 daripada pagi sampai ke pagi seterusnya, begitulah sampai 365 hari yang ada...bila tgk bil elektrik yang sampai umah, kita senyum sengih2 tgk mak berkerut dahi fikir kenapalah mahal sgt...kan bahagia tu???)..hidup ini semuanya berkisar pasal duit..

tp persoalannya, knp remaja kita masih nak bunuh diri??? apakah mereka sudah terlalu hanyut dengan dunia duit sehinga tertekan dan alami kemurungan? mungkin.. zaman sekarang, tanya la pd mana2 remaja. aku berani cakap, dalam 10 org yang korg tanya tu, hampir pasti 8 daripadanya dah berkapel. zaman sekarang, remaja bukan untuk belajar. tp remaja untuk mengumpul koleksi teman wanita. paling kurang, mesti ada dua yang jd spare-tyre..begitulah hebatnya remaja pada zaman ini..

jom kita analisis tanda2 amaran kemurungan tu..

  1. kalau lah ader kawan-kawan kita yang asyik bergurau pasal nak bunuh diri, aku akan ckp: lar...bukan memang tiap2 hari ko nak bunuh diri ker?? yang ko dok gigih turun bas, pastu dok kat depan bas untuk lintas jalan. pandang kiri kanan jalan sblm melintas, tp bas kat tepi ko tu ko tak nak pandang plak? ko engat ko tu incredible hulk bley tahan bas tu bergerak?? buatnya pak cik bas tu nak cepat gi terkucil, hah, kan naya ko kena langgar. mati sesia..tp takpe. mati dalam etika melintas jalan. huhuhu
  2. kalo kwn2 kita ckp positif tentang mati, aku akan cakap: memanglah bagus kalo mati tu. kalau kita cukup amal, dapatlah kita masuk syurga. siap ada bidadari akan layan kita. tapi, kalau tak, neraka panas lar jwbnya ko duduk. so, lu pikir la sendiri, ko tu dah cukup amal ker??? sendiri mau engat lar...
  3. kalo kwn2 kita gigih menulis pasal puisi kematian, aku akan cakap: wah..berbakat dan berjiwa seni lah ko ni. ape kata, ko antar puisi ko tu kat dalam mingguan malaysia? takpun kat dalam majalah DBP..kot2 dpt duit, bley ko belanja aku makan?? heee
  4. kalo kwn2 kita terbabit dlm tingkahlaku semborono @ selalu kemalangan, aku akan ckp: tu lar..aku da suruh mandi wajib pas bangun2 tido ko taknak..mcmane nak berkat amalan kita kalo diri tu dalam hadas besar..euii,kotor la ko ni...
  5. kalo kwn2 kita memberi brgn berharga pada kwn, aku akan ckp: eh, duit2 ko kat dalam bank tu taknak bg aku sekali ker?alang-alang da ribu-riban kan, bagi je la kat aku..drpd rugi bank amek, bek ko wat amal jariah bg kat ak...huhuhu
  6. kalo kwn2 kita mengucapkan slmt tinggal, aku akan ckp: lar..ucaplah sekali selamat datang ker? selamat tengahari ker? selamat maju jaya ker? ko kan suka sgt ucap2 selamat ni..
  7. kalo kwn2 kita mencari senjata atau pil2, aku akan ckp: ko nak tali gantung tak? daripada aku tgk darah ko merata-rata, bek ko gi derma darah tu..bley la gak kasi sumbang kat rakyat2 palestin tu..hadiah ko gi derma darah tu, bgi la aku. aku suka free2 ni..huhu

Kesimpulannya, membunuh diri tu tak bawak bahagia pun kepada kita. sebaliknya, kwn2 kita yg akan lebih bahagia. kan malang tu kalo kita mati sia2?? tp drpd kita membunuh diri, sbnrnya bek kita bertukar jd hantu. dptlah kita cekik kawan2 kita satu-satu yg dok mengumpat pasal kita. takpun kita gi skodeng pompuan yg kita suka. pueh hati aku!!! huahahuahua..

Selamat beramal....

1 comment:

  1. ayat pueh hati aku kat ending tu mcm lain mcm je?? hahha

    ReplyDelete