Pada hari khamis, semalam (26/2/09), aku telah ditangkap dan ditahan di dalam Wad L3 Hospital Permai, Tampoi atas deskriptif BMD..apa tu BMD? Bipolar Mood Disorder lar. Kiranya sakit mental lar..Polis telah menahan aku semasa aku sedang enak menjamu KFC di Skudai Parade ptg semalam...Kepada kawan-kawan, tolonglah bebaskan aku..aku tak bersalah!!! Aku masih boleh mengira dengan waras, 1, 2, 10, 18, 1798...eh, betul ker? hah, betul lar tu. kiraan aku ikut sistem Amerika. Korang sistem tadika...
Cak! Saspen tak? Tak saspen pun wat-wat aje la saspen. Aku tak kesah pun..Betul, semalam aku telah dimasukkan ke Wad L3 Hospital Permai..Aper tu Hospital Permai? Lar,korang ni mesti fail geografi masa PMR dulu kan?? kuikui..Hospital Permai tu salah satu daripada 4 tempat psikiatri (rawat & pulihkan orang2 sakit jiwa) di Malaysia ni..Hospital Bahagia kat Tanjung Rambutan, Perak; Hospital Permai kat Tampoi, Johor, Hospital Sentosa kat Sarawak, dan Hospital Aman di Sabah..eh,silap.Hospital Mesra lar..huhu
Lar..korang tak percaya gak yang aku telah dimasukkan ke sana? knp tak percaya? sbb aku terlalu sweet dan comel untuk dikatakan gila?? eh, memang la aku tak nafikan yang aku ni comel, tapi itulah hakikatnya...Aku dah GILA.. :$
Tp gila aku ni bukan mcm gila lagu si Mila AF5 tu..itu tahap stalker..gila aku sbb janggup jd Pengarah Program Lawatan Ke Hospital Sakit Jiwa...huahuahua..terkena? padan muka.. :P
Ini yang betul-betulnya..smlm, kitorg, 54 org pelajar2 tahun 2 ijazah sarjana muda psikologi (psikologi industri dan organisasi) UTM, Skudai telah membuat lawatan ke Hospital Permai. Tujuannya mcm biasa lar, nak memahami lebih mendalam ttg kecelaruan mental dan jiwa ni selain nak tambahkan pengalaman dan aplikasi drp apa yang telah dipelajari...
kitorg berkumpul di Tapak Ko-q UTM, seawal pukul 7.30 pg.. (gila meraban..org gila kat hospital tu pun agaknya tak berkumpul pg2 hari mcm kitorg..sbb tu aku ckp aku gila..)..pukul 8, baru bas kitorg bergerak pergi ke Tampoi..(biasa lar..org Melayu..mana tepati janji sgt.mesti ada gak sekurang-kurangnya tersangkut 1,2 org bila kena berkumpul pg2 hari ni..)
Tepat sblm pukul 8.30 kitorg smpai at Hospital Permai, Bhgn Admin..turun ajer daripada bas, jantung aku dah berdegup kencang.. tiba-tiba, aku terdengar seolah-olah ada suara berbisik panggil aku mendaftar masuk ke dalam wad. Suara itu berbisik, "roy, ko dah gila roy..marilah masuk ke sini..sertai kitorang..bley kita maen batu seremban sama-sama.." aku pun dalam keadaan tanpa sedar, melangkah mengambil borang dan daftar masuk..itulah ceritanya aku yang gila..THE END..
huh,acah ajer la.. jantung aku berdegup kencang sbb berdebar lar..pikirkan mcmana lah agaknya keadaan di dlm sana tu..takde pun dengar suara-suara ni..ingat ada radio ape kat dlm otak aku ni..isk..isk..korg nih
pukul 8.45, kitorg diberikan taklimat mengenai hospital permai oleh Sister Latipah Mohamad..adoi, ni yg malas eden ni. terasa mcm belajar sejarah la plak.. (tp Sejarah SPM aku A1 k..dont play-play..huhu) tetiba, masuklah seorang perempuan yang cun dan comel
"eeceh..bini aku lar.." ujar aku dgr nada bangga.. Rupanya, Dr. Haslina yg masuk..Dr. Haslina tu dah kawen dgn aku 5 tahun, dan kitorg dah dpt seorg anak..Siti Nurhaliza namanya..Aku ngan Haslina tu berkenalan ms kitorg sama-sama belajar psikitarist kat ireland dulu...masa kat sana gak, aku kawen ngan dia..tak tahan beb..
Arh..tipu aje lg tu..hehehe..Dr. Haslina tu mengajar kitorg subjek Psikologi Abnormal semester ni, bersama-sama Dr. Emmanuel dan Dr. Badiah...Pastu, Dr. Haslina ckp kitorg akan bergerak mengikut kumpulan tugasan (assignment group), maka ada 7 kumpulan. setiap kumpulan nnti selepas lawatan sekitar hospital, akan diberikan setiap kumpulan serang pesakit dan kitorg kena interview, kenalpasti simptom penyakit dan apakah jenis kecelaruan jiwa yang dialaminya..
Pergh, dgr ajer aktiviti tu, peluh jantan aku mcm nak terembes tp masih aku control lar..huhu..pas kudapan, (kudapan tu minum pagi lar..bukan senaman mcm yg kwn aku, Shahrezuan ckpkan tu) kitorg pun berpecah kepada 2 kumpulan besar, group 1-4 ke sebelah kiri, dan group 5-7 ke wing kanan..
tempat pertama kitorg gi ialah wad pompuan..ada lar 4,5 org pesakit yg myb berumur 30-an hingga 50-an dok kat ruang tamu tgk TV..drpd penerangan yg kitorg dpt, umo pesakit yg paling mda ada kat wad tu ialah 21 tahu..alamak, hampir sama dgn umo aku dlm sebulan aje lg!! hish, apakah aku hny ada 30 hari saja lg utk merasai kewarasan???
kemudian, kitorg gi ke wad forensik..wad ni mmg best..kiranya ni wad, yg tempatkan pesalah undang2..ada 3 kategori penghuni wad ni.. 1st, org kena tuduh atas kesalahan undang2 tp kes masih tergantung (hakim belum putuskan bebas @ bersalah), 2nd, org yg dibebaskan tetapi tak dipastikan keselamatan dirinya untuk ditempatkan dan 3rd, org yg dibebaskan dan perlu ditempatkan di tempat psikiatri..
masa aku tgk kat board tu, ada 72 org penghuni atas pelbagai kesalahan mcm BUNUH, MEMCURI, MEROGOL, MENCABUL, SEKS LUAR TABI'E, BERBUAT KHIANAT dan UGUT...tp kan, yg paling sedih, kdg2 ada gak org2 mcm ni yg teraniaya. contohnya, ada seorg penghuni tu ditahan di wad sejak 1996 hingga sekarang atas tuduhan mencuri. Penyelia tempat tu kata, hukuman maksimun utk kes kecurian adalah 2 tahun, tp penghuni tu dah 13 tahun ditahan. sbb ape? sbb kes dia masih tidak disebutkan di mahkamah walaupun pihak hospital dah selalu wat ingtan pd mahkamah..isk..isk..aniaya tul
slps gi wad tu, kitorg gi tmpat OT..Occupational Therapy..kiranya utk beri latihan kemahiran supaya selepas dorg pulih keluar drp hospital, dorg akan mmpu untuk kerja dan ikut ms keje yg ada..ada 3 tempat latihan; bengkel pertukangan, bengkel industri dan bengkel kraftangan..mmg lawa lar hasil kerja dorg..ada gak utk dijual, tp aku tak beli lar..tak sesuai utk jiwa lelaki macho cam aku..huhu
kemudian, barulah kitorg bergerak gi ke wad L3..masa tu dah pukul 11.15 pg..masa tu la kitorg bley tgk mcm2 gelagat pesakit dlm wad dorg..ada yg tgh hisap rokok, tgh mandi bogel (budak2 pompuan tenung dgn membeliakkan mata tau...ai, ngan org sakit jiwa pun korg bernafsu ek..isk..isk..) , nyanyi2 dan tido..yg laen, seperi biasa, mundar-mandir dan tgk kitorg dr jerigi besi tu..(mcm penjara kdg2 tgk..tp, utk keselamatan dorg gak)..
hah, kat sini la kitorg diberikan seorg pesakit utk diinterview..Adli bin Majid namanya..mcm2 benda tak masuk akal diceritakanya..tp, nnti la aku tulis plak..karang citer semua, jd panjang plak entri kali ni..huhu
pukul 12.45, kitorg makan tengahari, nasi ayam (yum-yum) + air mineral..n pukul 1,kuliah psikologi abnormal pun start. pndai lecturer (dr.badiah) guna kesempatan waktu tu utk wat kuliah ek.. tak pyh la dia dtg kelas mlm pd ari yg sama tu dah kan..huhu..dlm kuliah tu, setiap wakil group kena wat presentation terhadap pesakit yg dorg observe tu..
pukul, 3.15, kitorg pun pulang ke UTM tercinta setelah program ke Hutan Bandar dibatalkan kerana hujan ptg tu dan pdg semestinya basah...
Kesimpulannya, AKOO BUKANLAH SEORANG YG GILA, TAPI AKU BACA MAJALAH GILA-GILA DAN TENGOK MOVIE GILA-GILA REMAJA....
AdaKaH InI RuPa OrAnG GiLa yG AkOo JuMpa Kat SaNa?? KO GiLer Ape?? Ni PeLakoN HoLLywoOd Lar...
aPE YaNg KORanG akAn BuaT, KaLo OraNg GiLer DataNg Kat Ko?? LaRi @ DoK DiaM2 @ BoLaYan @ JeRkAh ?? KaLo aKoo, aKOo buAt ajer Cam GiLer..jD beb, Try laR...
GiLer Yg Ni AdER GaK...tP caM Tak MacHo ajer..nTah,aKoo taK peRnah RaSa Lg SampAi TahaP tu..so, KOraNg PiKIR Lar SenDiri...
Ni Pun SpeSis GilEr..NamA dia, CRazY FroG..Tp Dia Kayaaa TaU...
...DaN PeMenAnG uNTk yaNG gILer, IalaH CRaZy ComBo..SeKaLi makAN, PasTi nAk Lagi..yum-yum..AKOo Suker GiLer Yang Ni Tau...