BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Thursday, June 18, 2009

SuDaH TePu KaH ILmu Di Dada???


Terkejut...
Terkedu...
Terkesima...

apa lar kali ni ek??? huhu...bersempena dengan petang yg penuh kehangatan ni, aku nak buka minda kita semua dengan ilmiah! ye lar..takkan asyik nak dimomokkan dengan pengalaman harian lar, pendapat peribadi lar, mahupun tentang haiwan peliharaan! (huhu...jgn ader yg terasa tau..kuikui).. so, kali ni aku nak kongsi dengan beberapa fakta yg menarik yang aku search di internet dan dikoleksikan sebagai soalan Pusingan Umum semasa Pertandingan Kuiz untuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang telah aku jalankan malam semalam...huhu..so, let's read!


1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. So, kalo diimplentasikan kepada Radzi Tarmizi, mungkin bley gak menjadi Papa Radzi...huhu (bukan Papa Roti tau..)

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera. Tapi kalau lah bendera dah diguna beratus-ratus tahun, tapi perangai rakyat pun macam beratus-ratus tahun dulu, baik tak payah...huhu


3. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikan oleh Ricky Martin. (kat Seremban ni Mantin bukanlah dinamakan sempena nama Ricky Martin tau. Malah, dia tak pernah datang sini pun..kerek! huh!)

4. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh hanya biasa digunakan room dot dot dot)

5. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama. Tapi kalau perut, tak tahu lah plak ada sebelah kanan dan sebelah kiri..huhu

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

9. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

15. Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M’aidez yang bermaksud "tolong saya". Perkataan Mydin yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

16.
Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca ~AkU DaN SeSuAtu...~ ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. hehehehehehehehe...eh! Sentuh la telinga korang dgn siku sampai ia kena…….Tak normal la korang maknanya...huhuhu


Kesimpulannya, soalan yang aku beri ini pada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5, paling banyak dorang bley jawab pun hanyalah 3..korang??


P/s: Tahukah Anda....tahukah anda......tahukah anda.......
walaupun hidup beribu tahun kalo tak sembahyang apa gunanya.

(Rileks.info)


Wednesday, June 17, 2009

WaRkaH PeNiNg LaLaT...



Romantik...
Jiwang...
Puitis...

aper kah kali ni?? hoho... tetiba petang ni terasa jiwa aku penuh dengan bait-bait kata dan bunga-bunga memekar dalam senyum...wahhh, bergaya tul ayat aku..hehe..aku bosan2, dok cari material untuk event bulan ni, tup-tup... aku jumpa satu warkah penuh dengan 'perasaan' yg mengimbau kenangan aku masa muda-muda dulu...(hahaha, mane ade. muda2 dulu aku baek tau...)..So, check-it-out!!! >",<



Hello sayang...

kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...

Apa...tak muat...??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks.... janganlah sayang risau.... duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang..... sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.... RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit.... tu belum masuk nak tukar hardd! isk baru lagi tuh....

Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi.... bukan abg tak gentleman.. tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana.... maafkan abg...tobat.. lain kali abg tak buat lagi.......

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...sorry la... abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh..... soksek..soksek...masa sayang gi toilet.. tak perasan pulak..dah abih... sedaaaaaaappppp....!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh??? udah ler tu... .janganla merajuk lama lama...

Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee... abg pinjam jaap henset sayang... nanti abg tukaq la balik.... sayangkan ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar tu... Hehehehe .! . henset sayang kecik...buleh abg simpan dalam kocek abg...

Betuuuul...........! semalam abg dah booked tiket citer Jangan Pandang Belakang Congkak tuh... abg ingat la kan... cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la... pasal tu la tiket dah abis..... lagi satu....sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk hariraya aritu... kira pinjam terus la yee.... boleh gaks guna masa ari nikah kita esok-esok... bukan abg taknak beli baru... tapi sayang la...benda elok lagi... buat apa nak beli baru kannn... tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plaks... ayah sayang sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain....

Buat masa ni motor abg masih dlm wokshop.. ntah apa ntah pomen tu buat tak siap-siap lagi... jadi Gen2 sayang ni...kira abg pakai dulu la yee utk pergi keje... sayang bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh... sayang pergi keje naik LRT pun bolehh........! ...

Lagi satuu.... besok sampai kat opis sayang nanti.....sayang tlg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye... bukan apa...Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii... motor kapcai abg pun tak camni...

Okeyla sayang...dah cakap lama ni... jgn lupa top up kan prepaid abg nii... esok2 senang abg nak call sayang lagi...

bye-byee....



Itu lah namanya cinta..sanggup berkorban ape saje kan apabila hati dilamun gelojak rasa...Mungkin kah ini surat cinta yg menyebabkan seorang pelajar lelaki di Terengganu ugut membunuh diri pada minggu lepas setelah kekasihnya ingin memutuskan perhubungan?? ye lar... mane tahan pakwe dok nak menge'pow' ajer kan??huhu


Kesimpulannya, pergh!! ada lagi ke awek yg sanggup berbuat apa sahaja demi cinta dan kasih sayang seperti ini??? huhuhu


p/s: nak praktis tulis surat aje ah kalo berteman nanti..mesti cair!! heeee


HaRu PaGi HaRi


Geram...
Benci...
Marah...

Ape kah kali ini yg berlaku??? huhu.. aku dalam ke'geram'an, ke'benci'an dan ke'marah'an.... kepada siapa??? engkau? dia? kamu?

Bukan!!!

Aku bukan marah pada siapa-siapa...tp aku marah pada apa-apa...ehh, korg faham tak??
Ya, aku sedang geram, benci dan marah tersangat-sangat pada 'benda' di bawah ini :-


Either you have already logged in or you have not logged out properly from the previous session. Kindly try again after 5 minutes.
User ID

Password




Argh....dah berhari-hari aku wat, tak dapat2 gak..dah berape ratus kali 5 minit aku tunggu nih!!! pergh, aku dah nak jatuh papa kedana ni...

AKU GERAM
AKU BENCI
AKU MARAH

pada CIMBCLICKS!!!

p/s: ini bukan iklan cat dunlop!

Thursday, June 11, 2009

HaRi yaNg MenDeBaRKan...

Kaget...
Gesa...
Bangga...

Aper butir bicara kali ini???...ni aku nak citer apa yang telah berlaku pada Rabu minggu lepas, atas permintaan ramai (saper la yg 'ramai' tuh??? hoho)...Mesti korg tertanya-tanya, apa lar yg berlaku pada Rabu lepas kan?? aku memang senyap tak gitau saper2 pun.. biasa lar, low profile...tapi, memandangkan 'ramai' yg suh aku citerkan di blog ini, dan aku pun dah jarang2 dapat menulis kan..so, ape yg terjadi???

"Perdana Leadership Foundation's Essay Contest 'Nurturing The Minds Of Future Leaders' 2008"



ehh, ape kebenda tu?? huhu..bagi kawan2 yg selalu melepak ngan aku, msti dorg tau yg aku ni mmg suka menulis esei..tapi tgk mood lar...sbb, bila aku nak menulis esei, aku kena 'bertapa' dengan pelbagai buku dan rujukan berhari2 atau berminggu2...

ehh, dah, berbalik kepada Esei PLF tu.. Pertandingan tu aku masuk masa antara cuti sem tahun 1 ke tahun 2, bulan Mei-Jun lepas..tarikh tutup dia kalo tak silap hujung bulan 6 2008...aku decide nak masuk pertandingan tu, 2 hari sebelum balik bercuti..so, aku tergesa2 pada pg hari gi fakulti utk dapatkan cop fakulti sbg pengesahan sbg pelajar IPT..sib bek ptg tu, aku dah bley amek borang tu semula walaupun Ketua Jabatan kol aku (ketika sedang enak2 karaoke di Skudai Parade) dan tanya aku macam2 sbb aku tak tulis tajuk, tak decide tema pilihan dan banyak lagi yg tak diisi..memang lar. aku tak start menulis lagi, maner la aku tau tajuk dan tema mana yg nak dipilih kan??huhu..

Library di PLF....sangat berkarisma...hehehe


dah2..kalo nak citer perjalanan masuk pertandingan tu, sgt panjang..aku short kan kepada hari penyampaian hadiah...utk makluman korg, aku just dapat no.4 ajer..mula2 sgt kecewa sebab dah tunggu setahun, dan canang penyertaan tu setahun yg lalu, namun cuma dapat no.4...tp, 'ramai' ni msj gitau, aku dapat no.4 daripada banyak2 penyertaan seluruh IPT Malaysia, so I should be proud..huh, taknak ah..tak baek riak..hoho...


Inilah bangunan PLF yang terceruk tuh..huhu


akhirnya, aku gi gak majlis tu.. majlis penyampaian hadiah tu berlangsung pada 3/6, pukul 2 petang...tapi itu hari Rabu! so, terpaksa la aku memberanikan diri meminta kebenaran bos untuk keluar pada ptg itu ke PUTRAJAYA...so, aku pun calling2 kakak aku mintak tolong anta..pukul 1, aku dah bersiap2 nak gi dah, tp kakak aku pukul 1.30 baru bertolak dari umah dia kat Sunway tu..pukul 2.30, baru smpai kolej ni..aku dah mesej kat urusetia, gitau yg aku lewat sampai dan mintak remove my name from the winners' list..

pukul 3 aku smpai kat Bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana..bangunan tu sangat terceruk di dalam, di antara celah-celah bangunan di Putrajaya yang indah dan menawan...rupa2nya, VIP baru ajer masuk..kiranya, aku ngan kakak aku ni lagi 'tinggi' ar hormatnya drpd VIP, sbb dt lewat..hahaha masa nak bagi tempat duduk, aku tgk tempat2 dah penuh..kecuali, ada 2 kerusi kosong di bahagian paling depan Auditorium, betu2l paling tepi kat laluan tengah...kami pun dgn menunduk2 berjalan menuju ke tempat duduk tu..huhu

Inilah auditorium nya...tp, masa mjlis tu, penuh org tau...


so, dengar la kami kepada ucapan2 yang pelbagai...bila nak jemput tetamu VIP utk memberikan ucapan, pergh, rupa-rupanya, TUN DR. MAHATHIR dan TUN DR. SITI HASMAH dok kat belakang kitorg ajer!!! huhuhu...segan beb lewat tadi... dipendekkan cerita, aku pun di'seret' naik sekali utk menerima hadiah walaupun aku ingat nama aku dah dikeluarkan drp senarai, dan juga naik ke pentas dengan baju yg tak bergosok sbb takde seterika (selalunya pinjam kat rumah budak2 ni punya seterika, tp cuti ni, warden dah kunci rumah dan simpan ar seterika tuh..adoi!!! huhu)


Ruang menunggu..smart kan gambo2 PM kita tuh???


ape yg aku dapat?? Wang deposit AmBank sebanyak RM200 dan baucer MPH sebanyak RM100...syukur lar, walaupun tak dapat kereta yg diidam2 kan..tapi, org lain pun tak dapat gak kereta tuh..huahuahua..padan muka!!

Vip Majlis Penyampaian Hadiah tu...bangga beb dapat jumpa

Coretan:


1) aku sangat kagum dgn Tun Dr. Siti Hasmah...walaupun dah berusia, namun beliau masih dapat mengingati setiap bait ucapannya yg tertulis dalam bahasa Inggeris, tanpa melihat kepada mana note2 atau skrin ucapan...macamane aku tau?? kitorg dibekalkan dgn salinan ucapan Tun...so, aku semak la teks tu ngan ucapan dia...perfect beb!!!

2) memang sgt terserlah karisma seorang pemimpin negara dalam diri Tun Mahathir..masa aku nampak dia sebelah aku, aku tergamam sebentar..tp, sifat mesra dia, dan gaya dia membuatkan org selesa dan mengikut dia...salute Tun!!!

3) dalam senarai hadiah pada awalnya, takde pun hadiah wang disediakan...paling cikai saguhati sampai 35 pun dapat I-Pod...tp, pemenang kedua pulak yg dapat Ipod..grand prize iaitu hadiah Kereta Chevrolet akan dibawa ke pertandingan esei 2010..sbb, takde yg layak menang..ala, taktik Kegawatan Ekonomi tuh..huhuhu

4) pemenang tempat pertama dan kedua bagi kategori menengah rendah dan menengah atas, semuanya adalah pelajar cina, dan semestinya, dorg wat esei tu dalam bahasa Inggeris...owh, patut lar menang...huhu

5) pemenang tempat pertama dan ketiga bagi kategori Pengajian Tinggi plak merupakan pelajar jurusan Undang-Undang, masing-masing dari UKM dan UiTM...penuh lar analisis sejarah, fakta dan undang2 gitu...

6) pemenang tempat kedua bagi kategori Pengajian Tinggi, adalah lelaki cina + india dari Methodist College, KL...ape benda tu?? sekolah methodist aku tau lar..ade sesiapa yg tau???

7) dalam pertandingan yg sebelumnya, hanya 1 peserta dari UTM yg tersenarai sbg pemenang..itu pun dapat hadiah saguhati no.15-35...kali ni, wakil UTM dapat no.4, yg merupakan antara hadiah utama...gerek ah beb!! hahaha....

8) aku tak tunaikan lagi wang deposit tu!! mane nak cari AmBank kat cni...keje la isnin sampai jumaat...adoi lar.... baucer MPH pun tak guna lagi..hampeh tul Mines takde MPH...buat lotih eden aje bawak baucer tu 2 kali gi Mines...huh


Kesimpulannya, aku nak masuk lagi lar pertandingan menulis esei..duit dah kering...ada sape2 nak bagi idea???? eden kopak!!!


p/s: dulu mak aku bangga dapat sijil sign pak lah, tapi skrg ni aku dapat sijil ber'sign' Tun. Dr. Mahathir, dan berbingkai...sape menang, mak??? hehehe

Tuesday, June 9, 2009

ApA yaNg Ada??

Apa ada pada bicara?
Kala terhenti, kaku suara
Bergetar, melankolis cuma

Apa ada pada alurnya?
Kala bengkok, sesat jua
Pening, mencari arah nyata

Apa ada pada nista?
Kala berkudis, bau menerpa
Busuk, tinggal loya

12.23 P.M.
Kolej Ilmu

Thursday, June 4, 2009

KeNaNgAn MaSa BeLaJaR AsRaMa DuLu2...KReATiF??


BoSan...
Letih...

Beku...


Aper kah ini yang diciterkan???...huhu, ni lar hidup sebagai pelajar asrama...betul! siapa yang tak bosan, apabila perlu mengadap rutin harian yang sama??- bangun pagi, pergi sekolah, balik sekolah, prep, riadah, solat maghrib berjemaah, prep malam/kelas tuisyen, light off! begitulah rutin hari-hari rusuhan.. bila tiba hujung minggu, mungkin la berubah sket..tapi sket ajer..bab prep tu akde..so, waktu yg ada kan dipenuhi dengan sesi menidurkan diri untuk refill tenaga...

betul! siapa yang tak letih, bila terpaksa berkejar-kejar dengan masa yg ada untuk patuhi jadual rutin harian yg ditetapkan?? balik sekolah dah pukul 2.15, makan tengahari, mandi, siap2 pukul 3 dah ader prep petang..kalo lambat turun, pintu asrama dah kena kunci ngan pak guard kesayangan Nazri (Pak Cik Usop) ..so, kalo dah kena kunci, paham2 la..konfirm kena denda la jawabnya...

betul! siapa yang tak beku, apabila diri ni terasa bagai robot??...dikawal dengan pelbagai peraturan yang ada terutamanya rutin yang bisa membikin hati untuk memberontak...namun, kerana sedar kita hanyalah penumpang di asrama ini, nak tak nak terpaksa lar kita 'mendisiplinkan' diri dan menjadi pelajar yang baik...biar lar rekod masa abes belajar nanti nampak baik...huhu

jadi, apa isunya kali ni???

KREATIVITI!!! pernah tak terpikir...kenapakah selalunya pertandingan yang melibatkan kreativiti
dan inovasi dimenangi oleh pelajar-pelajar sekolah asrama penuh??? selain kerana disogok dengan bantuan cikgu-cikgu terbaik, faktor-faktor di atas lar yang menyumbang kepada pengembangan minda kreatif pelajar...

benda ni bukanlah suatu perkara yang baru...masa zaman pendudukan Jepun, lantaran kesengsaraan dan kesempitan hidup berada di bawah kawalan penjajah yang asyik membuat catuan makanan dan sekatan aktiviti, maka terhasil lar pelbagai barangan daripada kebosanan, keletihan dan kebekuan yang dihadapi...kita dapat menggunakan guni, malah perkakas diri daripada getah...itulah namanya kreativiti...


berlatih silat kat tepi pantai smart la gak..tapi di tepi padang asrama yang dikelilingi ladang sawit ni?? erk...


ehh, apa lar yang aku melalut sampai ke topik sejarah ni..FOKUS...ya, ini lar yang aku nak citer..pasal kreativiti..bukan ape, memandangkan aku sedang menjalani praktikal di asrama, maka aku jelaslah dapat melihat kreativiti pelajar-pelajar ni untuk memecahkan kebuntuan hari
mereka...contohnya, disebabkan bosan takde aktiviti pada hujung minggu, ada pelajar kat sini menggunakan ilmu persilatan yang dipelajari di kampung dengan 'mengajar'nya pulak kepada kawan2, junior2 malah senior2 kat asrama ni..silat yang diajar bukan sebarangan tau..siap ada bunyi 'auuummmm' pada penutup buah silatnya...bila? daripada pukul 7.30 pagi sampai lar tengahri... kat maner? kat hujung penjuru padang.... pergh, latihan PLKN pun tak macam ni kot..huhuhu


logo a.k.a lencana silat Lian...tak caye eh aku masuk silat dulu??hehe


tapi, benda ni sbnrnya bukan perkara baru..teringat masa zaman muda2 masuk silat Lian dulu..Azizi and the geng selalu berlatih silat bila balik asrama. Tapi
takde lar dia berlatih macam budak2 sekarang...dorg berlatih dalam bilik di tingkat 3, pada waktu malam..takde la kulit menjadi gelap (walaupun Fadhir sudah sedia gelap..hoho)



ini lar rangka senapang kayu yang aku citer kat bawah..huhu


malah, kreativiti kawan2 gak terserlah..bilamana Amir
mengukir kayu (ntah, dari mana dorg dapat, bengkel KH kot tak silap) dan menjadikannya sebuah senapang yang menggunakan getah sbg 'peluru'...itu pengalaman pertama aku tau..ye lar, aku kat umah bukannya dok dalam kawasan desa..so, tak merasa melihat dan bermain ini semua...meriam buluh pun sampai sekarang tak penah merasa tau..seb baek lastik dah penah maen..huhu

kerana kreatif juga lar, maka terhasil lar pelbagai corak persembahan yg takleh dilupakan..paling terkesan, ketika aku tingkatan dua...batch aku wat persembahan lakonan, pasal cinderella kot..tapi tajuknya, CD-lelah (kalo tak salah eja lar..huhu)..bayangkan lar...budak2 ni bley pakai dress blouse pompuan, and selamber mempersembahkan cerita yg sangat2 tak terjangkau pemikiran...starting from that creativity, tertubuh lar kumpulan Bubu-Bula atau nama panjangnya, Budak-Budak Buat Lawak...memang sempoi abes idea lawak dorg...


ini versi original...tergelak teringat Syuan pakai dress lakon watak tiri..penuh dengan 'pesona' yang takleh melelapkan mata..huhu


tp, tu zaman aku dulu...kitorg sangat enjoy dengan peluang yg ada..aku perhatikan, adik2 kat asrama sekarang ni, dah tak sekreatif kitorg dulu..semua perkara perlu disediakan..berbeza dengan bimbingan..bayangkan lar..untuk membuat acara sukaneka pun alumni asrama yang kena turun untuk kendalikan dan merancang program..masa kami dulu2, kami lar yang rancang, kami yg melaksanakan dan kadang2, kami lar yg masuk...dan pengalaman itu sangat berguna sehingga kini...

kesimpulannya, kreativiti takkan lahir tanpa ada dorongan untuk 'keluar' daripada rutin yang dialami..kreativiti itu indah, andai kita bijak menyusun langkah...kreativiti akan mati, apabila kita tertutup hati...renung-renungkan dan fikir-fikirkan...


p/s : naseb abek bunyi erangan silat tu auummm...kalo 'm' tu bertukar 'w', korg bayangkan la sendiri...adoi mak!!!
(aku tau, mesti korg tertanya2 ms lakonan citer CD-Lelah tu, aku pegang watak ape ek?? huhu..teka lar...jawapannya akan menyusul dalam entri yg seterus2nya..hehe
)


apakah aku memegang watak ini?? hoho


Tuesday, June 2, 2009

PeRJaLanAn iTu SaTu PeNGaLaMaN.....


penat!

lesu!
pecut!

ape kah pula di kali ini???...rileks....ni bukan pasal aku nak masuk lari pecut! dah lama aku tinggalkan arena balapan tuh..(walaupun ramai yg tak percaya yg aku masuk lumba lari ms muda2 dulu. hampeh! maner bley dibandingkan fizikal aku skrg ngan dulu... skrg aku dah dewasa, mstilah dah berubah banyak..hohoho) STOP!! ni aku nak citer pasal perjalanan aku pada hujung minggu yg lalu...huahuahua

aku dah lama gak tak balik umah. start bukak sem 4 lepas, sampai lar 30 Mei aritu...dah lebih 5 bulan gak aku tak jenguk tanah tumpahnya darah ku...(ehh, tu kat umah sblm ni lar..huhu)..so, aku pun balik la umah pada sabtu yg lalu..

perjalanan aku kali ni berbeza...aku naik bas sekolah sekali ngan budak2 hostel yg tgh bercuti skrg ni ke Kuantan..pukul 4.10 pg bas tu bergerak...ops, AKU BAYAR TAMBANG k!! ramai ingat aku dapat free sbb dah jd pegawai (walaupun hanyalah tempoh praktikal ajer..huhu)..aku sampai kat umah aku pada jam 1040..rupa2nya, spjg perjalanan yg sgt lama tu (aku dok kat seat paling belakang, dan kusyen duduk dia tu dah tercabut. puas eden meng'cover' taknak jatuh..huhu), 2 KALI BAS TU ROSAK!!! SEYES! aku tak sedar pun..huhu..1st antara pukul 6-6.30 pagi.. 2nd time pukul brape ntah..hahahah...membebel budak2 sbb aku tak sedar langsung yg bas rosak..yela, aku kan keje hari jumaat tu. penat tak abes lagi.

dipendekkan (sbb citer ni panjang), tengahari Ahad aku pun gi terminal sbb nak balik semula...TAPI.....TIKET TAKDE!! PULOK!!! mak aku dah suh aku beli masa kuar jln2 ptg Sabtu, tp aku malas sbb nak cepat balik...lgpun aku pk, takkan ramai sgt nak turun KL kot...aku dah gelabah...aku dah janji ngan Incik KJ-KUN nak jumpa ptg..

so, aku pun menggunakan otak aku yg kelima, aku beli tiket ke Temerloh pukul 1 tghari (sbb aku sampai terminal pun lg 3 minit nak pukul 12. dok cari2 tiket ke KL, bas pukul 12 ke Temerloh pun dah bergerak)..semasa dlm bas ke temerloh tu, lebih separuh daripada seat diduduki oleh foreigner daripada maner ntah..mula2 konduktor bas halau, suh kitorg naik bas ke Temerloh satu lagi..tp aku wat 'BATU' ajer..giler ah...bas tu Kuantan-Jerantut-Temerloh...lagi lar lambat smpai nanti..so, aku pasang earphone, wat2 dgr lagu n tertido...hohoho

aku sampai Terminal Temerloh dah pukul 3.15..aku tgk2, bas ke KL yang ada hanyalah pukul 4..cantik lar tu walaupun lambat bg aku..aku pun amek lar Bas Metrobus yg ke pekeliling tu...naseb abek bas ni selesa. sedap gak la aku duduk n tido walaupun KJ da gigih tnya bila lar nak sampai...ketika jam menginjak ke pukul 5.10, alamak! Jam la plak jalan..takpe2, sabar..sempat smpai KL pukul 6 ni.. huh, lega jam tu kejap ajer.. masa dah pukul 5.50, jam plak masa nak sampai ke Tol Gombak!!! lama beb..pukul 6.25 baru dapat melepasi tol gombak!

sampai pekeliling tepat2 pukul 6.50 ptg...aku pun cepat pecut naik star ke jalan Hang Tuah...tunggu dalam 4 minit, datang la tren tu..aku sampai2 kat Hang Tuah, KJ ngan jaket hitamnya dah tunggu kat luar stesen..nak gi Paris ke bang dok pakai baju tebal2??? hahaha

kitorg gi mines (itu malas citer), pukul 8.45 kitorg naik Monorail plak ke KL sentral...pergh, jalan tgh ke KL sentral tu tutup la pulak! terpaksa pusing keliling, aduh bosan! sampai KL sentral, aku beli tiket KTM...lepak2 jap borak sambil tgk Konsert Jom Heboh kat TV KL sentral ngan KJ, aku pun naik tren pukul 10.13...seb baek sempat! elok2 aje aku masuk,tak sampai seminit pastu pintu dah tutup...

perjalanan aku dalam tren tu sgt jauh...JAUH...beberapa kali aku tersengguk nak tido tp aku bimbang terlepas...pukul 11 baru aku sampai kat stesen..aku pun mintak tolong seorang pegawai kat Kolej untuk amek aku kat stesen..hampir pukul 11.40, baru lar aku smpai Kolej...lepak2, mandi jap...pukul 12, aku semak result exam aku.

ADOI!!! Jatuh lagi...ni result yg paling teruk aku penah dapat...nway, Alhamdulillah sbb still dapat ape yg aku nak, cuma berkurang daripada sasaran tertinggi jer..lagipun, aku dah jangka result aku akan jatuh, cuma harap2 jgn dapat bawah drp apa yg aku nak lar..huhuhu

kesimpulannya, siapa kata perjalanan itu sehala?? ada pelbagai lagi jalan yg mendatangi kita..cuma terpulang bagaimana kita memilih jalan yg kita ingin harungi...dan perjalanan itu sangat memberi erti....


p/s: Yana dok citer pasal cupcake lagi kat blog dia..dia lupa yg dia janji nak bg cupcake kat aku ngan KJ sblm balik aritu..hurm...


Monday, June 1, 2009

ArGh...PeNat!!!



Senyap...

Bisu...
Sepi....


aper kali ni ek??? ini bukan promo citer SEPI...citer tu dah lama kuar kat pawagam lar....tapi ni promo pasal life aku la semenjak 3 minggu yang berlalu ni...huhuhu

aper? korang taktau??? hehehe..rileks...meh ceq kabaq kat depa semua..aku skrg sedang jalani Latihan Industri a.k.a Praktikal la yeob oi..tp, selama 8 minggu ajer.huhuhu..kat maner? BIARLAH RAHSIA bak kata pelantun artis faveret KJ tuh..hihi

tp ringkasnya, life aku sblm ni agak bz...yela, sbg psychologist, aku kena lar membuat ujian psikologi, kajian dan juga mengendalikan pelbagai program selain kaunseling...so, aku sgt bz memanfaatkan masa yg ada utk timbulkan suasana mesra agar aku dapat kawal budak2 ni semua, sekurang-kurangnya tak wat masalah besar sepanjang aku praktikal ni..biar ar nama dan reputasi aku kekal baik woo....hihihihi

tp, dalam 2 minggu ni, life aku akan sedikit lapang..sbb??? lar, kan budak2 tgh cuti sekolah skrg...so, dorg semua balik kampung lar..tinggal lar aku membuat keje yg kadang2 tak tau keje apa yang nak dibuat...huhuhu..takpe2. yg penting, masuk keje pukul 8, pukul 5 dah chow!! malam2, bley tgk citer faveret!! hohoho

ehh, sori la. aku banyak melalut pasal diri aku kali ni..yela. aku dalam pejabat ni..rehat jap sementara mengalih-bahasa dan menyediakan soalan ujian kerjaya Holland. Pening...Nway, tak sabar nak balik bilik tido!!! huahuahauhau


p/s: seksa nak kuar ke bandar drp tempat ni..ade sape2 nak sumbangkan transport???huhuhu