BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Showing posts with label zaman asrama. Show all posts
Showing posts with label zaman asrama. Show all posts

Thursday, June 4, 2009

KeNaNgAn MaSa BeLaJaR AsRaMa DuLu2...KReATiF??


BoSan...
Letih...

Beku...


Aper kah ini yang diciterkan???...huhu, ni lar hidup sebagai pelajar asrama...betul! siapa yang tak bosan, apabila perlu mengadap rutin harian yang sama??- bangun pagi, pergi sekolah, balik sekolah, prep, riadah, solat maghrib berjemaah, prep malam/kelas tuisyen, light off! begitulah rutin hari-hari rusuhan.. bila tiba hujung minggu, mungkin la berubah sket..tapi sket ajer..bab prep tu akde..so, waktu yg ada kan dipenuhi dengan sesi menidurkan diri untuk refill tenaga...

betul! siapa yang tak letih, bila terpaksa berkejar-kejar dengan masa yg ada untuk patuhi jadual rutin harian yg ditetapkan?? balik sekolah dah pukul 2.15, makan tengahari, mandi, siap2 pukul 3 dah ader prep petang..kalo lambat turun, pintu asrama dah kena kunci ngan pak guard kesayangan Nazri (Pak Cik Usop) ..so, kalo dah kena kunci, paham2 la..konfirm kena denda la jawabnya...

betul! siapa yang tak beku, apabila diri ni terasa bagai robot??...dikawal dengan pelbagai peraturan yang ada terutamanya rutin yang bisa membikin hati untuk memberontak...namun, kerana sedar kita hanyalah penumpang di asrama ini, nak tak nak terpaksa lar kita 'mendisiplinkan' diri dan menjadi pelajar yang baik...biar lar rekod masa abes belajar nanti nampak baik...huhu

jadi, apa isunya kali ni???

KREATIVITI!!! pernah tak terpikir...kenapakah selalunya pertandingan yang melibatkan kreativiti
dan inovasi dimenangi oleh pelajar-pelajar sekolah asrama penuh??? selain kerana disogok dengan bantuan cikgu-cikgu terbaik, faktor-faktor di atas lar yang menyumbang kepada pengembangan minda kreatif pelajar...

benda ni bukanlah suatu perkara yang baru...masa zaman pendudukan Jepun, lantaran kesengsaraan dan kesempitan hidup berada di bawah kawalan penjajah yang asyik membuat catuan makanan dan sekatan aktiviti, maka terhasil lar pelbagai barangan daripada kebosanan, keletihan dan kebekuan yang dihadapi...kita dapat menggunakan guni, malah perkakas diri daripada getah...itulah namanya kreativiti...


berlatih silat kat tepi pantai smart la gak..tapi di tepi padang asrama yang dikelilingi ladang sawit ni?? erk...


ehh, apa lar yang aku melalut sampai ke topik sejarah ni..FOKUS...ya, ini lar yang aku nak citer..pasal kreativiti..bukan ape, memandangkan aku sedang menjalani praktikal di asrama, maka aku jelaslah dapat melihat kreativiti pelajar-pelajar ni untuk memecahkan kebuntuan hari
mereka...contohnya, disebabkan bosan takde aktiviti pada hujung minggu, ada pelajar kat sini menggunakan ilmu persilatan yang dipelajari di kampung dengan 'mengajar'nya pulak kepada kawan2, junior2 malah senior2 kat asrama ni..silat yang diajar bukan sebarangan tau..siap ada bunyi 'auuummmm' pada penutup buah silatnya...bila? daripada pukul 7.30 pagi sampai lar tengahri... kat maner? kat hujung penjuru padang.... pergh, latihan PLKN pun tak macam ni kot..huhuhu


logo a.k.a lencana silat Lian...tak caye eh aku masuk silat dulu??hehe


tapi, benda ni sbnrnya bukan perkara baru..teringat masa zaman muda2 masuk silat Lian dulu..Azizi and the geng selalu berlatih silat bila balik asrama. Tapi
takde lar dia berlatih macam budak2 sekarang...dorg berlatih dalam bilik di tingkat 3, pada waktu malam..takde la kulit menjadi gelap (walaupun Fadhir sudah sedia gelap..hoho)



ini lar rangka senapang kayu yang aku citer kat bawah..huhu


malah, kreativiti kawan2 gak terserlah..bilamana Amir
mengukir kayu (ntah, dari mana dorg dapat, bengkel KH kot tak silap) dan menjadikannya sebuah senapang yang menggunakan getah sbg 'peluru'...itu pengalaman pertama aku tau..ye lar, aku kat umah bukannya dok dalam kawasan desa..so, tak merasa melihat dan bermain ini semua...meriam buluh pun sampai sekarang tak penah merasa tau..seb baek lastik dah penah maen..huhu

kerana kreatif juga lar, maka terhasil lar pelbagai corak persembahan yg takleh dilupakan..paling terkesan, ketika aku tingkatan dua...batch aku wat persembahan lakonan, pasal cinderella kot..tapi tajuknya, CD-lelah (kalo tak salah eja lar..huhu)..bayangkan lar...budak2 ni bley pakai dress blouse pompuan, and selamber mempersembahkan cerita yg sangat2 tak terjangkau pemikiran...starting from that creativity, tertubuh lar kumpulan Bubu-Bula atau nama panjangnya, Budak-Budak Buat Lawak...memang sempoi abes idea lawak dorg...


ini versi original...tergelak teringat Syuan pakai dress lakon watak tiri..penuh dengan 'pesona' yang takleh melelapkan mata..huhu


tp, tu zaman aku dulu...kitorg sangat enjoy dengan peluang yg ada..aku perhatikan, adik2 kat asrama sekarang ni, dah tak sekreatif kitorg dulu..semua perkara perlu disediakan..berbeza dengan bimbingan..bayangkan lar..untuk membuat acara sukaneka pun alumni asrama yang kena turun untuk kendalikan dan merancang program..masa kami dulu2, kami lar yang rancang, kami yg melaksanakan dan kadang2, kami lar yg masuk...dan pengalaman itu sangat berguna sehingga kini...

kesimpulannya, kreativiti takkan lahir tanpa ada dorongan untuk 'keluar' daripada rutin yang dialami..kreativiti itu indah, andai kita bijak menyusun langkah...kreativiti akan mati, apabila kita tertutup hati...renung-renungkan dan fikir-fikirkan...


p/s : naseb abek bunyi erangan silat tu auummm...kalo 'm' tu bertukar 'w', korg bayangkan la sendiri...adoi mak!!!
(aku tau, mesti korg tertanya2 ms lakonan citer CD-Lelah tu, aku pegang watak ape ek?? huhu..teka lar...jawapannya akan menyusul dalam entri yg seterus2nya..hehe
)


apakah aku memegang watak ini?? hoho


Monday, May 18, 2009

KeNaNgaN MaSa BeLaJaR AsRaMa duLu2...PasaNG JaMBu???



kelakar...
konfius...
musykil...


aper la ek aku nak cakap kali ni???...JAMBU!! satu subjek yang sangat menarik utk aku review berkaitan dengan zaman asrama...dalam maner2 asrama pun, mesti ada lar budaya menyimpan jambu ni wujud...BETOL! BETOL! BETOL!

hehehe..jgn korang salah tafsir...jambu ni bukan CIK PON, apatah lagi CIK G...tp, jambu ni maksudnya junior yang rapat dengan senior...masa mula2 masuk asrama dulu, jambu ni dikaitkan dgn org yg muka dia tak maskulin, tp tak bermakna dia bukan lelaki...(FAHAM TAK???oops!) cthnya, muka licin ker, putih ker..hah, camtu lar..

knp la akoo bawak topik ni ek kali ni??? memandangkan aku sedang menjalani praktikal di dalam kawasan asrama, maka akoo lihat bahawa budaya pasang jambu ni masih 'bermaharajalela'...huhuhu..akoo tak kata pasang jambu tu tak baik..cuma, bila engat zaman2 asrama dulu dan melihat gelagat budak2 skrg, rasa nak tergelak ajer..rasa ngilu bila mengingatnya...kuikui

aper gunanya pasang jambu ni?? bagi senior, pasang jambu sgt bermakna utk dorg tonjolkan kuasa dorg. betol! jambu tu melambangkan pengaruh dorg, sbb??? bukan semua org dapat simpan jambu, dan jambu yg disimpan itu akan sentiasa ikut ckp dan gaya dorg....malah, pasang jambu pun akan memudahkan urusan dorg...yela, bila ada jambu, kita bley suh dia wat ape2 ajer (tertakluk kpd pengaruh kita lar..) misalnya gosok baju, ambilkan air, urut badan dll...

bagi junior plak, dipasang menjadi jambu sbnrnya wat kan diri tersipu-sipu..betol! nak2 bila org dok usik kita sbg jambu seseorg tu..tp, kalo senior yg kita rapat tu femes, hebat dan ape2 je la benda yg baik, junior ini akan rasa sgt bangga dan selamat berada di bawah lindungan si senior ini td..sbb tu, dia sanggup buat apa2 ajer utk si senior ni...huhu

so, sbnrnya, pasang jambu ni tak salah. malah seronok sbnrnya. selagi kita pasang ia skdr sebagai hubungan rapat senior-junior, bukan perkara-perkara lain..yela, bila sebut jambu ni, ramai pk pasal benda songsang...itu bergantung kpd diri hbgn senior-junior tu la utk nilai perkara tersebut...bg akoo, pasang jambu ni skdr utk mendptkan junior yg bley kita mintak tolong wat benda2 apabila kita malas...

akoo? hehehe..penah ar pasang jambu gak dulu. wat mintak tolong amek air, terutama bila minum malam dan juga gosokkan baju...kadang-kadang, mintak tolong kejutkan akoo pada masa tertentu bila akoo tido...tp, akoo layan jambu akoo dgn baik. akoo belanjer dia ape2 bila akoo jumpa dia. yela, takkan tak balas jasa dia tolong kita kan..nway, it's a very memorable thing to me...

Eh,KJ! ko selalu suh akoo kejut ko tido. akoo ni tergolong dalam jambu-jambu ko ker??? kena mintak biasiswa nih! HAHAHA


p/s: JAMBU. kenapa lar tak digelar durian ek?? kan bunyi 'Malaysia' sket...huhu


Friday, May 15, 2009

KeNaNGan MaSa BeLaJar aSRaMa duLu2...FLY

rindu....
nostalgia....
kelakar....

aper lar kali ni ek???....aku nak citer tentang zaman aku kat asrama dulu. bukan aper, bila jalani praktikal kat asrama aku nih, teringat sgt zaman2 aku masih bergelar pelajar asrama cni...well, walaupun aku da jd siswazah, tp zaman bergelar pelajar asrama paling masyuk!!! benda pertama yg aku nak citer, tak lain dan tak bukan....


FLY


tu mmg takleh nafi lar... se'skema'2 aku, aku penah gak fly...lagipun, pepatah asrama ada menyebut, "lelaki yang tak pernah fly, dia bukan lelaki!"..jd, kelelakian kami ditonjolkan melalui aktiviti fly!!! hehe...(saper la yg reka pepatah tuh! rosak budak2 asrama!)..tp yg paling aku takleh lupa, time aku fly mlm2 ngan junior aku, nak tgk filem midnite, "One Missed Call." tp, alih2, kaunter tiket dah tutup n sbb kitorg sesat ms odw ke pawagam tuh...balik2, kitorg tgk ader lembaga 'besar' kat meja pak guard, maka kami pun menusup masuk ke dalam longkang...lama gak ah dok dalam longkang, hampir 1 JAM!!! pastu, bila rasa cam da line clear, kitorg pun panjat pagar belakang, pastu ader org jerit, "DAH KANTOI DAH!!!!!" pergh! sesia aku bertapa dalam longkang!!! Esoknya, bila kena panggil ngan pegawai hal ehwal pelajar kenapa fly, aku jwb, "SAYA MEMBERONTAK," dgn wajah selamba....

hukuman? berdiri kat tepi tiang pejabat sampai ptg. kiranya aku ni tiang yang paling ensem ar kat dunia nih... hehehe...


ARGH!!! NAK FLY DRPD ASRAMA NIH!!!!


p/s: lembaga 'besar' yg dinyatakan di atas, bukannya pak guard tau..tp kawan aku, bulat, yg sedang tunggu aku balik sbb dia pun kantoi fly sama!!! hahahah