BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Thursday, June 11, 2009

HaRi yaNg MenDeBaRKan...

Kaget...
Gesa...
Bangga...

Aper butir bicara kali ini???...ni aku nak citer apa yang telah berlaku pada Rabu minggu lepas, atas permintaan ramai (saper la yg 'ramai' tuh??? hoho)...Mesti korg tertanya-tanya, apa lar yg berlaku pada Rabu lepas kan?? aku memang senyap tak gitau saper2 pun.. biasa lar, low profile...tapi, memandangkan 'ramai' yg suh aku citerkan di blog ini, dan aku pun dah jarang2 dapat menulis kan..so, ape yg terjadi???

"Perdana Leadership Foundation's Essay Contest 'Nurturing The Minds Of Future Leaders' 2008"



ehh, ape kebenda tu?? huhu..bagi kawan2 yg selalu melepak ngan aku, msti dorg tau yg aku ni mmg suka menulis esei..tapi tgk mood lar...sbb, bila aku nak menulis esei, aku kena 'bertapa' dengan pelbagai buku dan rujukan berhari2 atau berminggu2...

ehh, dah, berbalik kepada Esei PLF tu.. Pertandingan tu aku masuk masa antara cuti sem tahun 1 ke tahun 2, bulan Mei-Jun lepas..tarikh tutup dia kalo tak silap hujung bulan 6 2008...aku decide nak masuk pertandingan tu, 2 hari sebelum balik bercuti..so, aku tergesa2 pada pg hari gi fakulti utk dapatkan cop fakulti sbg pengesahan sbg pelajar IPT..sib bek ptg tu, aku dah bley amek borang tu semula walaupun Ketua Jabatan kol aku (ketika sedang enak2 karaoke di Skudai Parade) dan tanya aku macam2 sbb aku tak tulis tajuk, tak decide tema pilihan dan banyak lagi yg tak diisi..memang lar. aku tak start menulis lagi, maner la aku tau tajuk dan tema mana yg nak dipilih kan??huhu..

Library di PLF....sangat berkarisma...hehehe


dah2..kalo nak citer perjalanan masuk pertandingan tu, sgt panjang..aku short kan kepada hari penyampaian hadiah...utk makluman korg, aku just dapat no.4 ajer..mula2 sgt kecewa sebab dah tunggu setahun, dan canang penyertaan tu setahun yg lalu, namun cuma dapat no.4...tp, 'ramai' ni msj gitau, aku dapat no.4 daripada banyak2 penyertaan seluruh IPT Malaysia, so I should be proud..huh, taknak ah..tak baek riak..hoho...


Inilah bangunan PLF yang terceruk tuh..huhu


akhirnya, aku gi gak majlis tu.. majlis penyampaian hadiah tu berlangsung pada 3/6, pukul 2 petang...tapi itu hari Rabu! so, terpaksa la aku memberanikan diri meminta kebenaran bos untuk keluar pada ptg itu ke PUTRAJAYA...so, aku pun calling2 kakak aku mintak tolong anta..pukul 1, aku dah bersiap2 nak gi dah, tp kakak aku pukul 1.30 baru bertolak dari umah dia kat Sunway tu..pukul 2.30, baru smpai kolej ni..aku dah mesej kat urusetia, gitau yg aku lewat sampai dan mintak remove my name from the winners' list..

pukul 3 aku smpai kat Bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana..bangunan tu sangat terceruk di dalam, di antara celah-celah bangunan di Putrajaya yang indah dan menawan...rupa2nya, VIP baru ajer masuk..kiranya, aku ngan kakak aku ni lagi 'tinggi' ar hormatnya drpd VIP, sbb dt lewat..hahaha masa nak bagi tempat duduk, aku tgk tempat2 dah penuh..kecuali, ada 2 kerusi kosong di bahagian paling depan Auditorium, betu2l paling tepi kat laluan tengah...kami pun dgn menunduk2 berjalan menuju ke tempat duduk tu..huhu

Inilah auditorium nya...tp, masa mjlis tu, penuh org tau...


so, dengar la kami kepada ucapan2 yang pelbagai...bila nak jemput tetamu VIP utk memberikan ucapan, pergh, rupa-rupanya, TUN DR. MAHATHIR dan TUN DR. SITI HASMAH dok kat belakang kitorg ajer!!! huhuhu...segan beb lewat tadi... dipendekkan cerita, aku pun di'seret' naik sekali utk menerima hadiah walaupun aku ingat nama aku dah dikeluarkan drp senarai, dan juga naik ke pentas dengan baju yg tak bergosok sbb takde seterika (selalunya pinjam kat rumah budak2 ni punya seterika, tp cuti ni, warden dah kunci rumah dan simpan ar seterika tuh..adoi!!! huhu)


Ruang menunggu..smart kan gambo2 PM kita tuh???


ape yg aku dapat?? Wang deposit AmBank sebanyak RM200 dan baucer MPH sebanyak RM100...syukur lar, walaupun tak dapat kereta yg diidam2 kan..tapi, org lain pun tak dapat gak kereta tuh..huahuahua..padan muka!!

Vip Majlis Penyampaian Hadiah tu...bangga beb dapat jumpa

Coretan:


1) aku sangat kagum dgn Tun Dr. Siti Hasmah...walaupun dah berusia, namun beliau masih dapat mengingati setiap bait ucapannya yg tertulis dalam bahasa Inggeris, tanpa melihat kepada mana note2 atau skrin ucapan...macamane aku tau?? kitorg dibekalkan dgn salinan ucapan Tun...so, aku semak la teks tu ngan ucapan dia...perfect beb!!!

2) memang sgt terserlah karisma seorang pemimpin negara dalam diri Tun Mahathir..masa aku nampak dia sebelah aku, aku tergamam sebentar..tp, sifat mesra dia, dan gaya dia membuatkan org selesa dan mengikut dia...salute Tun!!!

3) dalam senarai hadiah pada awalnya, takde pun hadiah wang disediakan...paling cikai saguhati sampai 35 pun dapat I-Pod...tp, pemenang kedua pulak yg dapat Ipod..grand prize iaitu hadiah Kereta Chevrolet akan dibawa ke pertandingan esei 2010..sbb, takde yg layak menang..ala, taktik Kegawatan Ekonomi tuh..huhuhu

4) pemenang tempat pertama dan kedua bagi kategori menengah rendah dan menengah atas, semuanya adalah pelajar cina, dan semestinya, dorg wat esei tu dalam bahasa Inggeris...owh, patut lar menang...huhu

5) pemenang tempat pertama dan ketiga bagi kategori Pengajian Tinggi plak merupakan pelajar jurusan Undang-Undang, masing-masing dari UKM dan UiTM...penuh lar analisis sejarah, fakta dan undang2 gitu...

6) pemenang tempat kedua bagi kategori Pengajian Tinggi, adalah lelaki cina + india dari Methodist College, KL...ape benda tu?? sekolah methodist aku tau lar..ade sesiapa yg tau???

7) dalam pertandingan yg sebelumnya, hanya 1 peserta dari UTM yg tersenarai sbg pemenang..itu pun dapat hadiah saguhati no.15-35...kali ni, wakil UTM dapat no.4, yg merupakan antara hadiah utama...gerek ah beb!! hahaha....

8) aku tak tunaikan lagi wang deposit tu!! mane nak cari AmBank kat cni...keje la isnin sampai jumaat...adoi lar.... baucer MPH pun tak guna lagi..hampeh tul Mines takde MPH...buat lotih eden aje bawak baucer tu 2 kali gi Mines...huh


Kesimpulannya, aku nak masuk lagi lar pertandingan menulis esei..duit dah kering...ada sape2 nak bagi idea???? eden kopak!!!


p/s: dulu mak aku bangga dapat sijil sign pak lah, tapi skrg ni aku dapat sijil ber'sign' Tun. Dr. Mahathir, dan berbingkai...sape menang, mak??? hehehe

6 comments:

  1. aik... nk b'tnding dgn mak sndiri ke? huhu... wow... mph... belikn aku buku jgk... roy yg baik hati... apa tjuk esei ko? bgs seh... aku ni... cerita cereka pndailh. haha...

    ReplyDelete
  2. roy kalau lawan ngan mak dia semua menang..
    lawan majuk...roy menang..
    lawan bercakap...roy menang...
    lawan tido...roy gak menang

    ReplyDelete
  3. ehh, adik silap tempat ni...kat cni jual kuew tiau basah ajer..kalo nak ABC, adik kena lulus matematik tahap 9 dulu baru bley order..huhuhuhu

    ReplyDelete