BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Friday, May 1, 2009

KaN Dah CaKaP !!!



Tengok!!!

Orang dah gitau!!!
Mesti mcm tu punya lar...

ehh...ape plak yg dah ckp nih??
mlm td aku merehatkan diri utk tgk OIAM 3 Grand Final...ops, jgn sangka aku sokong saper2 ek..aku kat tgh2...tak sokong Aweera, Esther apatah lg Tomok..dulu aku suka tgk persembahan Amylea, terutamanya lagu I'm Yours yg sgt cute dia bwkkan. tp dia dah kuar as top 5..so, mlm grand final ni aku cuma tgk sbg seorang pemerhati, dan peminat hiburan...pergh...kiranya aku dah tergolong dlm warga hedonis la ek?? isk2...


permulaan konsert finale OIAM 3 td, sgt menarik dan 'hangat!' sbb ada pengacara on the stage, dan ada pengacara on the floor..sblm2 ni, penah gak tgk pengacaraan mcm ni misalnya dlm AJL yg Cheryl Samad kena dok kat belakang pentas ajer tu...tp yg ni lain, sbb segmen dorg adalah petanda bhw rancangan dah nak bermula after the break! (korang paham tak aper yg aku carutkan ni?? abaikan aje lar..huhu)


ketika sesi penyingkiran...OIAM wat memutuskan Tomok tersingkir pd mlm ini..kuikui..aku dah agak pun..Esther mendahului dgn 37.2, Aweera 32.5 dan Tomok 30.3...so, masa tu muka Tomok amatlah sedey..tp, spt yg dijangka, OIAM kali ini mengambil kira pendapat penonton dan 90% pengundi mengatakan bahawa perlu ada 3 finalis utk pentas final! maka, Tomok terselamat...ahh..taktik ajer tu..sbb nk galakkan org suh mengundi.."peminat2" Tomok kan ramai...kan Yana??? hehehe..jadi, utk season ni, ada 3 org yg bertanding bg merebut hadiah RM1 juta! (kesian Sarah musim lepas..tersingkir pd mlm final..takde plak 8TV nak wat undian 2,3 yg bertanding kat final...isk2..)

baiklah...straight to the point...aku nak ulas sket persembahan finalis2 OIAM 3 ini..
pusingan pertama:-

Aweera : emm, sbnrnya aku agak teruja nak dgr persembahan dia sbb seleksi lagu2 dia 2/3 aku minat..dia wat medley, Sampai Syurga/ My Baby You/ Hukum Karma...permulaannya mcm, boleh la nak diterima sbb rileks aje nyanyi nada tinggi atau rendah (aku dah sangka, pergh...vokal dia lg 'kuat' drpd Faizal Tahir utk lagu Sampai Syurga tuh..). Tapi, bila nyanyi lagu hukum Karma, mmg bingit ah terasa..jerit2 ajer...ntah la..aku tak suka keseluruhannya..



Esther : dia nyanyi lagu baru ciptaan Sharon Paul..tajuknya Menggapai Mimpi...1stly, aku tgk baju dia sgt menyesakkan mata..berkelip2 sgt...sarat...so, bila tgk esther nyanyi lagu tu yg memerlukan vokal yg sgt tnggi, terasa sgt sesak!! pendapat aku sama ngan Syafinaz, pengkritik OIAM..esther still tak berkelayakan utk nyanyi lagu sebegitu mencabar..mungkin perlukan masa dan pengalaman..



Tomok : nyanyi lagu Aizat, Hanya Kau Yang Mampu...memang teruja gak nak tgk Tomok gubah lagu ni..dan, it is not bad! seyesly, lagu tu jd begitu hyper-energy! dan Tomok tunjuk kepakaran utk pusing2 kan batang mikrofon dgn sebelah tgn sambil menyanyi...tp, aku tetap rasa pusingan pertama ni tak memanaskan lg semangat aku utk tgk saper yg menang OIAM ni..huhu




pusingan kedua:-

Aweera :
bawak lagu ciptaan untuknya, Kini Ku Disini, composed by Lin Li Zhen (bini Aubrey Suwito, dan Lin Li Zhen ni la yg cipta lagu Awan Terpilu-Ning Baizura) dan lirik oleh Pancha. lagu ni nmpak sgt mcm klon lagu2 Awie yg dulu2..sbb corak nyanyian Aweera hnya lah sekadar rocker yg menyampaikan..takde identiti dan spirit of musician...tp, mmg persembahan ni lebih ok drp
yg 1st td..



Esther : kali ni aku mmg dah jangka akan ada kehangatan sbb melalui berita hiburan yg aku bc, esther akan nyanyi lagu Rihanna, Don't Stop The Music versi Salsa pd pertengahan...dgn pakaian mcm penari kabaret salsa hitam merah, esther menyanyi dan bergelek dgn sgt dahsyat! aku nampak dia sgt all-out drp segi persembahan! aku pun terikut-ikut gelek gak tgk..hahaha



Tomok : lagu Rindu Terhenti, ciptaan Aubrey Suwito...ntah la..lagu ni tak mcm kedua-dua td yg menceritakan tentang keinginan dan perjalanan dlm OIAM ni..atau mungkin kerana aku tak bc lg lirik dia..tp antara ke3-3 lagu baru mlm ni, mmg lagu Tomok ni ajer yg mesra sket kat pendengaran aku utk femes..persembahan dia clean, dan takde leleh2...mula2 tu dah nampak mcm nak meleleh, tp sib baek dia control..huhu



dan di akhirnya...
setelah undian ditutup...
seperti yg anda tahu...


TOMOK MENANG!!!
menjadikannya peserta lelaki dan artis pertama yg menang OIAM...

analisis aku terhadap kemenangan Tomok:

1) memang tak dapat disangkal bhw mlm grand final smlm adalah milik Tomok..kedua-dua persembahan dia meninggalkan impak dan bertenaga berbanding Esther dan Aweera yg gagal menyerlahkan vokal mereka walaupun diakui bahawa Tomok bukanlah pemilik vokal yg hebat


2) publisiti yg dicanangkan media yg byk meramalkan Tomok akan menang juga sbnrnya membantu krn minda penonton disogokkan bhw Tomok ialah yg terbaik drp 3 finalis..malah, byk cerita ttg Tomok disiarkan spjg minggu lepas


3) walaupun kehebatan Tomok tidak konsisten drp awal seperti mana Esther, namun bermula drpd konsert Tomok nyanyikan lagu Crazy In Love dgn impak yg hebat komposisi yg segar, persembahan Tomok mulai dinilai oleh peminat atau pengundi krn sentiasa membuat kelainan pd sesebuah lagu..justeru, apabila dia memilih utk menyanyikan lagu yg popular Hanya Kau Yang Mampu, ramai tertumpu utk melihat persembahan Tomok berbanding peserta lain..


4) ini juga merupakan satu strategi utk melahirkan pemuzik yg bagus sptmana Faizal Tahir OIAM 1 yg gagal menjadi juara disebabkan mslh teknikal pengundian...pastinya 8TV taknak perkara yg sama berulang...walau bagaimanapun, Tomok memerlukan lagu yg kuat dan vokal yg unik utk terus kekal kerana sukar untuk hnya bergantung pd persembahan bertenaga shja...


anyway, it is still a good show to watch for the entire season...
...walaupun pakaian dan rambut Syafinaz sgt teruk..uish! PELIK!


p/s: ketara sgt muka putus asa dan kecewa pd muka Aweera bila tahu yg undian Esther dan Tomok bersaing hebat di depan..dan dia terkebelakang semasa 2 sesi pengumuman undian terakhir..

1 comment:

  1. hehe... betul2, mmg ramai pminat tomok...

    tp kn, aku quite puas hati dgn prsmbhn tomok yesterday. sbb aku pk dia ni xbgs. tp actualy, he's quite ok.

    ReplyDelete