BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Saturday, May 9, 2009

AkhiRnyA HaLuaN kiTa PerLu mEnCaPaH...



sunyi...
sepi...
rindu...
Justify Full

kadang-kadang, pernah tak kita terasa masa begitu pantas berlalu tatkala kita masih memerlukan sesuatu di samping kita? kadang-kadang, pernah tak kita terasa runsing menghitung detik satu persatu hingga tiba saat kita di persimpangan pemisahan? dan kadang-kadang, pernah tak kita terasa belum cukup untuk dihargai setiap waktu yang diperuntukkan kerana kealpaan kita untuk mensyukuri???


itulah keadaan yg singgah di sarang hati aku tika ini...cuba menerima hakikat bahawa "satu persatu teman, ada di sekelilingmu, satu persatulah jua, tinggalkan dirimu, cumalah aku saja, yang masih lagi bertahan, memendam rasa..." pergh, teringat acap kali nyanyi lagu Bicara Manis Menghiris Kalbu ni kat karaoke...hehehe


benar...ada antara mereka yg meninggalkan kita mengatakan kita sudah cukup berbuat untuk menghargainya...namun, apakah kita berasa puas dengan balasan kita terhadap apa yang telah mereka lakukan, berkorban untuk kita sepanjang tempoh perkenalan kita ini???


benar.... sedalam-dalam hati ini perlukan bicara.... namun, aku rasa terasing...sunyi....rindu...pada teman-teman yang telahpun melangkah ke kehidupan baru...kali ini, mereka hanya akan mengkhabarkan berita dengan suara dan nukilan, tiada lagi diri ini terbabit sama mengharungi hari-hari dan detik bersama...


KJ - maaf kerana tak dapat menemani makan bersama di kolej, atau di sepanjang tempoh kuliah ini lagi...maaf juga kerana tak dapat sentiasa berkongsi cerita dan bergelak bersama-sama di sisi...


Troublegurlz - maaf kerana tak bisa menemani menonton wayang bersama-sama lagi di sepanjang sesi kuliah...maaf tak dapat menemani menikmati Haagen yang begitu diminati bersama-sama lagi...


Kak As - maaf sebab tak cukup lagi ilmu yang dapat dipelajari daripada pengalaman yang ada...maaf kerana tak dapat mengucapkan selamat tinggal dan semoga berjaya sebelum melangkah pergi meninggalkannya...


Rakan-rakan : Abang-abang : Kakak-kakak - maaf kerana tidak dapat menghantar dan mengiringi perjalanan baru...semoga kehidupan dan cabaran mendatang, akan menguatkan lagi ikatan antara kita dan memberikan makna kepada sebuah kehidupan yang diimpikan....


percayalah....sekali kita berkawan, selama-lamanya kita berkawan.....



p/s: apai pun dah abes belajar, tp dia kes lain...huhu..nway, still a big gud luck for u dude! dan troublegurlz, maaf, aku takde simpanan gambar2 kita rupanya..nway, to trouble n ihan, gud luck in ur psm ek..harap2, jgn bersambung sampai sem depan plak...hehehe


4 comments:

  1. nape nape aku pun include ni... kes kite same la roy... honestly.. aku dah keluarkan air mata untuk ni dah...

    ReplyDelete
  2. roy nak gambar2 trouble tu k??
    nanti kj hantar kat email eh...atau cd je la..
    bila jmpa nanti ingatkan eh..

    apai pun dah hbis gak ke???good luck k

    ReplyDelete
  3. royy.. pasal senyap jek ni.. takkan bos marah kot main blog.. ahahha

    ReplyDelete
  4. roy blog di malam hari je...
    pagi dia keje la hahahaha
    betul x en. roy??

    ReplyDelete