BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Thursday, November 12, 2009

LaPar!!!!! TaPi Nak YaNg MANe eh???


tensen...
takde mood...
mengiurkan...

Apa yang aku cakapkan ni??hurmm...NAK BALIK KAMPUNG!!! esok adalah hari terakhir final examination aku...kertas Ergonomik...walaupun berdebar2 dan terasa bingung nak abeskan semua ni, tapi HIDUP MESTI DALAM BLUES......wakakaka...

so, selepas paper OD selasa lalu, aku mmg dalam ketiadaan mood..apa2 yg nak dibuat serba tak kena...jadi, sepanjang ptg selasa sampai rabu aku takleh nak study...memandangkan semalam adalah hari Rabu, jadi aku pun gi ke U-Mall...eh, taktau hubungan hari Rabu dgn U-Mall?? ala, slow tul..mesti lah TGK WAYANG!!!

smlm, tygn cerita yg ada tidaklah memberangsangkan sgt...aku teringin sgt2 nak tgk Phobia 2, sbb aku mmg suka citer seram2 ni (rujuk entri sebelumnya jika taktau minat ak..haha)..tp memandangkan citer tu baru kuar, so harga tiket mahal lagi. so, aku pilih la citer;

CLOUDY with a chance of MEAT BALLS !!!



Citer ni berkenaan Flint Lockwood, iaitu seorang pereka yang bercita2 utk mencipta peralatan yang hebat..namun, setakat ini dia hanya mencipta hasil2 yang gagal...pada satu hari, ketika majlis pembukaan bandar sbg pusat pelancongan, Flint mencetuskan kucar-kacir yang menyebabkan mesin memproses makanan daripada air ciptaannya terbang ke langit...tiba2, pelbagai jenis makanan yang diminta seperti burger, stik, ice-cream, pancake dan lain2 jatuh drp langit bagaikan hujan, malah sebanyak 3 kali sehari...tetapi, semakin menghampiri tarikh pembukaan bandar baru sebagai pusat keajaiban makanan, masalah mulai timbul..apakah masalah tersebut? dan dapatkah Flint mengatasinya? saksikannya di pawagam sekarang!!!!


apa yang menarik ttg filem ini, adalah kelaziman lawaknya yg sgt pecah perut..terutamanya watak Brent, iaitu bekas model bayi yang menjadi maskot produk utama bandar tersebut iaitu ikan sardin, tetapi tetap bergantung kepada kemasyhuran zaman bayi nya sehingga lah dewasa...giler kelakar watak ni tau...selain itu, watak ayah Flint yg tak reti meluahkan perasaan sebenarnya tetapi gemar menggunakan kiasan memancing; juga kelakar dan kadang2 kasihan...


tapi sebenarnya, yg buat aku paling teruja, adalah dgn setiap pembelian tiket, akan dapat sekeping kertas uji bau...pada kertas itu, macam2 bau bley dihidu tau..hahaha..sgt seronok! just scratch and sniff, akan ada bau ice-cream pudina, syrup pancake, cheese dan ikan mentah (yucks!!)..malah, pada meatball tu ada bau daging tau...huhu...suka giler!


tetapi, nasihat aku pada siapa2 yg belum tgk dan ingin tgk citer ni, SILALAH MAKAN DULU SBLM TGK tau...sbb, kalo da tgk, mmg terasa sangat2 lapar...aku paling tak tahan skali pada babak makanan yg turun drp langit adalah ICE-CREAM!!! so, bila bangun pagi, seluruh bandar jd ice-cream...GILER AH! SANGAT MENYELERAKAN! sbb tu, lepas abes tonton citer ni, aku trus gi Giant beli ice-cream sbb da terliur sgt..hahaha

aku bagi citer ni 8/10 bintang...walaupun citer ni kurang kelakar berbanding ice-age 3, tetapi lagi best tau berbanding UP..hehehehe..oh ye..masa promo, aku sgt tertarik pada satu citer iaitu Planet 51..aku rasa, citer tu berkaitan, seorang angkasawan Bumi yg menjelajah ke planet lain..tika dia memacakkan bendera negara dia sbg bukti penjelajahan dia, rupa2 nya planet itu adalah berpenghuni!! malah, dia memacakkan bendera di laman rumah sebuah keluarga, yg sedang menikmati barbeque!! saksikanlah...apa yg berlaku, apabila manusia dianggap sbg alien di planet asing!!



ni keluarga planet 51 yg tercengang, lihat "seorang" alien sedang memacakkan bendera di laman rumah dorg!! confirm kelakar!!!


p/s: jiran da ajak tgk 2012 bila balik nanti...tp, membe2 nak tgk gak esok...taktau nak tgk dgn sape!


4 comments:

  1. Roy...GSC kat ECM dah buka....kalo nak tengok wayang leh try kat tempat baru...=)

    ReplyDelete
  2. wah...ada pawagam baru ek??bley try ni...huhu..dgr2, kat ecm pun dah ade karaoke..hehehe..pot baru la balik ni...tq Aainaa!

    ReplyDelete
  3. sama² roy...=)

    a'ah...aainaa tau ader gsc baru kat ecm tapi tak tau bila buka...semalam fairuz konfemkan kat ecm tu dah buka...huhuuu...;p

    ader karaoke ke kat ecm tu??? tak tau plak....yang aainaa tau pusat karaoke baru kat teruntum tu.....kat ecm tak tau plak....

    ReplyDelete
  4. kat ecm sgt best...
    ade gsc.!!!
    ade big apple.!!
    ade gnc.!!
    ade semuel and kevin.!!!

    besttt.!!!!

    ReplyDelete