Sakit
Simpati
Keliru
apa yang aku nak bebelkan kali ni??hurm....org2 tua kata, dalam kehidupan berpacaran. bahagia dan putus cinta adalah biasa...Ibarat langit biru yang kelihatan, ada tikanya kelabu yang kunjung jua...Hanya mereka yg pernah putus cinta, akan tahu betapa peritnya hati ini bila harapan yg kita bina musnah sama sekali...Kala ini teringat aku pada kata-kata pujangga, " Sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.."
Kenapa tetiba aku tulis pasal putus cinta ni??aku ker?? ohhh TIDAK!! korang jgn cepat sgt cop aku ni jiwang...Mlm smlm, kwn aku putus cinta. Aku sgt simpati pada dia.. Selama ni, mcm2 cabaran dlm perhubungan dorg..tetiba, mlm smlm pompuan tu bagitau dia yg dia tak penah cintakan kwn aku ni!!! eh, hello! dah setahun lebih dorg sama2 berpasangan, then bila pompuan tu dah abes belajar, tetiba kata tak penah cinta??? selama ni kawan aku ni ape?? teman dia tika kat u ni aje ker???
Hati kwn mana yg sanggup tgk kwn sendiri kecewa...Mata kwn mana yang sanggup melihat kwn sendiri sengsara..Nasib lah, dia dok di bilik yg ada roomate dan kwn2 sekelas di bilik sebelahnya..sekurang2nya, ada kwn2 yg dpt tenangkan dia dan mendengar keluhan dia..kalo lah dia dok di bilik single mcm aku ni, dah la jauh drp kwn2 mlh terpencil plak; aku tak tau la apa yg dia akan buat...
Baru2 ni pun, kwn pompuan aku dok tepon aku smbil tersedu2 citer dia putus cinta...ops, satu amaran kpd smua, kalo lah korg nk luahkan citer psl korg putus cinta kat aku, better korg bersedia la..sbb, aku akan marah habis2-an kat diri korg tu..Sbb ape? Sbb bg aku, korg yg bodoh utk menangis kerana lelaki/pompuan yg tinggalkan korg tu...Aku tau la korg dlm kecewa, tp bilamana korg menangis sbb 'dia' tu, itu lg buruk terpalit pd diri korg..spatutnya, pd saat ni, korg ingat smula apa baiknya bilamana korg tak lg bersama...yg pasti, korg tahu korg tak sia2 kan hidup korg utk seseorg yg tak selayaknya menjadi istimewa dlm hati korg...
Semua tahu, cinta itu besar kuasanya...Ada ketika, cinta itu mematangkan seseorg..dan ada waktunya, cinta itu menghilangkan kewarasan fikiran...Pujangga berkata, "Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintai."
aku bukan letih mendengar cerita putus cinta...aku bukan sedih merasai kecewa hati yang putus cinta...aku bukan lelah menuruti butir episod putus cinta...Tapi aku mahu, mereka tahu, aku tahu..."Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika..."
Aku acap kali menelaah 'kitab' cinta ku..buku Tentang Cinta: tulisan Pahrol Mohd Juoi...pemberian daripada seseorg kpd ku; yang aku tahu ia sbg tanda ingatan, sbg perkongsian ilmu, sbg curahan rasa...dan inilah satu fragmen yg byk mengubah pandanganku, utk muhasabah bersama...
********************************************************************
Anda telah sedia utk bercouple jika:
Niat anda memang utk berkahwin dgn 'si dia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara
Sebaliknya anda belum bersedia utk bercouple jika:
Niat anda hanya utk suka-suka atau hanya ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata
Anda telah bersedia utk bercouple jika:
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri utk tidak terlibat dgn perkara2 yang diharamkan oleh agama spt berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tgn dan melakukan tindakan2 yang membawa kpd 'muqaddimah' zina
Sebaliknya anda belum bersedia utk bercouple jika:
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan utk menahan diri drp melakukan perbiatan2 negatif spt berpegangan tgn, menyentuh dan...dot-dot
Anda telah bersedia utk bercouple jika:
Sudah 'lepas' ilmu fardhu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yg baik dlm pengajian anda, atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap
Sebaliknya anda belum bersedia utk bercouple jika:
Masih kandas ilmu fardhu ain. Mengaji Al-Quran pun lintang-pukang dan punya masalah besar dlm pelajaran, atau anda adalah penganggur yang masih tercari2 pekerjaan
Anda telah bersedia utk bercouple jika:
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya-upaya menjadi muslim dlm erti kata yg sebenar
Anda belum bersedia utk bercouple jika:
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang2, puasa pun kadang2...aduhai
(petikan drp buku Tentang Cinta: Pahrol Mohd Juoi)
*******************************************************
p/s: cinta yang sejati adalah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan
betul tu roy...aainaa setuju ngan roy...jangan terlalu mengikut emosi..dari meratap tak tentu hala...baik muhasabah diri...=)
ReplyDeleteItu dia..kata2 drp pakar kita..heee....roy bukan takde perasaan , cuma pk, bukan ke lg molek kiranya kita tukarkan kekecewaan itu kpd satu yg positif..sesutu yg lebih baik utk hidup kita...
ReplyDeletehahahhaaaaaa......pakarla sangat...slalu tengok memember yg frust sampai telan panadol ngan coke la...tak makanla...kekadang rasa nak tampar jek...watpe nak seksa diri sampai camtu..tula bila emosi menguasai diri...jadi camtula...apapun kita sentiasa beringatla...tul tak roy???
ReplyDeletehehehehe....itu la...tp cian gak kat dorg sbnrnya..especially kalo lelaki yg putus cinta..sbb, kalo pompuan yg putus, dorg kata lelaki yg jahat...tp kalo lelaki tu yg putus cinta org kata lelaki tu yg salah...di manakah keadilan bg pihak lelaki???? ceeewahh..hahaha
ReplyDeletebg sy,putus cinta mmg menyakitkan.. sedangkan hampir2 putus pun mcm dah nk hlg nyawa,apatah lg kalau putus terus. sy selalu letakkan diri sy dkt org yg putus cinta sampai menzalimi diri tuh..
ReplyDeletebila putus cinta,emosi kacau,minda jd berat sebelah pendek kate kita mmg akan jd tak seimbang. so,kite kne tarik kwn2 kite tuh keluar dr kemelut tuh,dan bukan tambah tekanan yg sedia ade... pasal keadilan tu kan...awak je kot yg rase mcm tuh...hehehe
roy...tak salah untuk sedih atau meratapi tapi berpada² la...jangan sampai memudaratkan diri sendiri...
ReplyDeletepasal punca sape putus kan atau sape salah tu...susah nak cakap la roy...tak semua lelaki jahat dan tak semua perempuan ni baik...semuanya atas individu tersendiri..
masturah: betol, kita mmg kena la cuba letakkan diri kita kat tmpt org tu..tp hakikatnya, diri tu sbnrnya yg mesti kuat...bg sy, slagi kita tak ada ikatan dgn dia tu, slagi tu kita takleh berlebihan..cukup lah perasaan yg dipupuk tu sederhana aje..
ReplyDeleteAainaa: mmg tak slh bersedih...tp tgk la keadaan..kalo dah ternyata pompuan tu memungkiri jnji, knp nak tagih lg kasih dia? jelas2 dia tak layak utk kita..psl keadilan tu, roy ckp bg pndgn org luar...berapa kali je kita dgr org ckp pompuan tu yg salah; bbanding salah lelaki yg kita hakimi tnpa fakta?
tu la aainaa cakap roy...itu terlalu ikutkan emosi bukan akal....tu yang sampai takleh nak berfikir...
ReplyDeletepasal sape salah tu...ntahla ek...aainaa pun tak tau nak cakap camne dan kenapa mereka berpandangan sebegitu...mungkin bagi mereka semua keputusan terletak di tangan lelaki..."mungkin"....
itu la susahnya jd lelaki ni...apa2 yg kami buat, mesti kena ketepikan emosi..kerana, emosi tu milik perempuan..kenkadang, lelaki gak kena mjadi emo utk luahkan apa yg dirasa...bak cebisan sajak pada kulit buku, Nota Hati Seorang Lelaki, -
ReplyDelete"Hati seorang lelaki...Kekadang perlu sekeras waja..Ada masanya mesti selembut sutera...Ah, lelaki...Jika jiwamu tulus kerana Ilahi...Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI..."
Renung2kan dan selamat beramal!! hehehe
tu la..tak dinafikan peranan dan tanggungjawab seseorang lelaki ni besar dan berat...sebab itu lelaki ni dipilih sebagai pemimpin kerana lelaki bijak menggunakan akal dalam membuat keputusan dan bukan melalui emosi...
ReplyDeletetapi tak dinafikan juga lelaki perlu ruang untuk bermain dengan emosi...tak semuanya seseorang lelaki tu boleh tanggung penderitaan sorang..lelaki bukannya takde hati dan perasaan..hati lelaki juga mudah tersentuh...itu harus diakui...cumanya lelaki nampak lebih tabah apabila ego dipergunakan untuk membayangi emosi...
*eh betul ke apa aainaa cakap ni?
Betul.. sbb dalam hidup, lumrah pelindung dan dilindungi adalah hakikat. Lelaki atau perempuan, dua-dua perlu saling memahami peranan antara satu sama lain..dan yg paling penting, masing-masing perlu menguasai hidup mereka yang terbaik..
ReplyDeleteBak kata Hukama, "Jangan cuba dikawal arahnya taufan tetapi kawal lah layar kehidupan. Tak perlu diukur kedalaman lautan tetapi panjangkan lah kail yang sejengkal"
wah....terkelu dengan kata² roy...walaupun roy lagi muda dari aainaa tapi ilmunya sungguh banyak berbanding aainaa....wwawawaaaaa..malu lak rasa....;p
ReplyDeleteisk mane ade...cuma sedikit ilmu yg ada ni, dikongsikan bersama..membuatkan hati ni terasa lebih lapang... :)
ReplyDeletep/s: smlm, smpai pukul 2.30 pagi borak dgn kawan pasal cinta...walaupun terlalu abstrak cinta ini, namun yg jelas difahami semua adalah cinta itu indah apabila menCINTAi NYA...
hahahaaa....kalo cakap bab cinta ni memang indah...tak kirala cinta kepada apa..tapi kalo membabitkan hati dan perasaan...pabila cinta dihargai memang indah tapi pabila cinta dikhianati...waaaaa....sakit...^_^
ReplyDeletesebab itu, cintailah kerna kita ingin mencintainya bukan kerana kita yang memilihnya..walau dikecewa, kita akan berasa bahawa cinta kita indah untuknya..
ReplyDeletewah!!! kata² dari roy membuat ku kagum...
ReplyDeletedan ader juga yang berkata..cinta la dengan sekadarnya...jangan terlalu berlebih²...kan...kan...kan....
yup...itu yg sebaiknya..pd roy, dlm bercinta, kita perlu seiringkan dgn menerima takdir bhw andainya itu bukan jodohnya buat kita, itu ketentuanNYA...bila kita memahami konsep begitu, andai putus cinta pun, kita fhm bahawa ada yg lebih baik utk diri kita atau ada yg lebih baik utk diri nya...bukankah satu kebahagiaan juga utk kita andai org yg kita pernah kita cintai itu bahagia walaupun bukan dgn kita? krn cinta sharusnya utk membahagiakan dan dibahagiakan selamanya..
ReplyDeletetu la aainaa cakap roy...pabila emosi menguasai semuanya...tu yg dah takleh pk....yang hanya tersemat segala keburukan..bukan kebaikan...kan..kan...
ReplyDeletetapi kan roy...kalo seme nya baik je...takdela warna warni kehidupan...sebab seme je baik je...setan pun dah tak de keje...huhuuu...;p
sape kata kalo semua baik, jd hidup ini akan sewarna aje?? ibarat memilih baju yg terbaik utk diri, kita la yg boleh dan akan gayakan baju tu kepada pelbagai gaya yg kita mahukan...asalkan ianya drp bahan yg baik...bley tak analogi ni??hehehe
ReplyDeleteeh tak ek???? huhuuhuuu...yela kalo dah seme baik je...maka takkan aderla warna warni tu..semenya hepi...bukan camtu ek???
ReplyDeletebab kata² mu itu...ku tak tau nak kasi komen....erm...
baik tak bermaksud hepi sentiasa..baik bukan sempurna...baik dlm hidup tu bermaksud, segala yg kita lakukan, kita jalinkan lebih dipermudahkan...
ReplyDeletedulu mereka berdua ini (roy dan aina)...bercerita pasal hantu...kini mereka berdua telah bertukar bidang kerja menjadi dr cinta hahahha
ReplyDeletedah tu, dulu org nk carikan dia ni (KJ) psgn, dia ni memilih sgt.hah, skrg ni jeles la tu..tu la,kan da rugi tak memanfaatkan kepakaran kitorg dlm bidang cinta ni..hehehe
ReplyDeleteowh...macam itu ek roy....huhuhuhuuu...;p
ReplyDeletehahahaaa...dr.cinta ke KJ??? mane de...sekadar berkongsi pandangan dan pendapat...huhuu...;p
hehehe..tersipu2 malu la KJ pasni..hahahaha
ReplyDeletethat true bOy =) kental jiwa ;)
ReplyDelete