BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Tuesday, January 26, 2010

KeRNa MeNjaGa HaTi....


♫ ♬
Mungkinkah rasa bersalah
Masih menghimpit jiwa
Kerna terlalu leka
Membuatmu terluka
♬ ♫ ♪

Sangat terkedu...itu yg aku dpt rumuskan berkaitan dgn aktiviti dlm kelas aku baru2 ni...aku fhm, tujuan aktiviti ini adalah utk kami memahami kaitan sosial antara satu sama lain...tapi, perasaan segelintir org mcm aku pun kdg2 kala perlu difahami, kerna kami memikirkannya secara luas dan terkesan...

Baru2 ni, kami (rakan2 sekelas lar), belajar ttg sociogram...ia lebih kurang satu teknik utk mengetahui hubungan / pengaruh antara seseorg dgn org di sekelilingnya...caranya mudah sebenarnya, hanya pilih 5 lelaki, dan 5 pompuan dlm kelas- iaitu org yang kita nak bekerjasama sbg satu kumpulan..dan sediakan satu jadual bersilang...kemudian, semak pada jadual nama2 yg kita tulis tu, ada tak persamaan nama dgn jadual kita..Cthnya, dlm jadual Rain, ada nama Orlando, Johny, CT, Taylor dan Gaga..so, dlm Jadual Orlando, Orlando juga ada tulis nama Johny dan Taylor..jadi, tick sperti di bwh..

Rain

Orlando

Johny

CT

Taylor

Gaga

Rain

X

X

X

Orlando

X

X

Johny

X

X

x

X

CT

x

x

x


Taylor

x

x

x

Gaga

x

X

x




**Hasilnya, kita bley tahu..sape kah org yg plaing berpengaruh dlm kelompok tu...dlm kelas Rain, Orlando adalah org yg paling berpengaruh (ada 4 org pilih dia utk sekumpulan) dan org paling kurang tarikan sosial adalah Gaga (2 tick)...

Sebenarnya, kaedah ini sgt baik utk kita melihat konflik yg berlaku dlm sesebuah kelompok...malah, kita boleh tahu, siapakah org yg paling digemari dlm kumpulan tersebut...Idea utk buat tugasan ni sgt menarik dan sesuai...Cuma, secara peribadi, aku rasa sangat kurang selesa bilamana perlu memilih hanya 5 lelaki dan 5 perempuan drp rkn2 sekelas yg seramai 54 org tu...

Bayangkan..apa perasaan korg, apabila dtg si A ni pd korg, tanyakan; "ko ada tulis nama aku tak dlm jadual tu? Sebab aku pun ada tulis nama ko.." Memang la, kalo kita tulis, kita tak rasa ape2..tapi kalo takde??? Masa tu, Allah aje tahu macamane deruan darah aku naik hingga ke muka, tahan perasaan bersalah... Lebih2 lagi bila kwn Chinese yg pendiam ni, yg aku tak terpikir pun nama dia dtg dan tny ada tak nama dia!! Bayangkan! Rasa bersalah sgt...



Dan juga, ada jugak yg gitau aku, ada sket rasa kecik hati, sbb membe yg dia ingatkan akan tulis nama dia, takde pun tulis nama dia dlm jadual tu.Seolah2 bermakna, membe tu taknak pun sekumpulan dgn dia!! Lihat lah byknya kesan yg berlaku pd mlm tu, bagi yg memahami erti persahabatan yang tulus...

Aku mengaku, aku gak ada terkilan sket...tp takpe la..aku muhasabah diri aku, sbb aku tau dorg kena pilih 5 aje drp berbelas2 pilihan kwn2 yg ada..kemudian, mungkin dia terlupa tulis nama aku..atau mungkin dia tulis nama org yg dia dah mmg satu kumpulan...atau mungkin kerana aku semakin jrg lepak sama, so dia terlepas pandang....Aku mmg faham. lagipun aku jenis percaya pada kawan, so aku tahu takde ape2 masalah pun sbnrnya...

Cuma mcm yg aku ckp td la...bygkan lah, betapa rasa bersalah sgt bila kwn kita snediri dtg tny kat kita, "nama aku ada tak dlm list ko???"....ada beberapa ketika, aku pura2 buat mcm aku mmg tulis nama dorg (tipu sunat, bleh??huhu)...dan ada ketika, aku minta maaf sbb terlupa nk tulis nama dorg..dan ada gak ketika, nama yg aku tulis dlm list aku; org tu tak tulis pun nama aku pd list dia...tp org yg aku tak tulis nama, ada plak nama kau pd list dia...rasa bersalah sgt2....Maafkan aku TEMAN...

"Menjaga hati itu ibarat menarik rambut dlm tepung...Rambut jgn biar putus, tepung jgn biar berserak...Andai hati seseorang kita gagal menjaga, apatah lagi utk kita menawan hatinya..."



♫ ♬
Sejak hari itu hatiku terluka
Namun ku sembunyi
Ku juga mengerti
Walaupun terselindung
Kau teman..
Aku fahami..
♬ ♫ ♪

p/s: Sengsara krn teman, adakala lebih baik drp teman sengsara krn kita

Monday, January 25, 2010

KeANeHan PeREMpuAn...



♫ ♬
Pinggang ramping segar bagai kerengga
Nampak ada bunga di atas kepala
Macam kenal macam pernah aku jumpa
Di wayang gambar atau pun di mana-mana
♬ ♫ ♪

Pergh, teringat nostalgia lama2 masa nyanyi lagu Def Gab C ni..hahaha...kalo lagu2 lama dulu, mesti selit unsur2 yg sentuh figura 'wanita impian'...contohnya lirik kat atas tu...citer psl pompuan yg pinggang ramping ala2 kerengga, kiranya mcm zaman Saloma la lagaknya...hehe

Tapi zaman dah berubah, dunia dah maju...sepertimana pompuan yg tak pndg rupa paras lelaki sahaja semata2 (agaknya, sbb ni kan ayat standard dlm sokabo skrg ni..), lelaki pun mcm tu (yea yea..!!)... Jadi, bagi aku, kalo kena dgn caranya, tak perlu la pompuan ni bersusah-payah nk tarik perhatian lelaki..apatah lg kalo sampai menyeksa diri..sbb kdg2, ia tak menjamin pun akan dapat apa yg diingini...

Sbb tu, baru2 ni, aku mmg agak terkejut la...masa aku gi kafe nk beli lunch, aku terserempak la dgn sorg minah yg aku kenal ni (kwn skelas sbnrnya, hahahaha) tgh pilih2 mknn utk bungkus...spt yg aku ckp dlm entri aku sblm ni, aku ni mmg jenis yg suka memerhati dan mneganalisis apa yg 'pelik' pd pndgn aku....so, mari kita lihat apa kesimpulan yg aku dpt drp pilihan mknn dia...


seketul ayam madu (saiz sderhana)

+


2 hiris Tomato

+

nasi yang sedikit (lagi skit drp dlm mangkuk kecik ni)


menghasilkan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bentuk badan macam nih!!!

(percaya lar, ia tidak indah di mata lelaki kami!!)


jadi, apakah kesimpulan yg diperoleh drp apa yg dilihat ni??

1) pompuan mmg snggup menyeksa demi utk kelihatan 'konon2' menonjol di mata lelaki, tp lelaki lebih gemar pompuan yg terima dia sbg cool drp over-do

2) bg pompuan, lagi kurus lagi cantik tp bagi lelaki; ntah...lain org lain citarasa

3) jgn sesekali membandingkan apa yg pompuan makan dgn lelaki mkn, kerana kami mkn utk tenaga tp pompuan mkn utk...em,ntah la...ec ms lapang kot

"Cantik itu apabila di mata kita menghargai, dan orang yg kita cintai menyatakan kita cantik dalam apa jua yg kita lakukan...."


♫ ♬
kamulah makhluk Tuhan
yang tercipta yang paling sexy
cuma kamu yang bisa
membuatku terus menjerit
♬ ♫ ♪

p/s: biar cukup mkn, drp terkurang mkn...hehehe

Sunday, January 24, 2010




Warna Itu

Hatiku dalam ungu
Berbaur antara merahmu dan biru itu
Mendung di atas ku nampak kelam
Tercengkam penuh keliru
Ketidak pastian menyeksa

Aku cuba terbang ke langit
Aku diam, jiwaku menjerit
Helaan nafas membingitkan
Terkurung ku dalam kaca dua hala
Aku lemas, cuba bebas
Aku tak betah begini

Pagi nirmala
Silau mentari menikamku
Maafkan kerna aku dibuta
Kata yang lalu telah menipu



p/s: warnailah mimpiku, jgn biarkan ia membunuhku lagi

Saturday, January 23, 2010

AkU KeLiRU......!!!

♫ ♬
Kita tak tahu antara dua
Pilihan yang nyata
Sebelah hati inginkan cinta
Sebelah lagi inginkan cita
Agar hati membimbing kita

Tahu antara dua
♬ ♫ ♪

KeLiRu......Seksanya lar bila dalam kekeliruan...jiwa resah, hati gundah, ketenangan punah...ceewah..tu la apa yg aku rasa pabila berada di persimpangan antara pilihan-pilihan...segala kewarasan yg ada, tergoncang seketika; hilang segala perancangan yg ada pabila bertemu dgn pilihan...

begini ceritanya..baru2 ni, aku kuar ngan membe aku; untuk beli external hardisk baru..al-maklum lah, aku ni collector movie dan drama2...tiap hari dok nak download aje, so, hmpir penuh dah laptop aku ni...external lama plak, ntah kenapa meragam; takleh detect plak..

smart kan hardisk aku ni?? suka ar orange + hitam..cool!!

After beli hardisk, aku pun mintak ar membe aku ni singgah kedai borong jap..aku ckp, nak beli barang sket..sbenarnya, dlm otak aku, mmg dah rancang nak beli gula2 chewing gum; satu bekas!! bukan ape..tiap kali aku nk gi kelas mlm, aku akan beli rm2 gula2 ni kat kedai runcit..so, korang kira la; hari2 aku beli camtu..kan byk duit pakai..alang2, bek aku borong trus!!

nmpk sedap kan?? inilah hikmat, inilah nikmat!

so, bila smpai kat kedai tu, trus aku terjah cari chewing gum tu!! tapi tetiba, masa nk gi byr; mata aku tertancap plak pada gula2 mentos ni!! selain drp perisanya yg aku suka, aku bley dapat percuma 2 batang mentos kalo beli satu peket besar tu!! (aku sgt suka barang2 percuma! sape yg tak suka kan???)

nmpk yg percuma tu??hehehe..perisa rainbow..korg penah rs ke??hihi

dlm sekelip mata, aku berada dalam kerunsingan! tak tahu nk wat pilihan...dua2 aku suka, dua2 aku nak..tapi aku sedang sahut seruan kerajaan utk berjimat! jadi, hanya yg terbaik menjadi pilihan! aku tny pendapat membe aku; dia ckp dia pilih mentos! (tapi aku nak chewing gum ni gak! 'dia' la tujuan utama aku dtg!)

aku kol plak membe aku yg lain (yg drp suaranya, bunyi cam tgh tido..ye la, takde kelas kan time tu..huhuhu); dia cdgkan amek mentos.....aku tetap keliru nk wat keputusan..aku kol sorg lagi yg tgh keje ni..dia kata; " alang-alang, amek aje la dua-dua.." aku pun jwb la, " tak membazir ke nanti??" pantas dia jwb, " dah mmg membazir pun!" *SENTAP

jadi, akhirnya, inilah yg aku telah beli.........



DUA-DUA aku rembat!
(p/s: mlm tu,aku bwk satu plastik gula2 ni ke kelas utk bg kat kwn2..seyes, tak rs membazir sgt, sbb kita berkongsi bsama!hehe)


kesimpulannya; AKU BOLEH MENJADI PEMBUAT KEPUTUSAN YG BAIK DLM MEMBUAT KERJA, TETAPI BUKAN DENGAN MAKANAN! *arghhhhhhhhhhhhh...!!!

♪ ♫ ♬
Yang di sini merindu
Yang itu pun merayu
Buatku keliru
Yang m
ana satu pilihanku

Yang ini janji setia
Yang sana lafaz cinta
Ku tak tahu
Tak tahu yang m
ana satu
♬ ♫ ♪

p/s: tgh cuba kurangkan berat bdn..dah turun 6kg skrg (tnpa bsenam!) ha3

Friday, January 22, 2010

KeRaNa SeBenTuK CiNciN...

♫ ♬
Si cincin emas
Mengingat perkara yang lepas
Yang telah berlaku
Tak berapa lama dahulu
..............
Cincin mas dikembalikan
Diletak di tapak tangan
Ku pakai dijariku
Untuk kenangan ku
♬ ♫ ♪

Dunia ni makin pelik!! ada ke patut, psl nk tunjukkan bahwa diri dah berpunya, seseorg tu memilih utk "membiarkan" dirinya dibedah?? huh, memang cinta sejati lar..heee...aku nak bercerita ttg satu berita ni...korang ada baca tak Harian Metro 20hb lepas? berkenaan seorang pelajar politeknik yg terpaksa dibedah kerana cincin yg dipakai 'tersekat' di jarinya?? Kes Mohd Muhaimin Mohd Izani ni amat menarik perhatian aku..sebab aper??


Sebab, bila 1st time aku baca berita tu, aku ter pk, adakah jarinya yg membesar (???) smpai takleh nk kuarkan cincin tu, atau dia mmg tak penah tanggalkan cincin tu hingga tak sedar cincin yg dia pakai tu ketat?? jadi, pada masa2 itu, aku pun mulalah ber pk mcm2 (walaupun, aku ni kadang2 pendiam, tp otak dan mata aku tak penah berhenti menjalankan fungsinya...)

So, dlm diam2 aku di dlm kelas HRIS smlm (bley ke aku diam??kuikui), mata aku "meliar" tgk "minah" ni (yg hakikatnya aku tak penah 'terima' dia sbg pompuan - JAHATNYA AKU!!!Ops! huhuhuhu)..then, tiba2, aku terpandang kat jari dia dan berbisik, "FUUUHHHHH....Cincin batu dari meteor ke ape yg dia pakai nih!!!"



Aku pun mulai lah terpikir...tak berat ke jari dia pakai cincin besar mcm tu?...tp bak kawan aku ada ckp; "pompuan ni kalo dia pakai sesuatu yg menonjol, ada dua sebab..pertama, sbb dia rasa dia 'cantik'..dan kedua, mgkin sbb dia baru putus cinta" (dlm erti kata lain, desperato..huhuhu)..Betul ker???

♪ ♫ ♬
Cincin intan bunga selasih
Mari dipakai di waktu petang

Kenapa tuan tak mahu berkasih
Adakah orang akan melarang
♬ ♫ ♪

p/s: kalo lelaki pkai menonjol, itu adalah style masing2 tau...bkn desperato!

Tuesday, January 19, 2010

MiMpi.....AduH !!!



♪ ♫ ♬
Gelisah dan bermimpi
Diangkasa berduri
Tidak bisa berdiri
Namun aku gagahi..
♬ ♫ ♪

Aku tak tau knp....Sejak aku bermimpi 4 hari lepas, aku menjadi bingung, pening dan resah......Mimpi ini buat aku lelah....chop!!! aku bukan citer psl 'mimpi' tu k..tp mimpi yg aku alami ni, sgt merunsingkan aku...Hingga hilang mood aku utk berbuat apa...


Aku tau, mimpi ni kadang2 permainan syaitan....Aku tau, mimpi ni kadang2 hanya lar pembawaan apa yg kita fikirkan sebelum tidur...Dan aku tahu mimpi kadang2 takde erti pun...Tapi mimpi yg aku alami ni, seolah2 memberikan gambaran terhadap apa yg aku patut lakukan, dan jawapan kepada kekeliruan yg aku rasai...Pernah tak korang alami macamni?

Jadi, apakah yg patut aku lakukan???

A. Dengar kata hati, dan abaikan mimpi tu
B. Ikut mimpi tu..sbb itu lah jwpn yg dicari
C. Tunggu dpt mimpi berulang kali yg ke-2, ke-3; barulah VALID!
D. Buat cerdik tak tau aje ngan benda ni...makan lagi best!!

So, macamane ni ek???

♪ ♫ ♬
mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa...
♬ ♫ ♪

p/s: mimpi ular, tandanya ada nak 'masuk' meminang..tp aku bukan mimpi ni tau!

Monday, January 18, 2010

End???


BERHENTI MENG"BLOG"
TAKTAU KENAPA.........
RUNSING MUNGKIN.......

Thursday, January 7, 2010

YaNG KECiL KiTa LUPa...


Lama
Rebut
Sejuk

Apa yang aku nak tulis kali ni??hurmm...ptg td, usai aje cerita Tasbih Cinta, aku bergerak pergi ke fakulti..Walaupun biasanya hari khamis smpai ptg isnin aku tak akan jejak ke fakulti, tp td ada pengecualian...aku nak jumpa dgn supervisor PSM aku, sbb ada masalah plak nak masukkan data dlm SPSS (bley fhm tak apa yg aku ckp ni??heee)..so, aku pun naik la bas pergi ke fakulti..

iye, BAS...bila dlm bas, aku terpikir ; "ni dah minggu keempat kuliah, dan ni la 1st time aku naik bas UTM dlm sem ni!!" betol...semenjak dua menjak ni, aku sangat sukar nk naik bas...bukan sbb fakulti aku dekat (pergh...mane mungkin!), tp sbb aku kalo gi kelas, aku akan tumpang membe aku...thus, kalo nk kuar pun gi tgk movie atau shopping ke, aku akan tumpang dia la gak..


so, bila ada peluang naik bas UTM td, aku tetiba ter'feeling' lak dgn kenangan2 masa awal2 belajar kat u dulu...yela...dulu masa 1st time kelas, pukul 7 pg kami(semua ar budak2 sekelas) dah tunggu bas sbb nak ke kelas pukul 8..tup2, pukul 7.30 da sampai! punya la bersemangat nk gi kelas...

Dulu gak, kami akan sama2 tunggu bas, dan biasanya kami akan dok kat belakang(biasa la, pompuan kat kena dok depan..ladies first!)..kalo kelas malam pun, mcm tu la gak...comel kata, kalo nak naik bas tu mmg bersama2 la..tp semenjak sem 2 dulu, tak semua naik bas da sbb ada sorg membe bwk keter..then naik tahun 2, ada 2 membe bawak moto n sorg lg bwk keter...jd skrg ni, mmg dah lama tak merasa naik bas sama2...jd, ada saatnya, dlm kelas la baru kami bertemu muka kalo tak....alahai...



kadang2, kita sendiri tak sedar pun yg byk perkara berubah dlm aturan hidup kita..kecil ataupun besar, sbnrnya smuanya ada makna...mungkin kita tak sedar, betapa semakin jauh antara kita semua...tp kita tak terima, sebab bagi kita,bukan kita yg berubah tp keadaan yg berubah..hakikatnya, keadaan yg berubah itu disebabkan diri kita yg menuruti utk merubah diri kita...walaupun sebuah bas, tp itu lah tempatnya kita membina kerapatan persahabatan..

p/s: sekejap di bawah, dan kini di atas...

Wednesday, January 6, 2010

FRuST.......VS BaHaGia?



Sakit
Simpati
Keliru

apa yang aku nak bebelkan kali ni??hurm....org2 tua kata, dalam kehidupan berpacaran. bahagia dan putus cinta adalah biasa...Ibarat langit biru yang kelihatan, ada tikanya kelabu yang kunjung jua...Hanya mereka yg pernah putus cinta, akan tahu betapa peritnya hati ini bila harapan yg kita bina musnah sama sekali...Kala ini teringat aku pada kata-kata pujangga, " Sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.."

Kenapa tetiba aku tulis pasal putus cinta ni??aku ker?? ohhh TIDAK!! korang jgn cepat sgt cop aku ni jiwang...Mlm smlm, kwn aku putus cinta. Aku sgt simpati pada dia.. Selama ni, mcm2 cabaran dlm perhubungan dorg..tetiba, mlm smlm pompuan tu bagitau dia yg dia tak penah cintakan kwn aku ni!!! eh, hello! dah setahun lebih dorg sama2 berpasangan, then bila pompuan tu dah abes belajar, tetiba kata tak penah cinta??? selama ni kawan aku ni ape?? teman dia tika kat u ni aje ker???



Hati kwn mana yg sanggup tgk kwn sendiri kecewa...Mata kwn mana yang sanggup melihat kwn sendiri sengsara..Nasib lah, dia dok di bilik yg ada roomate dan kwn2 sekelas di bilik sebelahnya..sekurang2nya, ada kwn2 yg dpt tenangkan dia dan mendengar keluhan dia..kalo lah dia dok di bilik single mcm aku ni, dah la jauh drp kwn2 mlh terpencil plak; aku tak tau la apa yg dia akan buat...

Baru2 ni pun, kwn pompuan aku dok tepon aku smbil tersedu2 citer dia putus cinta...ops, satu amaran kpd smua, kalo lah korg nk luahkan citer psl korg putus cinta kat aku, better korg bersedia la..sbb, aku akan marah habis2-an kat diri korg tu..Sbb ape? Sbb bg aku, korg yg bodoh utk menangis kerana lelaki/pompuan yg tinggalkan korg tu...Aku tau la korg dlm kecewa, tp bilamana korg menangis sbb 'dia' tu, itu lg buruk terpalit pd diri korg..spatutnya, pd saat ni, korg ingat smula apa baiknya bilamana korg tak lg bersama...yg pasti, korg tahu korg tak sia2 kan hidup korg utk seseorg yg tak selayaknya menjadi istimewa dlm hati korg...

Semua tahu, cinta itu besar kuasanya...Ada ketika, cinta itu mematangkan seseorg..dan ada waktunya, cinta itu menghilangkan kewarasan fikiran...Pujangga berkata, "Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintai."




aku bukan letih mendengar cerita putus cinta...aku bukan sedih merasai kecewa hati yang putus cinta...aku bukan lelah menuruti butir episod putus cinta...Tapi aku mahu, mereka tahu, aku tahu..."Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika..."



Aku acap kali menelaah 'kitab' cinta ku..buku Tentang Cinta: tulisan Pahrol Mohd Juoi...pemberian daripada seseorg kpd ku; yang aku tahu ia sbg tanda ingatan, sbg perkongsian ilmu, sbg curahan rasa...dan inilah satu fragmen yg byk mengubah pandanganku, utk muhasabah bersama...

********************************************************************

Anda telah sedia utk bercouple jika:
Niat anda memang utk berkahwin dgn 'si dia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara
Sebaliknya anda belum bersedia utk bercouple jika:
Niat anda hanya utk suka-suka atau hanya ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata

Anda telah bersedia utk bercouple jika:
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri utk tidak terlibat dgn perkara2 yang diharamkan oleh agama spt berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tgn dan melakukan tindakan2 yang membawa kpd 'muqaddimah' zina
Sebaliknya anda belum bersedia utk bercouple jika:
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan utk menahan diri drp melakukan perbiatan2 negatif spt berpegangan tgn, menyentuh dan...dot-dot

Anda telah bersedia utk bercouple jika:
Sudah 'lepas' ilmu fardhu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yg baik dlm pengajian anda, atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap
Sebaliknya anda belum bersedia utk bercouple jika:
Masih kandas ilmu fardhu ain. Mengaji Al-Quran pun lintang-pukang dan punya masalah besar dlm pelajaran, atau anda adalah penganggur yang masih tercari2 pekerjaan

Anda telah bersedia utk bercouple jika:
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya-upaya menjadi muslim dlm erti kata yg sebenar
Anda belum bersedia utk bercouple jika:
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang2, puasa pun kadang2...aduhai

(petikan drp buku Tentang Cinta: Pahrol Mohd Juoi)


*******************************************************
p/s: cinta yang sejati adalah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan