BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Monday, December 28, 2009

HaDiaH DaRi JauH...



aku tahu
cerita kau berbeza
dan aku juga sama

aku ingat lagi
tika itu sesi perkenal diri
aku yg ke-3 terakhir
dan kau, yg tengah2
aku gelabah sebenarnya
sbb tu pertama kali
kena perkenalkan diri
dlm Bahasa Inggeris!!
aku tgk
sorang demi sorang
ke depan
dan bila tiba giliran kau
aku berbisik dlm hati
"apahal minah ni lain sgt???"
dan kau dgn selambe ke depan
perkenalkan diri

SUMPAH!!!
aku gelak besar!!!
pertama kali
aku dgr 'slang' KL
walau kau bukan org KL
tp bila kau sebut
"Port Klang" jd "Port Kleng"
aku dah cop kau orang KL
sbb orang KL jer
yang main "slang2" ni!

SUMPAH!!!
aku benci giler
bila kau suh
panggil kau "Hedy"
bkn sbb aku anti-feminis
atau benci Teddy
tapi sbb
aku rasa tak sesuai
bilamana perempuan
namanya jd spt lelaki
kau panggil lar
aku kuno pun
tapi itulah
perasaan aku tika itu!

aku tak ingat
mcmane kita boleh rapat
aku tak ingat
mcmane kita sering berdebat
aku tak ingat
mcmane kita selalu mengumpat!!

tapi aku ingat
hari tu jumaat
aku nak pergi
ke rumah kakak aku
di Subang aje
aku amek tiket bas
dari matrik pukul 12.30
selepas kuliah
aku teman kau dan nisyak
balik ke blok
semua pun tahu
nak ke blok perempuan
mesti lalu kafe
kau tanya aku
"kau tak makan dulu ke?"
aku jawab
"aku takde duit la.."
"haus gile ni.."
"tapi takpe la"
kau pandang aku
aku sengih saje
kau suh aku beli air
kat kafe tu
tapi aku taknak
aku nak berjimat
sbb nak ke KL hari tu
kemudian kau melangkah
kau belikan
sebungkus air sirap
kau bagi kat aku
SUMPAH!!!
aku segan sangat
nak terima
pemberian perempuan
tapi kau paksa aku ambil
aku suka dalam hati
sebab ada orang prihatin

suatu hari aku tanya kau
knp kau
nak dipanggil "Hedy"
bkn ke elok
nama Hedayah tu??
kau jawab selambe
"kat sekolah aku"
"byk sgt guna nama Hidayah"
"tu sbb aku guna nama Hedy"
tapi aku marah
aku cakap kat kau
nama "Hedy" tu
lelaki sangat bunyinya
kau tanya aku
"dah tu, nak nama ape??"
"aku taknak panjang2"
aku pantas terpikir
"panggil kau Yah aje la"
"nampak kampung sket"
"baru lah kau berubah"
"bak menerima Hidayah!"
tapi kau tak suka
kau kata
nama tu tak best
aku pedulik ape
aku canang jugak
kat budak2 lain
suh dorang pggl kau Yah
kau melawan
kitorang lagi suka
dan nama tu melekat
hingga akhir matrik

masa kat matrik
ramai takut pada kau
sebab kau sangat lantang
dengan rambut kau
yang sangat pacak
bikin hati lelaki
kecut dan takut
tapi kau mana layan
sbb tu kau punya pasal
bila aku tegur
dan sakat-sakat
kau ckp
"ahhh..sengal"
itu lah ayat
yg kau selalu sebut
bila aku tgk Dunia Baru
aku teringat kat kau
sebab Mardihah dgn kau
memang sama2 sengal!!!

tapi SUMPAH!!!
aku tak penah
takut kat kau
sebab aku tahu
hati kau baik
masa aku demam
esoknya exam Math
aku bodo Math
kau sms aku
ajak jumpa kat kafe
aku pergi jugak
kau tanya aku
"dah mkn belum ni??"
aku cakap
"takde selera"
kau paksa aku makan
kau belikan aku nasi
aku makan sikit aje
SUMPAH!!
aku menyesal tak habiskan
sbb masa tu
dah 3 hari tak mkn nasi!!
kat kafe tu jugak
kau study math
dan ajar aku math
tapi aku bengap!
aku tak masuk ape2
aku tak rajin macam kau
aku tak pandai
dgn benda2 gini
tapi kau marah
kau cakap
"aku tak reti gak dowh.."
esok exam
aku tetap takleh jawab
perbezaan
dan pengamiran
tapi aku hargai
masa yang kau berikan
sebab tak penah lagi
ada perempuan
yg nak ngajar aku
AKU KAN PEMALU!!!

kat matrik
kita sangat SERONOK!
kadang-kadang
kita keluar ke Ipoh
kau suka sindir aku
sebab borong megi byk2
tapi aku terpaksa
sebab megi aje murah
tapi kau tak layan
ape2 alasan aku
bila balik
kau jugak yg tolong
angkut beg plastik byk2
aku sangat suka
bila kau tolong
sbb tangan aku sakit
brg-brg ni byk sangat

dalam kelas
aku selalu usik kau
walau kau memberontak
tapi aku tahu
kau tak marah aku
aku duduk
di belakang kau
masa tu
kelas tutorial fizik
aku, mail dgn zaim
kami nyanyi
lagu "Puteriku Sayang"
kami sindir kau
tapi kau bolayan
kami tetap suka
dan kami
nyanyi sampai habis!

hari tu
ada kelas Pdidikan Islam
sebelum tu
ada kuliah di dewan
kau masuk agak lewat
tapi bila kau masuk
aku tak tahan nak gelak
sebab aku dah tak cam
kau pakai tudung!!!
ramai menoleh
pandang kau
tp kau buat taktau aje
hati kau kering
tapi dlm hati
kami hormatkan kau
sbb kau
tak mcm org lain
yang pakai tudung
hny dlm kelas agama
keluar aje pintu kelas
terus mereka cabut
sekurang2nya kau bertahan
selama satu hari
kau akan pakai tudung
kau mmg lain!!

masa besday aku
kau ckp
nak bagi something
aku sangat gembira
sbb aku tahu
kau nak bg hadiah
dan memang kau bagi pun
KOTAK SANGAT BESAR!!
aku sgt bangga
bawa balik ke bilik
semua org pandang
spjg perjalanan itu
bila aku sampai bilik
roomate aku pun
sibuk nak tgk
apa yg kau bagi
bila aku bukak
aku tengok
dlm tu ada macam2
ada botol air
ada kertas2
rupa2nya
kau kenakan aku
kotak besar
TAPI HADIAH KECIK!
kau bagi aku tali leher
warna ungu
sangat bergaya
aku sangat suka
aku pakai gi kuliah hari2
takmo lagi tie matrik
atau tie bintik2 aku tu
sampai sekarang
aku masih guna

banyak kenangan
aku dgn kau
sbb kehidupan aku
sewaktu di matrik
bertahan
sbb ada kawan2 mcm kau
banyak sgt
yg aku boleh ceritakan
tapi aku tahu
kau dah penat
ketawa dan membaca
tulisan aku yg byk2 ni
tapi apa aku nak kau tahu
sampai bila2
"aku ingat kat kau"
walau kau selalu sindir
aku tak msj pun kau
tapi aku mmg macamni
susah nak mesej orang
aku mintak maaf

lagi
aku mintak maaf
seringkali menyakat kau
acap kali menyindir kau
kerana kita kawan
oleh itu sentiasa
aku mahu
kau tersenyum
seperti mana
wajah kau
yg dlm memoriku
sebagai seorang
yg tabah
dan sempoi saje

berkawan dgn kau
menukar hidup aku
merubah persepsi aku
pelbagai yg kita kongsi
saat bergelak sama
saat bertukar cerita
saat ketakutan
menonton citer
The Unseeable
dan saat tersenyum
menonton Mukhsin
malah juga berkongsi
rasa sedih
dan rasa tertekan
semuanya sangat indah
dan sayu
sbb aku tahu
aku takkan jumpa lg
kawan yg macam kau

kau cerita ku
kau lagu ku
kau pelakon ku
kau penyanyi ku
kau buku ku
kau pena ku
kau rakan ku
kau penghibur ku

terima kasih
krn sudi menjadi kawan
kpd seseorg yg jahil sptku
terima kasih
kerana mengkritik
kpd seseorg yg degil sptku
terima kasih
kerana mengingatkan
kpd seseorg yg pelupa sptku
terima kasih
kerana ambil berat
kpd seseorg yg sekian lama
mengabaikan kehidupan
seperti ku

selamat hari lahir
~28 Disember
semoga Allah
merahmati kau
dan juga keluarga
malah aku harap
semoga kau
sentiasa
ceria dan bahagia
dan semoga
kau berjaya
mengejar
apa yg kau mahukan
mengejar
apa yg kau carikan

HEDAYAH SENAWI
seorang sahabat
seorang kawan
seorang teman


pic ni kau yg edit..ni la 1st gmbr
yg aku print guna printer aku..

tie yg kau bagi.hehe..mekaceh!!


p/s: MAWI WORLD !!!! eh, 'world' lagi ke?? hoho

4 comments:

  1. Holy shit..this is one hell of a speech!!!!

    bapak best.

    ReplyDelete
  2. roy ni jiwg mlmpau... mgutuk pn mlmpau...

    blogger terlampau!

    ReplyDelete
  3. boroi!!!!
    even i read this so many times, u never failed to make me laugh ..i'm touched by your words =)
    YAH

    ReplyDelete