BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Thursday, December 31, 2009

SeTaHun YaNg BerLaLu.....


Gembira
Sedih
Indah

Apa yang aku coretkan ini??hmmm...hanya lagi beberapa minit saja lagi, 2009 meninggalkan semua...dan 2010 yang menjelma...Tak terasa pantasnya masa yang berlalu, kerna seringkali waktu yang ada dilupa untuk dinikmati...Tahun ini, banyak memberikan pelbagai cerita padaku...

Sekadar coretan...Tahun ni adalah permulaan aku mulai menjadi blogger.1 Februari 2009, di dewan Kolej Pertama Universiti Malaya..terpengaruh dgn obsesi KJ yang menulis, aku pun cuba utk menulis...dan pada mulanya, aku mengaku, aku gusar adakah tulisan aku ini hny akan ditatap oleh aku sahaja? tp memang tak sangka, rupa2nya ada jugak yg menatap penulisan aku ni...sama ada secara senyap atau terangan, aku berterima kasih atas perhatian kamu...

Catatan manis juga tersemat, apabila esei yg aku sertai pada peringkat kebangsaan mendapat tmpt ke-empat hadiah utama...Walaupun agak kecewa, tapi aku sedar bahawa aku bersaing dgn pelbagai bidang lain di seluruh negara malah di kalangan cerdik-pandai...dan menjadi satu-satunya wakil UTM yg tersenarai (malah hadiah saguhati pun tiada wakil UTM lain..), sangat mengujakan...bertemu mata dgn Tun Dr. Mahathir dan dijemput ke Pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya utk Majlis Penyampaian Hadiah, memberikan dimensi baru dalam bidang penulisan aku...

Pengalaman mengendalikan Lawatan Sambil Belajar ke Hospital Permai, Tampoi (hospital utk pesakit sakit mental) dan Majlis Makan Malam Kelab Penyayang amat menyeronokkan..bekerja dgn kumpulan yang hebat, aku rasa sangat bertuah mengenali kalian...terima kasih kerana merealisasikan apa yang aku turut sama inginkan...Dan Kelab Penyayang UTM, pastinya menjadi kenangan yang tak aku lupakan...Saat kita berkayak bersama, mewakili ke Persidangan Kemuncak Kebangsaan, membuat sandwich berjemaah, bermain bola tampar di kolam Kem Dayang dan pelbagai lagi adalah momen yg merapatkan antara kita semua...Bila aku teringat saat-saat itu, terasa kita bagaikan satu keluarga bahagia!

Pastinya, momen indah aku takkan lengkap jika tiada kenangan manis menjalani Latihan Industri di Kolej Ilmu PNB...walau 8 minggu, tapi setiap saat yang ada sangat hebat! Daripada saat kita sama-sama menonton filem bersama, mengharungi bulan akademik yang sangat mengujakan aku terhadap bakat mereka, serta kenangan Lawatan sambil Belajar di UPM..aku yakin, mereka juga sama spt aku, menghargai setiap detik yang ada..Sepertimana aku terpempan, bilamana mereka sanggup berkongsi duit utk meraikan majlis perpisahan untk aku (surprise party) dan membeli hadiah, adalah satu penghargaan yg sangat tinggi mereka berikan...Doa dan semangat aku sentiasa bersama kalian...

Dan pelbagai lagi yang berlaku spjg perjlanan tahun ini...dan ada di antaranya aku telah tuliskan dlm entri terdahulu...Tahun 2009, menambahkan ikatan persahabatan yg terbina...dan saat haluan Geng Rayap berpisah lalu meninggalkan aku dan Ihan sahaja di UTM skrg ni..Terima kasih kepada semua yang wujud dalam hidupku dan menemani aku tiap ketika, dan maaf andai ada yg terluka sepanjang tahun yang berlalu.Aku cuba menjadi yg terbaik, dan itulah yang perlu kalian peringatkan aku....Namun pastinya, tahun 2010 membawa bersama aneka cerita...dan aku bahagia, kerna dicintai dia.... ---<@

Semusim berlalu
Dipuput seribu rindu
Dibelai kenangan tak luput

p/s: Aku yang tamak menikmati kenangan ini seorg diri...

No comments:

Post a Comment