terfikir...
terharu...
tergeletek...
apa yang aku coretkan kali ni??hurm...aku baru saja usai menonton satu filem di Tv2...ditayangkan pukul 4 ptg tadi (so, daripada sini korang pun bley tau yg aku mmg post entri sejurus pas menulis...bukan setting2 masa tau...)...apa yg best pasal citer ni sampai aku nak tulis dalam blog ni??? well, aku ni bukanlah jenis yg akan menonton wayang terbaru di pawagam..kalo tonton pun, biasanya dua minggu kemudiannya, kecuali kalo 'terpaksa' tgk atau 'dipaksa' tgk..hehe...so, aku sgt gemar menonton filem yg ditayangkan di TV, walaupun aku da tgk satu-satu citer tu. Sbb?? bila tgk di Tv, feel dia lain (ala, mcm kalo korg tgk kat wayang la. eventhough bosan+penat+ngantuk, korg sanggup layan gak taknak tido sbb da bayar tiket.hahah)....so, ape citer nya???
Dun Worry!! aku bukan nk citer pasal citer thriller seram (FYI, aku sgt2 gemarkan citer thriller dan seram..so, kalo nak ajak aku tgk wyg, citer2 mcm ni aje yg sgt menerujakan aku...hahaha)..walaupun mlm smlm aku tgk citer Seed Of Chucky di Channel tv5 Singapore, tp aku bukan nak citer pasal filem tu...aku nak citer filem yg ditayangkan di channel negara kita ajer...filem : Forces of Nature...lakonan, antara pelakon faveret aku, Sandra Bullock dan juga Ben Affleck...
sinopsis ringkasnya macamani:-
Ben Holmes (Affleck) merupakan seorang penulis 'ringkasan' — iaitu orang yang bertanggungjawab untuk menulis pengenalan ringkas pada lengan buku-buku kulit keras. Ketika dia dalam perjalanan ke Savana, Georgia untuk perkahwinannya dengan Bridget (Maura Tierney), Ben yang mempunyai kebimbingan untuk menaiki kapal terbang mulai takut. Ia berbeza dengan Sarah (Bullock), yang duduk di sebelahnya namun sangat teruja. Pada saat berlepas, seekor burung terbang masuk ke dalam salah satu daripada enjin-enjin itu, menyebabkan flameout. Walaupun terselamat, tetapi Ben sudah tidak berani untuk menaiki kapal terbang. Oleh itu, dengan berat hati dia bersetuju untuk mengembara dengan Sarah, yang juga ingin pergi ke Savana secepat mungkin.
Semasa dalam perjalanan mereka, pelbagai perkara berlaku yang menyukarkan perjalanan mereka— daripada tersilap menaiki koc keretapi, sehinggalah terperangkap dalam hujan ribut (sbb itu filem ini dinamakan sedemikian). Bagaimanapun, Ben tertarik hati dengan semangat Sarah yang kuat, dan mula merasakan satu hubungan wujud antara mereka.Apabila mereka semakin dekat dengan destinasi, Ben mulai tertanya-tanya sekiranya dia membuat pilihan tepat dengan menikahi Bridget, atau dia harus membiarkan sahaja nasibmya bersama Sarah, yang mempunyai rahsia tersendiri...apakah pilihan Ben? dapatkah mereka sampai ke Savana pada masanya? dan apakah rahsia Sarah?? tontoni lah di pawagan berhampiran...hahaha
haha...macam tu la lebih kurang citer dia...citer ni adalah romantik komedi..kuar tahun 1999...ape yg aku suka pasal filem ni?? pertamanya, sbb aku suka lakonan Sandra Bullock...dia mmg A class actress kalo filem2 komedi romantik ni...tgk la lakonan dia dlm Miss Congeniality dan juga The Proposal...sgt menarik hati aku...keduanya, ia adalah filem komedi romantik..yg aku agak suka gak...dan ketiga, ia tentang membuat keputusan dalam kehidupan...
apabila kita membuat keputusan mengenai cinta....ia adalah sesuatu yg sangat sukar...kita tertanya2...apakah kita benar2 mencintainya? adakah dia yang tercipta untuk kita? adakah hati kita hanya untuk dia dan tiada lagi yang akan kita serahkan? dan adakah kita masih akan tersenyum bersama dia apabila 20 tahun akan datang menjelang..........itu lah persoalan yang dibangkitkan di sepanjang perjalanan cerita ni...
namun, babak yg paling aku suka adalah ketika hujan ribut melanda majlis perkahwinan itu... kelam-kabut majlis tu...sampai khemah2 berterbangan....keadaan tu mirip peristiwa yang berlaku tahun lepas...smasa aku menyertai program di Kampuang Orang Asli Kuala Masai, Johor...ketika kami sedang membuat program bersama anak2 di sana, ujan agak lebat..tp demi mengikut jadual dan memanfaatkan masa yang ada bersama org2 Asli di sana, jd kami pun teruskan aktiviti...
tiba2, semasa Rusli sdg khusyuk membuat demo aktiviti, tetiba tanpa disangka angin kuat bertiup....sampai khemah yang kami guna utk aktiviti hampir terbang...anak2 orang Asli menangis, dan dibawa ke dlm surau...org2 Asli lain bertempiaran berlari ke rumah masing2 sbb hujan lebat disertai ribut...aku berpaut pada tiang khemah...pegang supaya ia tak terbang...angin sangat kuat...seluruh badan aku basah...kami di setiap penjuru tiang, tak dapat nampak jelas sbb hujan lebat dan... sepenuh tenaga utk pegang khemah tu...
tiba2 jugak, ada org jerit, "Ada orang jatuh!!!" aku yg pd mulanya ingat hny jatuh biasa, rupa2nya dia pengsan...dan BERDARAH!! ramai berlari ke arah org Asli tu, dan terkejut..Kulit dia terkoyak di muka...kami angkat dia ke sebuah rumah terdekat...dan ketika itu, Radzi sebagai hero PBSM dtg dgn peti kecemasan...mulut org Asli tu berbuih-biuh..rupanya dia sawan! sangat mencemaskan....slps hujan reda, kami sangkakan penduduk2 di sana akan tidak terlibat dgn kami lagi..
tetapi, kami tersilap...sebaik hujan berhenti, ada anak2 org Asli dtg ke khemah (yg berjaya diselamatkan) dgn berpakaian baru...menunggu utk aktiviti seterusnya...dan ibubapa mereka juga dtg utk menyertainya...kami sgt terharu dan berbangga dgn apa yang berlaku...jd, kami pun teruskan program spt biasa...membuat aktiviti sukaneka, dan ia mmg sgt menyeronokkan..walaupun enset2 aku rosak pd masa tu sbb dimasuki air, tp itulah kenangan yg aku tak akan lupakan smpai bila2....
oleh itu, apabila aku tgk citer td, aku sgt terkesan dgn babak yg dipaparkan...tp, jika diketepikan aspek individual aku, filem ini sgt menarik..terutamanya dialog terakhir yg diungkapkan oleh Ben Affleck pd akhir cerita...apa dia?? korang tgk la sendiri k...bley download kat Torrentz kot...huhuhu...
"Percintaan itu satu beban....namun, ia membawa nilai keselamatan berbanding hidup keseorangan...Apabila beban itu disingkir, kemanisan dan rasa penghargaan menghampir...Cinta membawa penghidupan, juga membawa ketakutan...pilihan tiada sempadan"
p/s: sedang menonton Devil Wears Prada di Channel Tv5 singapore...tp baru siap download Bride of Chucky (a.k.a Child's Play 4)..argh, macamane nak studi ni!!!! susahnya subjek nih!!!! fokus takde plak!