BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Showing posts with label peristiwa hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label peristiwa hujung minggu. Show all posts

Sunday, September 13, 2009

MeRayaP SeBeLuM RaYa, yeP!!

letih...
lucu...
seronok...

apa yang aku coretkan kali ni???emm...tiga perkataan di atas cukup utk menjelaskan rencah hidup aku spnjg 2 hari ini...sbnarnya, smlm aku pergi ke KL...utk menghantar sijil degree KJ-menghantar kerepek yg dipesan oleh kakak ku- dan berjumpa dgn geng rayap!! huhu..nmpk mcm keje yg sedikit tp BANYAK sebenarnya...smpai daku dlm perjalanan balik ke Johor ptg td tido tak hingat dunia dah! hehehe..oleh sbb malas nk celoteh pjg2 dalam btk esei, aku tulis dalam point form aje la coretan kali ini utk mudah kan pembacaan korg..huhuhu

1) aku naik bas dari Jb tiket pukul 8.45 pg...so, spatutnya pukul 12 dah bley smpai KL...tp, bas tu berenti kat R&R sngt lamaa...rupa2nya, driver tu nak lepak jumpa kawan2 dia dan penumpang2 cina gi mkn..dah la makan, dibawaknya pulak makanan atas bas...elo! KAMI PUASA PENUH LAGI K!!!!

2) sampai di hentian serdang (sbb pakwe akak aku dtg amik brg2 aku kat situ), aku gi ke tandas...tp aku lihat...ada org buat promotion biskut JAcobs di depan tandas tu...eui, tak belajar sivik dan kewarganegaraan ke mereka itu...bley plak menjual makanan betul2 depan pintu tandas!!!

3) semasa pakwe akak aku sampai, dia suh aku letak beg kat belakang keter dia. dia tny, "ni semua barang yg nak simpan dlm keter ek?" dan aku yg tengah kelu + mamai nak kejar masa, jwb ye aje...pas sampai kat KTM Serdang, aku mesej akak aku..aku tny pakwe dia gi jumpa dia dulu ke atau balik terus ke umah mak bapak dia kat Sepang, sbb beg2 tu aku nak semula kecuali kerepek aje...guess what??? pakwe dia direct ke sepang trus n ahad malam baru pakwe dia balik cni smula. Aku nak balik ahad pg!!!!

4) smpai di Mid, kami maen la bowling 'glow in the dark' smtara menunggu tayangan wayang...dan perkara yg kami belajar masa itu adalah perbuatan mengungkapkan ayat, "AKU BERSUMPAH AKAN DAPAT STRIKE DALAM TIGA-TIGA ROUND BERIKUTNYA...." adalah jgn sekali-kali dibuat.... (kpd yg paham, anda paham2 aje la sebabnya...huhu)

5) namun apa yg menyedihkan, semasa aku pergi ke tandas slps main bowling, aku nmpak sekawan budak2 remaja Melayu sdg hisap rokok di tandas. Umo mereka mcm baru tingkatan 1-3..sedey aku...malah, Kj citer, masa dia masuk tandas tu, sorg budak tu tak bukak pose lagi tp kawan2 dia suh bukak aje utk isap rokok...hurmmmm generasi Islam skrg....

6) paling penting, sebelum memilih cerita wayang, jgn lupa mengambil kira faktor masa, genre cerita, klasifikasi cerita dan berapa umur2 geng yang menonton wayang itu...kerana, kami sangat setuju mengatakan, cerita "The Ugly Truth" tidak seharusnya ditonton pada bulan pose, tidak boleh ditonton bersama kaum wanita (kalo anda rasa anda kool) dan paling penting, mestilah 18 tahun ke atas bagi mengelakkan sebarang kecacamarbaan fikiran...huhuhu

7) dan kalo ingin makan berbuka di fast food terutamanya yang terkenal spt KFC, pastikan anda sudah 'menjaga' tempat duduk selewat-lewatnya pukul 5 ptg! kerana jika anda fikir berbuka lambat lagi, maka anda akan jadi spt kami yg berbuka dgn roti sambil berdiri di tgh2 laluan ke Jusco dan di depan Rasamas..euiiiii

8) satu lagi, jika anda ingin mengambil tempat duduk org di KFC (selepas mereka siap makan), pastikan anda berkata "eh, saya nak tempat duduk ni ek selepas awak siap makan..." , bukannya hanya melihat mereka makan tanpa bersuara smbil merenung gaya makan mereka kerana anda mungkin tidak akan diberikan tempat tersebut...

9) Jika anda ingin melihat ramai org beratur seperti membayar di kaunter, semata-mata utk menunaikan solat maghrib di surau, inilah masa yg anda tunggu2...jengah la di surau Mid antara waktu 7-7.30 malam dan anda akan dapat menyaksikan betapa ramai lagi yg beragama Islam dan mengamalkan Islam....Alhamdulillah

10) ketika naik KTM, jika ada tempat duduk, anda jgn lah memilih tidak duduk walaupun stesen yg anda ingin pergi hanyalah berjarak satu stesen...kerana, KERUSI ADA, DUDUK AJE LAR...hohoho

11) Dan jika anda ingin menonton wayang lewat malam, pastikan anda tidak mengikut kakak anda pergi ke rumah mak kekasih dia kerana anda mungkin akan terperangkap duduk di sana sehingga 'melebihi' had masa yang ditetapkan...lagipun, secara automatik anda akan jd tersangat bersopan-santun di umah org....huhuhu

12) jika anda sedang mengejar masa dan menaiki bas rapid, pastikan driver itu tahu jalan utk ke destinasi yg dituju...jika tidak, anda akan tersesat sehingga ke Tol Putrajaya, sedangkan anda ingin pergi ke Bukit Jalil...huwahuwa

sebenarnya, perjalanan ini satu pengalaman dan pelajaran...jadi, selamat berjalan! (bukan jalan kaki tau)

p/s: lain kali jgn nak merayap dalam minggu org balik kg...sbb, tiket sgt mahal!!


Tuesday, July 28, 2009

HuJuNg MinGGu Di PD....FuLamaK!!! hehe



Leka...
Lelah...
Lesu...


Apakah plak yang menjadi isu kali ni???huhuhu..ni pasal program hujung minggu aku lar..hehehe..minggu lepas, aku gi ke Nilai. atas jemputan bebudak asrama tu, sbb dorg ajak aku join program dorg...program aper tuh ek???

SUKAN RAKYAT di PORT DICKSON!!!

eventough last time aku gi ke PD adalah pd 2 tahun setengah yg lalu, (tu pun sebab kena paksa ngan Zaim, ikut family vacation dia..segan beb..tp nak wat camne, dah dtg umah org kan...huhu). Tapi perasaan gi ke PD tu tetap berkobar-kobar gak lar...myb, sbb dah lama tak jalan2 sgt selepas masuk ke sem 5 ni...huhu..

Aku gi ke N9 petang jumaat...saje dtg awal, (program PD tu hari ahad) sbb nak jumpa ngan budak2 dulu...yela, takkan nak dtg2 trus join program kan..mesti la kena tolong gak ape2 yg patut (walaupun mmg takde keje yg perlu dilakukan..hehehe)

hari Sabtu, aku ngan Puan Salome, En. Rizal, Bob dan Senah gi survey tempat yg akan digunakan pada keesokannya supaya dapat la kami rancang nak wat macamane program nnti..pas kami gi sana, kami pergi makan tengahari di TELUK KEMANG!!! fuh, rindu beb gi sana...last aku gi sana, masa aku darjah 6 kot, wakil Pahang gi Kem Bahasa Melayu...hehe

Sabtu malam tu, alamak, ada Darul Syifa' datang!! dorg wat program utk jauhkan blok asrama daripada gangguan makhluk2 halus...program tu bermula daripada sembahyang maghrib sehingga lah ke pukul 10.30pm...kali ni, aku dapat merasai pengalaman yang 'menarik' ni, yang memerlukan garam bukit, lada hitam serta air mineral yang telah dibacakan yasin beserta selawat untuk digunakan sbg pendinding blok2 tu...yang aku tak tahan tu, ada sorg pelajar tingkatan 3 tu percaya cakap aku,"garam bukit kalo dicampur dgn lada hitam, dia jadi perasa Hot n Spicy KFC tau..try lar.." dan dia dengan jujurnya, cubit segenggam garam bukit ngan lada hitam dlm baldi tu dan terus....NGAP!!! euii.....ape lar budak2 ni....mudah tul dikenakan! hehehe

Ahad pagi, kami bergerak ke PD...sampai sana dlm pukul 9 pagi...macam2 gak ar yg dilakukan spt Senaman Pagi, Pertandingan Bola Sepak pakai Kain Pelikat, Batu Seremban, Teng-Teng, Galah Panjang malah aktiviti bebas seperti rebut kerusi, kotak beracun dan poco-poco versi freeze!! hehehe.. aku tgk2 ajer, malas nak join...walaupun budak2 F2 macam tak memberi sokongan (mungkin sbb dorg rasa dorg dah besar...), tp aku bangga sbb budak2 F5, F4 dan F3 sgt aktif dalam melibatkan diri sepanjang program ini...

kami bertolak pulang pukul5.45 ptg, dan aku selepas solat Asar di masjid PD, terus gi Seremban untuk beli tiket...tp tiket takde plak pada pukul 7 tu...yg ada, paling awal adalah pukul 9.30pm, so aku pun naik jugak la sbb pagi isnin ada kelas ganti dan kena anta tajuk cadangan PSM yang aku tak dapat2 pk lagi...huhuhu...

Hujung minggu ni??? PERGI ASSEX!!! hehehe


p/s: Kak As ngan KJ jgn jeles tau sy gi Assex minggu ni. Nanti sy citer ek apa yg berlaku kat sna..huhu..Yana sombong! Dia tak ikut gi pun.. :(




Darul Syifa tgh kendalikan bacaan zikir...


Pian tgh ponteng keje masa tabur garam dan lada hitam kat blok baru..isk..isk


Selepas makan kat Teluk Kemang...Senah pun nak enterframe..ahakz


Berlatarbelakangkan Teluk Kemang...ramai yg 'open2' kat sana...ish!


Budak2 yg begitu excited tiba di PD....alahai


Senaman Pagi yang macam tarian poco-poco plak...

Acara Bermain Bola Sepak dengan berkain pelikat...

Ni acara bebas pada petang itu..Poco-Poco Freeze! En. Rizal pun menari sama..haha


Aku tak suka gambar ni..'nampak' sesuatu yg tak sepatutnya ada dah..hahaha


Gambar kenangan sebelum balik...aku nampak muda..hihihi


Bas-bas nak bergerak balik Nilai...aku tgk dari dalam kereta En.Rizal ajer...sob..sob