terkedu...
simpati...
kasihan...
apa yang aku nak katakan di penghujung September ni ekk???hurmm....pelikkan??? apabila seseorang yang membuatkan kita lelah dgn perangainya, akan tiba masanya dia merayu memohon pertolongan drp kita???? pelikkan??? apabila seseorang yang menyatakan bahawa dia tidak peduli dgn apa yang berlaku akhirnya terjerumus ke lembah kegelapan ciptaannya sendiri???
inilah yg aku perhatikan seketika dua ini...baru2 ni, seorg 'senior' yg selama ini cukup suka menyakitkan hati dengan sinisnya menghubungi aku untuk meminta pertolongan....kerana dia, aku hilang minat dlm bidang yg aku minati...kerana dia, aku pendam rasa ditipu atas lelah yg dicurahkan...tp Tuhan Maha kaya...penganiayaan terhadap hamba-Nya pasti diiringi dgn rahmatnya...jadi, yakin atas janjiNya, tak ada alasan utk aku membalas dendam..cukup Tuhan meresapkan rasa malu dalam hatinya...
dan, kedua, tatkala melihat 'orang' yg cukup membenci aku dirundung kesempitan, aku tiada perasaan utk meraikannya...cuma kasihan melingkari tatkala diberitakan nasib malang atas kebodohan dirinya sendiri..salahkah jika usaha yang banyak tak memberikan hasil yang diharapkan???salahkan jika graduasi dengan kelas dua tinggi sedangkan ramai yang bekerjaya gaji tinggi pun tak semstinya kelas pertama?? jadi, alasan utk tidak belajar kerana tidak akan dapat kelas pertama bagi aku sangat BODOH....mungkin kerana kegilaan akibat rasa khianat menyebabkan hidup dia makin terumbang-ambing...semoga Tuhan membuka pintu taubatnya kembali....
kadangkala....
jahat tak bermakna tiada kemanusiaan
cuma melindungi perasaan
supaya tabah dengan nasib di lingkaran
jahat tak bermakna tiada kemanusiaan
cuma melindungi perasaan
supaya tabah dengan nasib di lingkaran
p/s: hati bukan boneka