BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Tuesday, August 25, 2009

Shah Rukh Khan mengaku tidak berpuasa penuh

Sumber: Berita Harian (25 Ogos 2009)


Shah Rukh Khan

MUMBAI: Jadual kerja yang sangat sibuk menjadi sebab beliau sukar untuk berpuasa sepanjang Ramadan.

Namun pelakon terkenal, Shah Rukh Khan berkata beliau masih berpuasa sekurang-kurangnya beberapa hari dalam bulan Ramadan.

Shah Rukh memberitahu satu agensi berita bahawa setiap tahun beliau berazam "untuk berpuasa sekurang-kurangnya tiga hingga empat hari ketika Ramadan."


Bagaimanapun, tuntutan profesionalnya menjadikannya mustahil untuk berpuasa melebihi tempoh itu.


Shah Rukh atau SRK berkata beliau sering tidak berpuasa kebelakangan ini kerana mengambil ubat akibat masalah sakit belakang. � Agensi


***************************************************************************

Sakit Hati...

Geram...

Marah...

argh...kali ni aper lagi???? aku nak wat lain daripada kebiasaan...apa yg lain?? yela biasanya aku akan bercerita ttg aku, kwn2 aku mahupun ttg television show...tp kali ni aku nak komen pasal artikel yg aku baca kat berita harian melalui on9...tajuknya?? seperti yg di atas ni lar...


KENAPA AKU SAKIT HATI, GERAM dan MARAH sangat???

bagi readers yang tak tahu, Shah Rukh Khan ni ialah seorg muslim. Di India, org yg bernama Khan adalah berasal daripada keturunan beragama Islam. Ini termasuklah Salman Khan, Saif Ali Khan, Rina Khan mahupun Nasir Bilal Khan..Eh, apa yg aku karutkan ni??? gasak lar...hahaha

jadi, apabila aku baca pernyataan yg dikeluarkan oleh sorg VIP berpangkat "DATUK", kurniaan negara kita, yang merupakan sebuah negara Islam, aku rasakan tersangat la terhina....agama diperlekehkan, namun sanjungan tetap kita berikan, kepada makhluk yang jati dirinya kehilangan...

adakah satu kebanggaan, apabila kita nyatakan, "setiap tahun, saya berazam utk berpuasa sekurang-kurang 3, 4 hari dalam bulan ramadhan" ??

adakah satu kedangkalan, apabila kita nyatakan, "tuntutan profesion saya (sbg pelakon yg disuapkan dan menerima layanan 1st class berserta air-cond) menyebabkan saya mustahil untuk berpuasa melebihi tempoh tersebut" ??

teringat aku akan kenyataan "Datuk" Shah Rukh Khan ni dulu, bahawa dia hanya pernah solat 2 kali ajer sepanjang hidup ini. 1, semasa mak dia meninggal dunia...1 lagi aku tak engat lar..huhuhu..Lihatlah, betapa mudahnya gelaran Muslim yang dia sandang....sbb itu lah dia tak kisah org kritik dia masa buat persembahan di Malaysia, suatu masa dahulu, kerana memakai rantai berlambang salib...kerana "Datuk" Shah Rukh Khan ini, hanyalah Islam pada nama "khan" nya....sedey kan???


kesimpulannya,

tatkala agama menjadi sendaan,

dan persenda itu diangkat menjadi teladan,

akan runtuhlah ketamadunan umat

disebabkan prinsip keagamaan menjadi lumat,

akibatnya sinaran aqidah kian sirna,

dan kiamat hampiri membawa bencana...


2 comments:

  1. roy.. tq wei.. nanti aku trun skudei aku habaq hang....

    tp memang aku tak setuju giler biler melaka bg datok kat mamat ni.. hey.., tak yah ckp pasal pose k.,.... he is not a real muslim dow.... tgok life kat sne dah tau...

    ReplyDelete
  2. hahaha..ada lagi si apai ni kat laman blog..aku ingat dia sibuk sgt menghadiri majlis2 raya..ehh, berbuka puasa la dulu..huhu..tq to u too apai!

    bout SRK, nak taknak dia still tercatat sbg seorg yg beragama muslim dan org2 seluruh dunia tahu..ingat lagi, apabila ada babak dia gi ke kuil, dia ckp itu hanya lar lakonan...banyak lar ko..

    so, aku cdgkan, title DATUK dia tu ditarik balik!! buat malu Malaysia aje bg pengiktirafan pd org camni..isk

    ReplyDelete