Saturday, August 29, 2009
ALaHai KaWan2 Ku....SaLaHKaH AkU BeRbuKa??
Thursday, August 27, 2009
MeMoRi Di BuLaN PoSe...
LApar...
Bersyukur..
Terasing...
ape lagi yang akan aku cuba katakan pada kali ini???...eemmm...Ramadhan menjelma, menggamit kenangan masa dulu..aku taknak byk berbicara...cuma aku 'biarkan' post aku, yg pernah aku letakkan di Blog Friendster aku 2 tahun yg lalu berbicara sendiri...sekadar bingkisan pengalaman, yg takkan pernah aku lupakan dan sentiasa menjadi pengiring ingatan dalam kehidupan...
*************************************************************************
AKU dan Pose…..
16 september 2007
Ramadhan datang lagi..Bertubi-tubi mesej masuk ke inbox ku, dan of coz mesej mengucapkan selamat berpose dan berbuka pose..yang lagi advance, siap bagi mesej hari raya sekali kat aku..Inilah kecanggihan teknologi masa kini..dulu, sanggup kumpul duit syiling banyak2 sebelum bulan ramadhan tiba, semata-mata nak tepon kenalan nak gitau selamat berpose dan berbuka. (yelar, kat asrama dulu kan ada public phone jer..)..dan waktu tu, lepas bertarawih, confirm berderet2 orang beratur menunggu kat public phone, nak bergayut dengan cowok dan cewek masing2..huhuhu
Dan tentulah tak dapat dilupakan, apabila tiba saat semua senior F5 kena jadi imam terawih. Berpeluh2 seluruh badan. Cam nak demam jer..(Bukan sebab tak ngeti tau, tapi setiap kali kena jadi "a person", time tu darah menderau2 jer..huhu)..dan yang lagi evil, mula timbul idea nakal.berlumba sape yang dapat imamkan terawih paling cepat..dan time tu, of coz lar, yang menulis ni yang menang..(walaupun, awe cuba pertikaikan kater dia yang lagik cepat..) Tu kenangan bulan pose kat asrama dulu lar..
Tapi,bila masuk Matrik,semua berubah..Kena tanggung sendiri..berposa pun dah tak dapat berbuka mewah time dulu..(kalo berbuka kat umah masa dok asrama dulu, confirm kena ada ayam madu bakar, dan kalo berbuka kat asrama, junior mesti beli sumthing untuk aku..Tapi aku takdelar cam budak2 lain mintak belanja hari2..aku ngepau kekadang jer..hahaha)..
Begitulah hidup aku sepanjang tempoh berposa kat matrik.Seingat aku, selama 26 hari berposa kat matrik, cuma 6 kali aku berbuka makan nasi. 3 kali aku guna duit sendiri beli nasi, dan 3 kali lagi berbuka orang belanja..(2 kali kat umah pensyarah, sekali matrik wat berbuka beramai-ramai..)
Dan,tiba saat melangkah ke universiti, kawan2 yang tahu cara hidup di bulan ramadhan aku pantas tanya camnae aku sekarang..siap awal2 warning suruh aku makan nasi, and stop from eating maggi..Terima kasih kepada kawan2 aku yang cukup prihatin tu.Aku hargai..Tapi,alhamdulillah, setakat 5 hari berpuasa ni, aku makan nasi untuk berbuka. Lagipun, tiap kali aku nak makan megi jer buat berbuka, ada je halangan..Tapi,maaflar..Coz aku sokmo buat korang bimbang..Dah memang cara hidup aku camne, kadang2 korang kenalah terima sebagaimana aku terima hidup aku sendiri..
hatta Zaim gigih tepon malam first tarawih, suruh aku datang umah dia. Ajak berbuka dan sahur bersama tiap2 hari..Dia ingat umah dia belakang UTM ni jer agaknya..Huhuhu..Nway, trima kasih lar Zaim walaupun ajakan ko tu memang sentap K..Tak ngarut tul nak aku ulang-alik dati Melaka ke Johor hari2..aku mintak dia bagi aku moto, tau pulak gelak jer..hahaha..
nway, perjalanan masih jauh..aku sekarang tak terbeban dengan cara hidup di bulan posa ini..walau ramai cosmate dah mula pelik aku tak bersahur, dan tak berbelanja untuk berbuka macam dorang, tapi dorang tak pertikaikan pun..dan aku selesa camni..
biarlah..mungkin kekuatan aku untuk merasai nikmat di bulan ramadhan seperti yang lain2 masih tak tiba..tapi,aku bersyukur kerna masih diberi ruang oleh Allah untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai hamba-Nya di bumi ini..Inilah nikmat terbesar yang ku cari dan ku genggam selamanya…Allahuakbar!
Akhir kata, hargailah setiap rezeki yang diperoleh di bulan puasa kerna masih ramai yang tak mampu menikmatinya seperti kamu semua…
Selamat Menunaikan Ibadah Berpuasa!
***************************************************************************
Tuesday, August 25, 2009
Shah Rukh Khan mengaku tidak berpuasa penuh
Sumber: Berita Harian (25 Ogos 2009)
Shah Rukh Khan |
MUMBAI: Jadual kerja yang sangat sibuk menjadi sebab beliau sukar untuk berpuasa sepanjang Ramadan.
Namun pelakon terkenal, Shah Rukh Khan berkata beliau masih berpuasa sekurang-kurangnya beberapa hari dalam bulan Ramadan.
Shah Rukh memberitahu satu agensi berita bahawa setiap tahun beliau berazam "untuk berpuasa sekurang-kurangnya tiga hingga empat hari ketika Ramadan."
Shah Rukh atau SRK berkata beliau sering tidak berpuasa kebelakangan ini kerana mengambil ubat akibat masalah sakit belakang. � Agensi
***************************************************************************
Sakit Hati...
Geram...
Marah...
argh...kali ni aper lagi???? aku nak wat lain daripada kebiasaan...apa yg lain?? yela biasanya aku akan bercerita ttg aku, kwn2 aku mahupun ttg television show...tp kali ni aku nak komen pasal artikel yg aku baca kat berita harian melalui on9...tajuknya?? seperti yg di atas ni lar...
KENAPA AKU SAKIT HATI, GERAM dan MARAH sangat???
bagi readers yang tak tahu, Shah Rukh Khan ni ialah seorg muslim. Di India, org yg bernama Khan adalah berasal daripada keturunan beragama Islam. Ini termasuklah Salman Khan, Saif Ali Khan, Rina Khan mahupun Nasir Bilal Khan..Eh, apa yg aku karutkan ni??? gasak lar...hahaha
jadi, apabila aku baca pernyataan yg dikeluarkan oleh sorg VIP berpangkat "DATUK", kurniaan negara kita, yang merupakan sebuah negara Islam, aku rasakan tersangat la terhina....agama diperlekehkan, namun sanjungan tetap kita berikan, kepada makhluk yang jati dirinya kehilangan...
adakah satu kebanggaan, apabila kita nyatakan, "setiap tahun, saya berazam utk berpuasa sekurang-kurang 3, 4 hari dalam bulan ramadhan" ??
adakah satu kedangkalan, apabila kita nyatakan, "tuntutan profesion saya (sbg pelakon yg disuapkan dan menerima layanan 1st class berserta air-cond) menyebabkan saya mustahil untuk berpuasa melebihi tempoh tersebut" ??
teringat aku akan kenyataan "Datuk" Shah Rukh Khan ni dulu, bahawa dia hanya pernah solat 2 kali ajer sepanjang hidup ini. 1, semasa mak dia meninggal dunia...1 lagi aku tak engat lar..huhuhu..Lihatlah, betapa mudahnya gelaran Muslim yang dia sandang....sbb itu lah dia tak kisah org kritik dia masa buat persembahan di Malaysia, suatu masa dahulu, kerana memakai rantai berlambang salib...kerana "Datuk" Shah Rukh Khan ini, hanyalah Islam pada nama "khan" nya....sedey kan???
kesimpulannya,
tatkala agama menjadi sendaan,
dan persenda itu diangkat menjadi teladan,
akan runtuhlah ketamadunan umat
disebabkan prinsip keagamaan menjadi lumat,
akibatnya sinaran aqidah kian sirna,
dan kiamat hampiri membawa bencana...
RaMaDhan Yang DiLaLui...
Lain...
KENAPA AKU CAKAP, RAMADHAN KALI NI LAIN???
banyak sebab....
1) aku dapat merasa berpuasa dan berbuka 1 pertama puasa di rumah...setelah bertahun2 lamanya aku tak dapat merasa tau...malah, hampir 9 bulan gak sebenarnya aku tak balik umah (kecualikan sehari yang aku balik masa 30/5 dulu..SEBAB?? tak terasa balik pun...huhu)
2) aku tak dapat lagi makan sahur di UTM setakat ni..sebab ape?? sbb, kebiasaannya pada tahun2 sebelumnya, KJ akan paksa aku teman dia makan sahur...gigih, suruh kejut pukul 4 pagi..so, memandangkan KJ dah pun grad lantas bekerja, maka tiada lar lagi org yg suh aku teman bersahur..huhuhu
KENAPA AKU CAKAP, RAMADHAN KALI NI PELIK???
banyak sebab....
1) aku tak pening pk pasal nak makan ape berbuka. ntah lar, tp mungkin disebabkan BLACK OCTOBER masih melanda ekonomi dunia, so aku redha aje la makan ape2 pun...hahahaha
2) ramai yg anta sms ucap selamat berpuasa, tapi tak sorg pun yg anta mesej tu diringi dengan ajakan berbuka puasa kat bilik dorg....ala, aku paham. dorg pun bukak puasa kat bilik org lain gak...hahahaha
KENAPA AKU CAKAP, RAMADHAN KALI NI SAYU???
banyak sebab....
1) broadband aku ROSAK! bukan rosak ajer sebenarnya, malah pecah dan patah..alkisahnya berlaku pada pagi hari puasa yang pertama...aku memang selalu tidur biarkan laptop terpasang. kebetulan, aku balik umah tak bawak cooler. so, aku pun letak lar laptop tu atas katil, depan kipas...dan selalunya, aku tidur kepala akan berada di tepi laptop tapi malam itu, aku tidur kaki di tepi laptop...TEPAT PUKUL 6 PAGI....GEDEGANG!!!!!! laptop aku diterajang oleh kaki ku sendiri..bingkas aku bangun tgk, oh, laptop aku sihat..tp broadband aku, huhuhu..seperti yg aku ceritakan di atas...
2) aku rindu nak berbuka dengan seseorg tu...huhuhu....sbb dia suka makan banyak!!! hahahaha...sbb bila aku makan dgn dia, aku berasakan yg dia makan lagi banyak drp aku, so, aku tak heran! hahahahaha
Friday, August 7, 2009
HaRi YaNg MeNGGumMBiRaKan....
asyik...
apa yang aku cakapkan nih???huhuhu...ini bukannya lagu amelina k! aku sedang di dalam fasa yang menggembirakan....senyum ku meleret sehingga ke dagu...dan hatiku berbunga sekembang ros lili...mengapakah ini terjadi?
AKU DAH DAPAT BILIK SENDIRI!!!!
setelah hampir 6 minggu aku menumpang di bilik org, akhirnya tepat pada detik 0934 tadi, aku telah mendapat kunci ke alam ku sendiri....apa?? kunci bilik lar....huhuhu...
perih sangat rasanya tatkala diri menjadi penumpang...bak lagu Francissa Peter, "Aku hanya seorang pendatang...."fuh, meletup! hahahaha...
tp sehingga ke saat ini, aku masih tidak menjenguk ke bilik aku yang sendiri..kerana, aku masih ingin menikmati saat-saat yang membahagiakan ini.....hehehehe
p/s: senang aje bila aku wat keje sorg2....kalau lah aku dgr nasihat..hurmmm
Wednesday, August 5, 2009
ARGH!!!! TaK DApAT TEnET!!!
aku tak dapat nak bukak tenet sekarang...sebab???
aku punya broadband tengah mengong!!!
tak tau nape takleh detect...
Dia tulis unavailable and disconnected!
cit!
so, kena ar anta laptop utk format...
kot2 sbb virus ker kan??huhuhu.....
arghh...nak tenet semule!!!