BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Tuesday, March 23, 2010

GiVe n Take



Berat
Lapang
Hikmah

Apa yang aku nukilkan kali ni??? hurm....penah tak korang dengar istilah 'Give and Take'?? ops, istilah ni tiada kaitan dengan budaya Touch n' Go skrg ni k...tapi ni adalah satu nilai yg perlu dipegang oleh semua...apa lar yang aku karutkan ni ek?? hehehe..jom, kita baca kisah2 benar di bawah.....

cerita 1:
A kelaparan..duit di dalam banknya skrg, cukup2 untuk bayar yuran kalo dia sambung belajar degree..Megi yang berpuluh2 bungkus dalam loker dah abes..jadi, rutin harian A hanya lah balik ke bilik pada waktu senggang antara kuliah, dan take a nap...apabila dia berasa lapar, dia akan minum air sahaja...macamana dia boleh hidup macam tu setiap hari??? sebenarnya, nasib A baik...kalo hujung minggu, emak kepada ZL akan datang melawatnya dan membawa bekal makanan..kemudian, ZL akan sering mengajak A makan bersama walaupun pada masa itu A bukanlah rapat sgt dengan ZL...

cerita 2:
R seorang yang pemalas. sangat2 pemalas. kadangkala, orang lain memang sukar nak memahaminya. R tidak berkira kalo mengeluarkan duit untuk membeli makanan ringan lalu dikongsikan bersama rakan-rakannya. Tetapi, R sangat berkira untuk mengeluarkan duit untuk membeli buku rujukan. Oleh itu, setiap kali ujian atau peperiksaan, R hanya bersandarkan nota-nota kuliah pensyarah yang diberi, dan nota itu pula adalah bersih tanpa contengan kerana R memang malas untuk mencatat ketika kuliah. Namun, ada kalanya, apabila keputusan diumumkan, keputusan ujian R tidaklah teruk malah kadangkala lebih baik daripada orang yang membeli buku rujukan yang mahal...

dah penat baca
dua cerita panjang di atas?? hehehe...so, apa pendapat korang semua terhadap kisah2 benar di atas ni...kenapa ZL berkongsi makanan dengan A walaupun dia tidak rapat, dan bagaimana R boleh mendapat keputusan yang ok w
alaupun dia tidak membeli buku dan malas?? korang tekalah, tapi jawapan sebenar cerita2 ni ada di bawah ni...

situasi pertama:
Pada malam terakhir sebelum kertas peperiksaan terakhir, A bertanya kepada ZL. 'kenapa ko selalu ajak aku makan makanan yang mak ko bagi tu ek? sejujurnya, kita ni takde lah rapat sangat.." balas ZL..

ZL: ko ingat tak A...masa minggu pertama kuliah, aku tak kenal sangat ko lagi masa tu..ko tgh berbaris nak bayar kat kafe. ko tny, "eh, ko ni sama tutorial ngan aku kan?" kemudian, tetiba ko bayarkan air untuk aku. ko cakap, "takpe ar.kita kawan kan.." sejak masa tu, aku dah cakap dalam hati, aku akan balas balik apa yang ko wat. walaupun air tu hanya berharga 60 sen, tapi cara ko yg sanggup bayarkan untuk org yg baru dikenali beberapa hari buat aku terfikir..kalo ko susah, aku akan tolong ko plak...


situasi kedua:

Ketika R sedang berbual2 dengan H (rakannya), tetiba H berkata;

H: aku tak kisah R bila ko dapat markah tertinggi masa ujian td. Walaupun ko takde buku nak baca, tapi ko tetap boleh skor. Sebab, ko tak kedekut ilmu. Bila aku mintak tolong ko untuk ajar aku, ko selalu ajar aku. Sebab tu aku rasa, walaupun ko takde buku nak baca, tapi ko tetap boleh skor sebab ko tak kedekut ilmu macam yang lain yang ada banyak buku dan nota2 lain tetapi hanya pentingkan diri ajer..

ok, cukup cerita2 yang panjang ni...aku tau, korang mesti rasa bosan..tapi ni kisah benar...aku bukan nak mengangkat watak A dan R ni sebagai hero, tap sekadar untuk berkongsi cerita yang aku tahu dengan korang semua..benar, A dan R ni bukanlah sape2...mereka bukanlah manusia yang sempurna..tetapi, A dan R, kadangkala dipermudahkan..kerana mereka mendapat kerana mereka pernah memberi....cuba fikirkan, adakah korang semua dipermudahkan-Nya??


Rasullullah S.A.W. bersabda, "Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta)"
(riwayat Bukhari)

**Teringat bait-bait lagu Imran Ajmain........

"...Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Cukup dengan hanya
Dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala
jadi penerima
Cukup dengan salam
Dan manis doa..."


p/s: bukan tangan doraemon tau!

Monday, January 25, 2010

KeANeHan PeREMpuAn...



♫ ♬
Pinggang ramping segar bagai kerengga
Nampak ada bunga di atas kepala
Macam kenal macam pernah aku jumpa
Di wayang gambar atau pun di mana-mana
♬ ♫ ♪

Pergh, teringat nostalgia lama2 masa nyanyi lagu Def Gab C ni..hahaha...kalo lagu2 lama dulu, mesti selit unsur2 yg sentuh figura 'wanita impian'...contohnya lirik kat atas tu...citer psl pompuan yg pinggang ramping ala2 kerengga, kiranya mcm zaman Saloma la lagaknya...hehe

Tapi zaman dah berubah, dunia dah maju...sepertimana pompuan yg tak pndg rupa paras lelaki sahaja semata2 (agaknya, sbb ni kan ayat standard dlm sokabo skrg ni..), lelaki pun mcm tu (yea yea..!!)... Jadi, bagi aku, kalo kena dgn caranya, tak perlu la pompuan ni bersusah-payah nk tarik perhatian lelaki..apatah lg kalo sampai menyeksa diri..sbb kdg2, ia tak menjamin pun akan dapat apa yg diingini...

Sbb tu, baru2 ni, aku mmg agak terkejut la...masa aku gi kafe nk beli lunch, aku terserempak la dgn sorg minah yg aku kenal ni (kwn skelas sbnrnya, hahahaha) tgh pilih2 mknn utk bungkus...spt yg aku ckp dlm entri aku sblm ni, aku ni mmg jenis yg suka memerhati dan mneganalisis apa yg 'pelik' pd pndgn aku....so, mari kita lihat apa kesimpulan yg aku dpt drp pilihan mknn dia...


seketul ayam madu (saiz sderhana)

+


2 hiris Tomato

+

nasi yang sedikit (lagi skit drp dlm mangkuk kecik ni)


menghasilkan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bentuk badan macam nih!!!

(percaya lar, ia tidak indah di mata lelaki kami!!)


jadi, apakah kesimpulan yg diperoleh drp apa yg dilihat ni??

1) pompuan mmg snggup menyeksa demi utk kelihatan 'konon2' menonjol di mata lelaki, tp lelaki lebih gemar pompuan yg terima dia sbg cool drp over-do

2) bg pompuan, lagi kurus lagi cantik tp bagi lelaki; ntah...lain org lain citarasa

3) jgn sesekali membandingkan apa yg pompuan makan dgn lelaki mkn, kerana kami mkn utk tenaga tp pompuan mkn utk...em,ntah la...ec ms lapang kot

"Cantik itu apabila di mata kita menghargai, dan orang yg kita cintai menyatakan kita cantik dalam apa jua yg kita lakukan...."


♫ ♬
kamulah makhluk Tuhan
yang tercipta yang paling sexy
cuma kamu yang bisa
membuatku terus menjerit
♬ ♫ ♪

p/s: biar cukup mkn, drp terkurang mkn...hehehe

Wednesday, December 30, 2009

MeNYeSaL....


Sakit
Sayu
Serik

Apa yang aku tulis kali ni??hurm...Sebenarnya, aku sering tertanya-tanya...apakah yang lebih penting, sahabat atau kekasih? kerna seringkali kita disogokkan, berkwan biar seribu, tetapi berkasih biar satu....tp apakah ini bermakna kawan itu ada cebisan sahaja kedudukannya dlm hidup kita, sementelahan terpaksa dikongsi dgn yg seribu??

itu hanya lah persoalan...aku yakin, berbeza antara kita semua...ada yg mengagungkan kekasih, bilamana kawan ditolak demi masa yang sedikit hanya utk kekasih; dan ada yang mengabaikan kekasih bilamana terperangkap atas pengiktirafan erti kwn kepadanya?

aku bukan nak retorik...cuma bila aku terdengar lagu tema sinetron yg sedang disiarkan di TV3 skrg, pukul 2, isnin-khamis, Tasbih Cinta, aku terpempan seketika...sejujurnya, aku sangat menyukai lirik dan melodinya..begitu menusuk hati, dan lagu itu tiap2 masa aku dengari dan nyanyikan..Menyesal by Ressa Herlambang (lagu ni aku jdkan latar blog aku ni skrg, dan liriknya ada di sebelah kanan blog ni)

aku pernah berdepan dgn kedua-dua jenis kwn begini..aku tahu, betapa hati A terluka, bilamana B ni mengetepikan persahabatan yg dibina bertahun2, disebabkan kehadiran kekasih yg baru dikenal...dan aku pernah melihat, C yang sanggup melupakan perasaan hatinya terhadap perempuan Z, bilamana D meluahkan kesukaannya terhadap Z kepada C, dan C tak sanggup memberitahu bhw mereka sedang berhubungan, lantas meminta Z utk menerima D dlm hidupnya...

Bukan C yang kejam..kerana meminta Z mengubah hatinya utk D...tetapi C tak sanggup, membiarkan D kecewa, kerana dia adalah kwn nya...C sanggup menambah kekecewaan, asalkan dia tak berkongsi kasih dgn seseorg yg didamba oleh seorg kawan...Aku faham, betapa sengsaranya C bilamana org di sekeliling mengatakan dia bodoh, kerana Z adalah miliknya...tp, bodohkah dia kerana memilih hati seorg kawan, berbanding dgn hati seorg perempuan yg dia sendiri tiada kepastian adakah itu untuknya??Korang pikir lah maksud yg aku sampaikan ni....

Hati itu lumpuh...apabila terpaksa dibahagi kepada dua....


p/s: aku sarankan sgt korg tgk cerita di bwh ni...sgt menarik..aku sendiri baru mulai tgk minggu ni...

Tajuk: TASBIH CINTA

Pelakon: Laudya Cynthia Bella, Andrew Andhika, Bayu Kusumanegara, Helsi Herlinda

Sinopsis:

ROSSA (22 thn) dan GUNAWAN (25 thn) adalah pasangan suami istri yang sedang berbahagia. ROSA baru saja melahirkan anak pertama mereka yang diberi nama BELLA.IRWAN (25 thn), sahabat mereka, menjemput pasangan berbahagia ini dariRumah Sakit. Namun malang, di dalam perjalan mereka mengalamikecelakaan. Mobilyang dikendarai oleh IRWAN terbalik. ROSA langsung meninggal seketika, sedangkan GUNAWAN terluka parah. Sementara IRWAN dan BELLA (sang bayi) selamat.

Saat keadaan semakin genting, GUNAWAN yang sekarat menitipkan BELLAke IRWAN. GUNAWAN meminta IRWAN untuk menjaga anaknya. Pada saat itu,IRWAN tidak memiliki pilihan selain mengiyakan permintaan GUNAWAN.IRWAN lalu membawaBELLA pergi dari situ. Tidak lama kemudian, mobil yang terbalik itu meledak. Memusnahkan jasad GUNAWAN dan ROSA. Ternyata IRWAN tidak menunaikan janjinya. IRWAN malah meletakkan BELLA diatas keranjang lalu dihanyutkan ke sungai. IRWAN memiliki rencana untuk menguasai kekayaan keluarga GUNAWAN.

IRWAN yangbermuka dua, lantas berpura-pura sedih di hadapan IBU WIJAYA (60 thn).IBU WIJAYA adalah Ibu kandung GUNAWAN. IBU WIJAYA adalah seorang wanitayang sangat kaya. IRWAN yang pandai menjilat lantas bisa mempengaruhi IBU WIJAYA. IRWAN yang dianggap baik, kemudian diberi kekuasaan untuk mengurus kerajaan bisnis keluarga WIJAYA. IBU WIJAYA yang hidup sebatang kara bahkan menganggap IRWAN sebagai anaknya sendiri. BELLA yang masih bayi hanyut mengikuti arus sungai.

Seorang pelacur bernama YUNI (25 thn) kemudian menemukan BELLA. YUNI membesarkan BELLA dengan harapan, jika nanti YUNI tidak laku lagi sebagai pelacur maka BELLA-lah yang akan menggantikannya. Seiring berjalannya waktu, BELLA tumbuh menjadi gadis remaja 16 thn yang cantik, periang, ulet dan baik hati. BELLA bekerja dengan giat sebagai penjual koran agar bisa memberikan uang kepada YUNI. Hal itu dilakukan karena BELLA tidak ingin menjadi pelacur seperti YUNI. Tapi YUNI terus berusaha untuk menjerumuskan BELLA ke kehidupan pelacuran. YUNI yang tergiur dengan uang banyak, terus membujuk BELLA. Untungnya BELLA selalu pintar mengelak. Dengan bantuan ELSYE BENCONG, sahabatnya, BELLA selalu bisa mengecoh para pria hidung belang. Dengan kecerdikannya, BELLA bisa mendapatkan uang tanpa mengorbankan kesuciannya.

Di rumah, BELLA tinggal bersama YUNI dan AYU (6 thn). AYU adalah anak angkat YUNI yang lain. BELLA sangat sayang dengan AYU. YUNI sering memanfaatkan keadaan tersebut dengan menyakiti AYU demi meminta BELLA melakukan sesuatu untuknya. Suatu kali AYU sakit dan membutu*kan biaya besar untuk pengobatannya. BELLA yang sedang kelimpungan, tak sengaja bertemu dengan MELVIN (17 thn). MELVIN adalah cowok playboy yang sering mempermainkan cewek. MELVIN mengiming-imingi BELLA dengan uang yang sangat banyak jika BELLA bisa membuat JOAN (18 thn, kakak MELVIN) jatuh cinta.

Berbeda dengan MELVIN, JOAN adalah cowok baik yangkutu buku, disiplin dan sangat serius dalam menjalani kehidupannya.MELVIN dendam dan ingin memberi pelajaran kepada JOAN. MELVINyangmerupakan anak IRWAN-HESTI merasa kesal karena IRWAN begitumembanggakan JOAN. MELVIN ingin membuktikan bahwa kehidupan JOAN pastiakan berantakan jika mengenal cinta. Apalagi jika JOAN justru jatuh cinta kepada cewek yang salah. Cewek yang pasti akan ditentang keluarga mereka karena berasal dari perkampungan kumuh pelacuran.

Keadaan AYU semakin parah. BELLA yang tidak punya pilihan akhirnya menerima tawaran MELVIN. BELLA lalu berpura-pura mendekati JOAN. Semula JOAN begitu antipati dengan BELLA. Begitupula sebaliknya, BELLA membenci JOAN yang dianggapnya sok suci. Tapi BELLA terus berusaha untuk mendekati JOAN. Lambat-laun, BELLA dan JOAN justru benar-benar jatuh cinta. MELVIN terus berusaha untuk memberi perintah kepada BELLA untuk menjebak JOAN. Namun BELLA yang sudah jatuh cinta kepada JOAN, akhirnya terus menolak perintah MELVIN.

Akibatnya, MELVIN yang kesal lalu membongkar kedok BELLA. Betapa terkejutnya keluarga JOAN saat tahu bahwa BELLA ternyata berasal dari kampung pelacuran. Mereka menganggap BELLA sama saja dengan para penghuni perkampungan kumuh lainnya. Mereka mengira BELLA adalah pelacur. IBU WIJAYA yang semula sudah menyayangi BELLA juga kecewa. IBU WIJAYA lalu membenci BELLA.

Betapa sedihnya hati BELLA saat dirinya kemudian diusir dari kehidupan JOAN dan keluarganya. BELLA semakin sedih saat tahu JOAN juga ikut membencinya. JOAN menganggap BELLA sebagai wanita materialistis yang hanya mengincar harta kekayaan keluarganya saja. BELLA kembali menjalani kehidupannya dengan bekerja keras demi menyelamatkan AYU, sang adik yang sakit keras. BELLA tidak kenal lelah mencari uang dengan cara halal. BELLA ingin membuktikan bahwa dirinya tidak pernah menjadi pelacur seperti yang dituduhkan JOAN dan keluarganya. Sementara itu JOAN dan IBU WIJAYA malah merindukan BELLA. Jauh di dasar hati, sebenarnya mereka percaya bahwa BELLA adalah wanita suci yang berhati mulia.

Apakah BELLA bisa membuktikan bahwa dirinya adalah wanita suci? Akankah IBU WIJAYA akhirnya tersadar bahwa BELLA adalah cucu kandungnya?


Monday, December 14, 2009

MesKi MaLaNg MeNgunDang KeCunDang......


nasib...
perit...
pedih...

apa yg aku nk katakan ni??hurm....aku skrg da berada di UTM..aku sampai di sini lebih kurang pukul 3.17, dicampur dgn masa aku berjln amek kunci kat pjbt n kemas2 bilik, pukul 3.54 baru aku dapat kehidupan aku smule...huhuhu...aku gerak balik, naik bas dari KL pukul 11 pagi...KL??buat per aku kat KL???hehehe


FESTIVAL KEBUDAYAAN UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (FEStKUM) 9-19 Disember 2009

pic logo drp laman web sekretariat MAKUM 2009


aku gi ke UM, bg menyokong kawan aku si Nadhir a.k.a Kak Nad (idea apai yg suh promote nama ni dlm blog, facebook dll..hehehe) tu yg masuk pertandingan nyanyian Irama Malaysia, mewakili Universiti Malaysia Pahang..Kak Nad ni bwk lagu Bunga Ros (sumpah! aku tak penah dgr lagu ni b4!)..kata mereka, lagu ni nyanyian S.M. Salim...aku nk citer pasal persembahan Kak Nad ni, aku yakin dia pun akan citer dlm blog dia..so, aku bagi kesimpulan je la...Kami, Roy + Apai, sangat geli tgk persembahan beliau! Sangat POYO! hahahaha...tp seyesly, aku kagum gak ah..membe yg aku kenal sama2 syarahan agama dan pidato, da jadi penyanyi lak.artis UMP lak tu!!hehe..

aku kalo nak citerkan pengalaman 3 hari 2 malam kat KL tu, sangat la panjang...macam2 ade..so, aku jdkan ia point form utk mudah kan korg baca...hehehe

Manis:

1) Dapat jumpe ngan Apai n Kak Nad...aritu, masa apai turun Kuantan, dpt jumpa dia skjp aje..tak smpai 15 minit kot..huhu..kali ni dpt la jumpe dia lama sket..tp, aku mcm biasa la..bila awal2 jumpe, mmg susah sket nk sesuaikan diri..aku byk berdiam aje...ntah la.aku pun taktau nape..cian si apai terganggu ngan aku..hoho...kak nad plak, mmg "KIJAM"..jumaat malam tu gak dia cabut g UiTM, tinggalkan ak sorg2.nnti ak nk suh dia belanje ak mcD kat ktn nnti!hihihi...

2)Dapat tengok pertandingan nyanyian Irama Malaysia...aku mmg suka tgk pertandingan menyanyi sbnrnya...tp, kali ni lg best sbb bley dgr Si Apai ni kritik peserta2, "bley menang ni! suara flat! tempo lari!" dan mcm2 lg la...nak2 plak bila si Apai ngan Kak Nad tu betrgabung tgk kategori wanita jumaat mlm tu, lg la aku tersepit2 kat tgh2 dgr dorg citer psl nada suara...huhu

3) dapat gi mkn kat SS2 Murni...kedai ni nampak cam biase aje, tp Apai perkenalkan kpd kami Air Pink Panther...segelas air tu rm5 tau...tp rasa dia mcm gula2 chewing gum la..sedap..hehehe..makan lak mkn nasi goreng chicken chop, harga rm10! pergh...aku jrg makan nasi mahal2 ni kat kedai2 mkn..kalo kat Pizza Hut ke, Rasamas ke biasar la..hahaha

4) dapat jumpe ngan KJ..da lama gak tak jumpa dia ni..last jumpe ms bulan pose dulu...best ar, dia belanje breakfast kat KFC n tgk wayang..lunch, dia makan spageti, tp aku tak mkn. aku letih sgt sampai takde mood nk makan. mule2, ingat nk rasa Prosperity McD tu, sbb mmg teringin sgt nk makan, tp ntah la..sbb penat, maka mood makan tu ilang...(nyesal tak makan gak..bile la nk merasa Prosperity tu..sob sob)

5) dapat lepak ngan akak aku...kitorg mcm biasa la, kalo aku turun KL kitorg akan gi meronggeng karaoke kat Summit n makan Shabu-Shabu Train...hehehe...rindu giler lama tak makan kat shabu2..kalo mak tahu, mesti mak jeles bangat...hohoho

Pahit:

1) Duit Ilang!!! sedey wo...duit tu aku letak kat kocek kecik kat seluar jeans...sbb, masa bwk duit tu, aku tak sedap hati..aku rasa cam tak selamat aje nak bawak duit byk2 gi KL n...so, aku biar je ah letak ia dlm kocek, n ada lg duit aku dlm wallet..aku pk, kalo wallet aku kena seluk, at least aku still ade duit nk balik UTM...tp, last2 duit yg kat kocek tu plak yg ilang...da la banyak! sedey giler... smpai sekarang masih merindui duit tu..tp, aku percaya pd hikmahNya...

2) Kaki aku melecet! pg sabtu tu, aku nk kuar gi KLCC...aku taknbak susah2kan org, so, aku decide nk gi sendiri ke sana..then, aku pun berjalan kaki dari Kolej Kediaman Tiga sampai la ke stesen lrt Universiti...sangat jauh...balik pun, aku jalan kaki gak...last2, aku tgk, kulit kat jari kaki aku terkoyak dah..hakis..so, masa kuar ngan akak aku mlm tu, aku jln terhenjut2..sob sob

3) dah abes! aku sampai2 aje kat UPM, pertandingan tarian india dah abes...aku smpt tgk yg last team aje, tu pun 2,3 minit b4 dorg usai...rupa2nya, bukan semua u anta wakil utk pertandingan tarian india..tu psl cepat abes..(patutnya, UTM anta 'seekor" tu aje wakilkan UTM dlm pertandingan tarian india ni..ia kan tau main 'seruling'..hahahaha)


aku rasa, cukup la pahit tu 3 aje...sbb, bagi aku, gi sana aku sgt seronok...ia membuatkan aku terpikir nk sambung study kat kwsn2 situ aje sbb tak puas lepak ngan kwn2 sumer..hohoho..tp, aku sgt takleh lupa, bila membonceng motosikal ngan Apai pd sabtu mlm..giler ar! dari Cheras ke UM tu yg jln byk keter, Apai bwk purata 100km/j..aku beku muka, kelu lidah, kaku badan - pnye la takut!!! tp Alhamdulillah..jgn bimbang.kami masih selamat!huhuhu..

dan aku suke ms Apai bwk gi tgk Bukit Ampang...pemandangan sgt cantik...aku bley nmpk seluruh bandaraya KL yg bercahaya pd waktu mlm....aku terbayang2 scene dlm citer Sembilu tu, time Erra jumpa ngan Awie, cuma time tu ptg, ni mlm...lagi la cantik....ramai giler org...couple2 apatah lg.masing2 mmbuat 'cerita' dorg.isk isk..

thanx pd apai yg ajak aku dtg UM...sori sbb byk susah kan n ganggu ko...
thanx pd kak nad yg x putus asa masuk ptndgn...sori sbb ubat gigi ko xdpt nk pulangkn! haha (sape suh ko xdtg jumpe aku!)
thanx pd KJ yg belanje aku...sori sbbkan ko tak dpt breakfast kat umah n gi kenduri org kawen..
thanx pd semua...yg temani, yg berkenalan ngn aku.....


aku ngan Incik APAI...dia edit gmbr ni, saje nk aku nmpk "comel"

kesimpulannya,
KAWAN-KAWAN JGN MAKAN KAWAN...
KAWAN-KAWAN JGN JADI LAWAN..
KAWAN-KAWAN HARUS DIPERTAHAN...
KAWAN-KAWAN HARUS DIMUDAHKAN..
BARU LAH KITA BERKAWAN SAMPAI MATI...
SAMPAI TERHENTI

p/s: pic tak upload lg..nnti la aku curi pic drp blog si apai ngan kak nad tu..hehehe (updated: dah curi drp blog apai!! hehe)

Monday, July 13, 2009

Aku TeRPeraNGkaP!!! TOLONG!!!!






tensen!
panas!
busuk!

ape yg aku nak katakan kali ini???...huhuhu...aku nak berkongsi pengalaman yg aku alami sendiri semalam...yang penuh dgn 'air', penuh dgn 'bau' dan penuh dengan 'bunyi'...sib bek 'sentuhan' masih lagi dikawal...hahahaha...ape kah itu???

IJTIMAK DAKWAH TABLIGH 2009!!!

kalau lar korg rajin baca paper, smlm (12 Julai) merupakan hari terakhir berhimpunnya perhimpunan tabligh2 yang jemaahnya datang dari 40 buah negara seperti Rusia, Maghribi, Arab Saudi, Libya, Nigeria, Jerman dan Belanda dan jumlahnya menjangkau seramai 100,000 jemaah!!!! ramai tuh....

dan silapnya aku.....kerana pergi ke Nilai pada waktu itu!!!

betul! aku langsung terlupa tentang perhimpunan tu...aku pergi ke nilai kerana mendapat jemputan 'kecemasan' utk dtg ke kolej praktikal ak itu...so, aku pun pergilah ke sana awal2 pagi sabtu itu...niat hati ingin stay di sana sampai isnin kerana kelas aku pada malam isnin, tp disebabkan aku tak siap lagi report li, aku pun tergesa2 balik JB petang ahad tu gak...rancangnya nak naek tren pukul 5, pastu amek tiket Plusliner ke Jb pukul 6.30...




Tapi.....

argh!!!!! aku terkesima....terpempan melihat lautan manusia di ktm nilai...adoi lar...itulah jemaah Ijtimak yg disebut2...so, aku ngan sepantas kilat meredah laluan menuju ke mesin tiket layan diri...tak sanggup aku beratur pjg giler nk beli tiket kat kaunter...tp, kat mesin ni pun beratur pjg gak...

aku pun beratur dgn khusyuk dan tawaduknya walau dihimpit oleh orang daripada pelbagai negara dan bau...tetiba ade plak makcik kat blkg aku ni, org melayu, dok membebel2 yg kat ktm tu sesak ar...rimas ar..panas ar...bebelan dia dah jd mcm muzik kat telinga aku, tp bingit....dia kol husband dia, suh drive anta dia balik ke UKM tp suami dia taknak..bergaduh plak kat tgh2 org ramai, walaupun dlm enset...adui...




tiba-tiba....berlaku lagi perkara yg tak diduga setelah aku beratur hampir 40 minit...

"Please Use Coins Only" tertera pada skrin mesin tiket tu!!! adoi! aku check wallet aku, ade RM2.10 aje..nk ke Seremban, kena RM2.30...makcik kat belakang aku lagi lar bising tak cukup duit smpai RM1.00...aku tgk dia dok membebel kat belakang dan tiada yg beralah nak bg tukar syiling, aku pun bagi ar makcik tu tukar syiling aku...

ye lar...kalo aku stay kat situ pun, bukan dpt beli tiket gak..so drp tamak, baik aku bagi pada org yg memerlukan..lebih2 lagi makcik tu bising nak kena keje mlm tu...tp..ceritanya tak abes lagi...dapat aje syiling tu, makcik tu trus tolak org yg que kat depan yg tak wat ape2 sbb takde syiling..trus makcik tu terkam ke mesin tu n beli tiket smbil mulut tetap membebel...

pas dapat tiket, makcik tu trus keluar drp stesen ktm tu menuju ke luar..aku pun keluar gak, sbb nak cari tempat nak pecahkan duit utk dpt syiling...aku nmpk makcik tu tergesa2 berjalan laju..aku pk, mungkin makcik tu nk amek beg2 dia kot...tp, rupa-rupanya, makcik tu gi gerai air n beli air kelapa..aduh, sedapnya! haus sgt eh tekak makcik sbb membebel lama2??? huhu


p/s: walaupun aku terpaksa cari tempat lain utk dptkan syiling, tp aku dpt jumpa apa yg aku nak cari... RING BINDING WARNA MERAH!!! yea..yea...bley anta report li!