BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Tuesday, March 23, 2010

GiVe n Take



Berat
Lapang
Hikmah

Apa yang aku nukilkan kali ni??? hurm....penah tak korang dengar istilah 'Give and Take'?? ops, istilah ni tiada kaitan dengan budaya Touch n' Go skrg ni k...tapi ni adalah satu nilai yg perlu dipegang oleh semua...apa lar yang aku karutkan ni ek?? hehehe..jom, kita baca kisah2 benar di bawah.....

cerita 1:
A kelaparan..duit di dalam banknya skrg, cukup2 untuk bayar yuran kalo dia sambung belajar degree..Megi yang berpuluh2 bungkus dalam loker dah abes..jadi, rutin harian A hanya lah balik ke bilik pada waktu senggang antara kuliah, dan take a nap...apabila dia berasa lapar, dia akan minum air sahaja...macamana dia boleh hidup macam tu setiap hari??? sebenarnya, nasib A baik...kalo hujung minggu, emak kepada ZL akan datang melawatnya dan membawa bekal makanan..kemudian, ZL akan sering mengajak A makan bersama walaupun pada masa itu A bukanlah rapat sgt dengan ZL...

cerita 2:
R seorang yang pemalas. sangat2 pemalas. kadangkala, orang lain memang sukar nak memahaminya. R tidak berkira kalo mengeluarkan duit untuk membeli makanan ringan lalu dikongsikan bersama rakan-rakannya. Tetapi, R sangat berkira untuk mengeluarkan duit untuk membeli buku rujukan. Oleh itu, setiap kali ujian atau peperiksaan, R hanya bersandarkan nota-nota kuliah pensyarah yang diberi, dan nota itu pula adalah bersih tanpa contengan kerana R memang malas untuk mencatat ketika kuliah. Namun, ada kalanya, apabila keputusan diumumkan, keputusan ujian R tidaklah teruk malah kadangkala lebih baik daripada orang yang membeli buku rujukan yang mahal...

dah penat baca
dua cerita panjang di atas?? hehehe...so, apa pendapat korang semua terhadap kisah2 benar di atas ni...kenapa ZL berkongsi makanan dengan A walaupun dia tidak rapat, dan bagaimana R boleh mendapat keputusan yang ok w
alaupun dia tidak membeli buku dan malas?? korang tekalah, tapi jawapan sebenar cerita2 ni ada di bawah ni...

situasi pertama:
Pada malam terakhir sebelum kertas peperiksaan terakhir, A bertanya kepada ZL. 'kenapa ko selalu ajak aku makan makanan yang mak ko bagi tu ek? sejujurnya, kita ni takde lah rapat sangat.." balas ZL..

ZL: ko ingat tak A...masa minggu pertama kuliah, aku tak kenal sangat ko lagi masa tu..ko tgh berbaris nak bayar kat kafe. ko tny, "eh, ko ni sama tutorial ngan aku kan?" kemudian, tetiba ko bayarkan air untuk aku. ko cakap, "takpe ar.kita kawan kan.." sejak masa tu, aku dah cakap dalam hati, aku akan balas balik apa yang ko wat. walaupun air tu hanya berharga 60 sen, tapi cara ko yg sanggup bayarkan untuk org yg baru dikenali beberapa hari buat aku terfikir..kalo ko susah, aku akan tolong ko plak...


situasi kedua:

Ketika R sedang berbual2 dengan H (rakannya), tetiba H berkata;

H: aku tak kisah R bila ko dapat markah tertinggi masa ujian td. Walaupun ko takde buku nak baca, tapi ko tetap boleh skor. Sebab, ko tak kedekut ilmu. Bila aku mintak tolong ko untuk ajar aku, ko selalu ajar aku. Sebab tu aku rasa, walaupun ko takde buku nak baca, tapi ko tetap boleh skor sebab ko tak kedekut ilmu macam yang lain yang ada banyak buku dan nota2 lain tetapi hanya pentingkan diri ajer..

ok, cukup cerita2 yang panjang ni...aku tau, korang mesti rasa bosan..tapi ni kisah benar...aku bukan nak mengangkat watak A dan R ni sebagai hero, tap sekadar untuk berkongsi cerita yang aku tahu dengan korang semua..benar, A dan R ni bukanlah sape2...mereka bukanlah manusia yang sempurna..tetapi, A dan R, kadangkala dipermudahkan..kerana mereka mendapat kerana mereka pernah memberi....cuba fikirkan, adakah korang semua dipermudahkan-Nya??


Rasullullah S.A.W. bersabda, "Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta)"
(riwayat Bukhari)

**Teringat bait-bait lagu Imran Ajmain........

"...Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Cukup dengan hanya
Dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala
jadi penerima
Cukup dengan salam
Dan manis doa..."


p/s: bukan tangan doraemon tau!

4 comments:

  1. apapun situasi nya yang penting ikhlas dalam segala hal....tak perlu nak bermegah-megah dengan apa yang kita ader sebab tu seme hanya pinjaman....

    *lagipun berkongsi ilmu dan rezeki tu kan lebih baik....=)

    ReplyDelete
  2. aku tahu sape A dan R tu...ia orang yang sama... H pun aku tahu..dia budak UTM...Zl pun aku tahu...dia budak Utp hahahhaha

    ReplyDelete
  3. sokong Kj (tetibe)

    perlambangan A dan R.. mcm sgt jelas ape..
    gedik aje aku membacanya huhuhu..

    AZrul.. biler nak belanje aku teh o ais 90sen ni...

    ReplyDelete
  4. aainaa: betol2...kalo kita kedekut ilmu, ilmu tak ke mana2...malah, teringat kata Hukama, "sesuatu barang kalau dibelanjakan akan menjadi kurang, air laut kalau ditimba akan menjadi kurang tetapi lautan ilmu, semakin ditimba semakin banyak airnya.."

    KJ: tekaan anda salah. sila beli tiket baru di kaunter untuk mencuba lagi.TQ

    Apai: apsal ko tetiba ter'gedik'???huhuhu
    p/s: aku tunggu ko belanja aku mkn kat hotel 5 star dulu..hohoho

    ReplyDelete