BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Friday, March 26, 2010

PeRemPuan Dan SoYa...

kelakar
tabiat
tertembak

ape yang aku nak cakap kali ni??hurm...kalo lah korang ni pembaca tegar (TIBA2!!! huhu) blog aku, mesti korang tau yang aku ni memang jenis manusia yang suka memerhati dan memikir...huhu..bagi yang kenal aku, dorg tau yang aku ni jenis yang pendiam..YA, PENDIAM!!! errrr...ok2, aku tipu. aku sebenarnya seorg yg banyak cakap... (malu ar nak ngaku..hehehe)...

jadi, aku memang slalu mengusik org yang berada di sekeliling aku...atau bahasa ganasnya, "TEMBAK!"...dipendekkan cerita, dlm kelas aku, aku slalu tgh sorg minah ni acap kali bawak air kotak soya dan minum di dalam kelas...expecially bila kelas Modifikasi Tingkah laku, aku perasan tiap2 kali kelas dia akan terkedek2 datang ke kelas dengan kasut kuning dan seluar zebra sambil pegang beg besar kedabak dan braces sambil memegang air soya dan memakai gelang heksagon kurun ke-11 (pergh..boleh korg bayangkan??? huhuhu)
jadi, aku memang da slalu cop dia ni minah soya la...so, one day, aku yang tengah kebosanan tny kat dia, "LOCENG (bukan nama sebenar) apsal ko slalu minum air soya??"..kemudian, jwb si LOCENG dengan rakusnya, "ellooo...air soya bagus untuk pompuan k! (sambil kepalanya digeleng2..)..air soya ni ada estrogen (err...untuk hormon wanita kan??)..so, sesuai la ngan aku.." then aku tanya dia,


"kenapa sesuai ngan ko?? ko tak cukup hormon wanita??" (bedebushh!!!)

LOCENG tersentap! lalu beliau mengeretap (bukan rentap tau) braces yang dipakainya..."BENCI LAR KAT KO!!!" laung beliau sambil menyedut air soya tersebut...........

... so, aku tertanya2...kalo lah pompuan yang kurang hormon perempuan bley 'kembalikan' hormonnya dengan meminum soya, jd kalo lelaki yang kurang hormon lelaki tu kena minum ape plak??? air tongkat ali?? hohoho...

p/s: suka air Big Gulp!


terKezut!!!

perhatian kepada TUAN-TUAN dan PUAN-PUAN..dimaklumkan bahawa blog ~ AkU DaN SeSuAtu... ~ ini telah menerima satu award daripada Cik Ihan ...


Hadiah yang diterima adalah pakej melancong ke Universal Studio Singapura selama sehari suntuk beserta belanja makan sebanyak rm500...hadiah ditaja oleh Cik Ihan jugak...TQ2

*************************************************************
Hahahaha...kelentong ajer!! bertuah kalo Cik Ihan tu nak belanja makan kat Meranti tu pun..huhuhu...org da ade cik abg la katakan..keh keh keh.. nway, bagi yang terima award ni, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi iaitu

  • Thanks & link to the person that gave you award..
  • Past this award onto 12 blogger's you've recently discovered and think are fantastic..
  • Contact and let them know they've won the award..

tapi, memandangkan aku sangat malas nk tulis lagi pada saat ni, semua yg dtg membaca kat blog aku ni dan mempunyai blog, aku anugerahkan award ni pada korang semua lar!! hahaha...kalo nak hadiah, tuntut pada cik ihan ek..kasi bangkrap sama beliau...hehe


p/s: seronoknya aku da dapat hadiah besday awal dan mahal yang telah dipos laju..suke giler...Thanx ek.. (aku tau, dia mesti bc blog aku nih! hehehe)

Tuesday, March 23, 2010

GiVe n Take



Berat
Lapang
Hikmah

Apa yang aku nukilkan kali ni??? hurm....penah tak korang dengar istilah 'Give and Take'?? ops, istilah ni tiada kaitan dengan budaya Touch n' Go skrg ni k...tapi ni adalah satu nilai yg perlu dipegang oleh semua...apa lar yang aku karutkan ni ek?? hehehe..jom, kita baca kisah2 benar di bawah.....

cerita 1:
A kelaparan..duit di dalam banknya skrg, cukup2 untuk bayar yuran kalo dia sambung belajar degree..Megi yang berpuluh2 bungkus dalam loker dah abes..jadi, rutin harian A hanya lah balik ke bilik pada waktu senggang antara kuliah, dan take a nap...apabila dia berasa lapar, dia akan minum air sahaja...macamana dia boleh hidup macam tu setiap hari??? sebenarnya, nasib A baik...kalo hujung minggu, emak kepada ZL akan datang melawatnya dan membawa bekal makanan..kemudian, ZL akan sering mengajak A makan bersama walaupun pada masa itu A bukanlah rapat sgt dengan ZL...

cerita 2:
R seorang yang pemalas. sangat2 pemalas. kadangkala, orang lain memang sukar nak memahaminya. R tidak berkira kalo mengeluarkan duit untuk membeli makanan ringan lalu dikongsikan bersama rakan-rakannya. Tetapi, R sangat berkira untuk mengeluarkan duit untuk membeli buku rujukan. Oleh itu, setiap kali ujian atau peperiksaan, R hanya bersandarkan nota-nota kuliah pensyarah yang diberi, dan nota itu pula adalah bersih tanpa contengan kerana R memang malas untuk mencatat ketika kuliah. Namun, ada kalanya, apabila keputusan diumumkan, keputusan ujian R tidaklah teruk malah kadangkala lebih baik daripada orang yang membeli buku rujukan yang mahal...

dah penat baca
dua cerita panjang di atas?? hehehe...so, apa pendapat korang semua terhadap kisah2 benar di atas ni...kenapa ZL berkongsi makanan dengan A walaupun dia tidak rapat, dan bagaimana R boleh mendapat keputusan yang ok w
alaupun dia tidak membeli buku dan malas?? korang tekalah, tapi jawapan sebenar cerita2 ni ada di bawah ni...

situasi pertama:
Pada malam terakhir sebelum kertas peperiksaan terakhir, A bertanya kepada ZL. 'kenapa ko selalu ajak aku makan makanan yang mak ko bagi tu ek? sejujurnya, kita ni takde lah rapat sangat.." balas ZL..

ZL: ko ingat tak A...masa minggu pertama kuliah, aku tak kenal sangat ko lagi masa tu..ko tgh berbaris nak bayar kat kafe. ko tny, "eh, ko ni sama tutorial ngan aku kan?" kemudian, tetiba ko bayarkan air untuk aku. ko cakap, "takpe ar.kita kawan kan.." sejak masa tu, aku dah cakap dalam hati, aku akan balas balik apa yang ko wat. walaupun air tu hanya berharga 60 sen, tapi cara ko yg sanggup bayarkan untuk org yg baru dikenali beberapa hari buat aku terfikir..kalo ko susah, aku akan tolong ko plak...


situasi kedua:

Ketika R sedang berbual2 dengan H (rakannya), tetiba H berkata;

H: aku tak kisah R bila ko dapat markah tertinggi masa ujian td. Walaupun ko takde buku nak baca, tapi ko tetap boleh skor. Sebab, ko tak kedekut ilmu. Bila aku mintak tolong ko untuk ajar aku, ko selalu ajar aku. Sebab tu aku rasa, walaupun ko takde buku nak baca, tapi ko tetap boleh skor sebab ko tak kedekut ilmu macam yang lain yang ada banyak buku dan nota2 lain tetapi hanya pentingkan diri ajer..

ok, cukup cerita2 yang panjang ni...aku tau, korang mesti rasa bosan..tapi ni kisah benar...aku bukan nak mengangkat watak A dan R ni sebagai hero, tap sekadar untuk berkongsi cerita yang aku tahu dengan korang semua..benar, A dan R ni bukanlah sape2...mereka bukanlah manusia yang sempurna..tetapi, A dan R, kadangkala dipermudahkan..kerana mereka mendapat kerana mereka pernah memberi....cuba fikirkan, adakah korang semua dipermudahkan-Nya??


Rasullullah S.A.W. bersabda, "Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta)"
(riwayat Bukhari)

**Teringat bait-bait lagu Imran Ajmain........

"...Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Cukup dengan hanya
Dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala
jadi penerima
Cukup dengan salam
Dan manis doa..."


p/s: bukan tangan doraemon tau!

MeraJUk???


Lama
Sunyi
Senyap


Apa yang aku nak tuliskan kali ni???hurm....sangat LAMA....ya, lama....aku tak meng'update' blog ini...bukan kerara bz sgt (kononnya..), dan bukan juga kerana malas (aku seorang yg rajin ;P) ..tetapi kerana aku merajuk! YA!! aku seorang blogger yang merajuk!

Rileks...aku merajuk bukan kerana kritikan atau ape2 sahaja kata yang wujud (sebab aku dilahirkan semulajadi menjadi pengkritik! hehehe..teringat Din slalu ckp yg aku ni Paul Moss bilamana aku menegur assignment dia dulu2...huhu) Tapi, aku merajuk kerana setting pada blog ni yg memang 'membunuh' jiwa kreatif aku (TIBA2!!! hahaha)..


Hari ni, aku tetiba tergerak hati nak tgk blog aku semula..bukan pe, ada membe anta sms pg td, tny aku ada bukak blog dia atau tak..namun, kalo blog sendiri pun kita tak bukak, ni kan plak blog org lain kan ????..so, bila aku tanya kenapa, dia kata sib baek..disebabkan aku memang jenis yg 'kurang' sabar bab2 rahsia ni, so aku pun gigih bergerak ke library (ini adalah kali ke-8 aku pergi ke library semenjak 3 tahun belajar di sini..kuikui)..tiba2, "ada seru menyatakan.." (bak lagu Siti Nurhaliza..huhu), aku pun 'ter'bukak blog aku...

eh eh! follower da bertambah! adoiya..aku da wartakan pun b4 dis yg blog aku telah dihentikan, tp ada plak la yang follow...then, aku dapati, setting blog pun da elok kembali!! namun, paling mengujakan, pergh, tak sangka gak la...ada plak yg rasa apa yg aku tulis menarik lantas di post pada blog beliau.. rujuk sini


pergh, malu plak terasa bila penulisan kita dapat menarik perhatian..huhuhu..ok, back to the discussion...anyway, ada gak yang mintak aku sambung semula penulisan aku..ntah la..aku ni memang tak reti nk tulis sket2, so aku ni sangat la bersimpati pada readers yg menbaca dgn lelah ini..so, dgn ini saya mengisytiharkan...

JOM SAMBUNG SEMULA MENULIS!!!!


hehehe...banyak benda nak citer ni..tp satu-satu dulu la ek...huhuhu..

p/s: oh ya..perlu bersiaran dari Perpustakaan kerana laptop rosak..sob sob..melayang rm500..