BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Showing posts with label romantik. Show all posts
Showing posts with label romantik. Show all posts

Sunday, November 29, 2009

UsaH RaGu deNgan Takdir....


tanya sang hati...sampai bila perlu menanti...
arjuna bicara, hanya takdir penentu segala...

benar...
mereka bukan lagi cerita 5 tahun lalu...
benar...
mereka bukan lagi penglipur yg sama 5 tahun lalu...
kerana detik berlalu mematangkan mereka
untuk melalui landasan hidup dan haluan
namun
mereka sendiri tahu
bahawa rasa ini masih sama seperti 5 tahun lalu
cuma seringkali dilelahkan
dengan pelbagai keletah dan kekhilafan tafsiran

ada tika
mereka acap kali mengungkap
"rasa ini amat menyakitkan..."
"semoga perhubungan ini terjalin di akhirnya..."
"andai jodoh tercipta untuk kita, kita pasti akan bersama..."

arjuna tahu sang hati bermuram durja
arjuna tahu sang hati terasa terasing
arjuna tahu sang hati kesepian
hati yang terguris....moga lenyap sendirinya
hati yang sedih....moga terbit senyumannya
hati yang sunyi....moga yakin disisinya

bukan usia alasannya...kerna ia hanyalah angka utk berkata-kata
bukan masa sebabnya...kerna detiklah mematangkan mereka
bukan hati ujarnya....kerna telah terikat pd satu lafaz
cuma seringkali diri arjuna terasa kerdil
untuk melayangkan sebuah kehidupan impian sang hati
tapi dititipkan kesetiaan sehingga ke hujung waktu
dan keredhaan
andai cerita ini hanya satu momen indah
yg tiada berpenghujung
dan tidak mampu lagi dinanti sang hati

haluan ini terasa panjang
terasa pedih....membiarkan sang hati sebegini
terasa getar....mencipta ilusi yang diimpi
terasa lambat....membuka lintasan memahkotakan sang hati

tanya sang hati...sampai bila perlu menanti...
arjuna bicara lagi, hanya takdir penentu segala...



Lirik Cinta Terakhir - Aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Korus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang korus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ulang korus

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman


Sunday, April 26, 2009

BuKan SekaDaR LuaRan???

ini bukan iklan syampu......

hahaha...mlm ni aku still lg menghabiskan masa study aku dgn menonton TV..abes lar paper OSHA isnin nih..huhuhuhu..tp kali ni, bukan drama tp filem..bukan filem Melayu tp filem Inggeris...ntah, tadi takde mood nak study, aku pun membawa diri ke bilik tv sbb nak tgk midnight movie kat TV3 (aku punya TV3 tak clear dlm bilik..antena murah sgt kot..huhuhu)..Tajuk citernya, HEAD OVER HEELS....

masa aku tgk tajuk dia dlm sokabo ptg td, aku tak berminat pun, sbb ingatkan citer berat dan klasik2 tuh..tp, masa aku kuar mkn mlm td, aku terlihat iklan filem ni kat TV..ehh, citer romantik ker??..so, aku pun menidurkan diri selepas mkn (jgn ditanya mengapa terjadi) dan bangun2 tgk menghanyutkan diri ku ke lautan TV...

citer dia ringkas...bertemakan KOMEDI ROMANTIK...antara pelakon2 dia, aku hanya kenal hero ajer iaitu Freddie Prinze Jr. (ala, suami Michelle Gellar tuh..sama2 jatuh cinta masa berlakon citer I Know What You Did Last Raya..ehh, Last Summer!)..yg lain2, aku tak kenal even heroinnya pun..mula2 ingatkan heroin tu Christina Applegate, tp rupanya bukan..nama dia Monica Potter (confirm tak berlakon dlm Harry Porter)...ni lar sinopsis citer dia...

"....A romantic comedy in which things aren't always what they appear to be..."

"...Amanda Pierce (Monica Potter) is living the high life in New York city. She's an art restorer at the Metropolitan Museum of Art, and she's even lucked into a luxurious East-Side apartment with four gorgeous supermodels as roommates (Tomiko Fraser as Holly, Shalom Harlow as Jade, Ivana Milicevic as Roxana and Sarah O'Hare as Candi). The only thing missing in her life is a man who will be true to her. But then she meets Jim Winston (Freddie Prinze Junior), at last a guy who may not cheat on her. There's only one problem - Jim may be a lady-killer, literally.

He seems to be the fulfilment of Amanda's unanswered prayers... until one night when the girls spy him commit what appears to be a cold-blooded crime. Amanda's life begins to dizzily unspool as she and her four loopy roomies take to the streets of Manhattan as second-rate sleuths to solve the naughty business next door, staying one step ahead of trouble and in step with the latest style..."


Citer dia memang kelakar pd mulanya..tp bila dah masuk pertengahan, mulai saspen sbb Amanda syak yg Jim ni pembunuh..dan akhirnya, ada babak2 aksi yg sgt melucukan..filem ini sealiran dgn filem blockbuster, Miss Congeniality lakonan Sandra Bullock..bezanya, citer Miss Congeniality pasal Ratu Cantik, tp citer Head Over Heels ni pasal seorg pompuan naif yg lurus terhadap cinta dan tinggal serumah dgn 4 org model....

nway, cerita ini temanya sgt mudah...Jangan berputus asa dlm mencari cinta kerana pasti ada cinta yang sesuai akan datang pada saat 'lutut" kita lembik (???) berdepan dengannya dan jangan hanya menilai seseorang pada luaran sebaliknya nilailah seseorang pada dalaman kerana ia lebih indah...pergh..berfalsafah cinta plak aku pg2 berembun ni...

satu persoalan aku tinggalkan....
adakah cinta adalah tiket untuk kita bersifat terus-terang akan segalanya?


p/s: rabu mlm ni pukul 10 kat TV8, ada citer House Of Wax..suka sgt citer tu..ngeri ditambah2 pulak Paris Hilton turut berlakon..huhuhu



Ni la poster filem tu..ditayangkan pd tahun 2001..alahai, zaman aku budak2 lg




ni la heronya...dia ni blakon citer Scooby Doo gak tau..




"amanda" tgh mengendap...pergh, entah2 aku ni pun dihendap pompuan gak kot?huhu




Amanda meng'ayat' Jim..masa tu, lutut Amanda tgh lembik..kuikui, kantoi!



Amanda dan "4 models," not dwarfs...yg maner nk pilih ek?hurmm..