BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Showing posts with label filem best. Show all posts
Showing posts with label filem best. Show all posts

Thursday, November 12, 2009

LaPar!!!!! TaPi Nak YaNg MANe eh???


tensen...
takde mood...
mengiurkan...

Apa yang aku cakapkan ni??hurmm...NAK BALIK KAMPUNG!!! esok adalah hari terakhir final examination aku...kertas Ergonomik...walaupun berdebar2 dan terasa bingung nak abeskan semua ni, tapi HIDUP MESTI DALAM BLUES......wakakaka...

so, selepas paper OD selasa lalu, aku mmg dalam ketiadaan mood..apa2 yg nak dibuat serba tak kena...jadi, sepanjang ptg selasa sampai rabu aku takleh nak study...memandangkan semalam adalah hari Rabu, jadi aku pun gi ke U-Mall...eh, taktau hubungan hari Rabu dgn U-Mall?? ala, slow tul..mesti lah TGK WAYANG!!!

smlm, tygn cerita yg ada tidaklah memberangsangkan sgt...aku teringin sgt2 nak tgk Phobia 2, sbb aku mmg suka citer seram2 ni (rujuk entri sebelumnya jika taktau minat ak..haha)..tp memandangkan citer tu baru kuar, so harga tiket mahal lagi. so, aku pilih la citer;

CLOUDY with a chance of MEAT BALLS !!!



Citer ni berkenaan Flint Lockwood, iaitu seorang pereka yang bercita2 utk mencipta peralatan yang hebat..namun, setakat ini dia hanya mencipta hasil2 yang gagal...pada satu hari, ketika majlis pembukaan bandar sbg pusat pelancongan, Flint mencetuskan kucar-kacir yang menyebabkan mesin memproses makanan daripada air ciptaannya terbang ke langit...tiba2, pelbagai jenis makanan yang diminta seperti burger, stik, ice-cream, pancake dan lain2 jatuh drp langit bagaikan hujan, malah sebanyak 3 kali sehari...tetapi, semakin menghampiri tarikh pembukaan bandar baru sebagai pusat keajaiban makanan, masalah mulai timbul..apakah masalah tersebut? dan dapatkah Flint mengatasinya? saksikannya di pawagam sekarang!!!!


apa yang menarik ttg filem ini, adalah kelaziman lawaknya yg sgt pecah perut..terutamanya watak Brent, iaitu bekas model bayi yang menjadi maskot produk utama bandar tersebut iaitu ikan sardin, tetapi tetap bergantung kepada kemasyhuran zaman bayi nya sehingga lah dewasa...giler kelakar watak ni tau...selain itu, watak ayah Flint yg tak reti meluahkan perasaan sebenarnya tetapi gemar menggunakan kiasan memancing; juga kelakar dan kadang2 kasihan...


tapi sebenarnya, yg buat aku paling teruja, adalah dgn setiap pembelian tiket, akan dapat sekeping kertas uji bau...pada kertas itu, macam2 bau bley dihidu tau..hahaha..sgt seronok! just scratch and sniff, akan ada bau ice-cream pudina, syrup pancake, cheese dan ikan mentah (yucks!!)..malah, pada meatball tu ada bau daging tau...huhu...suka giler!


tetapi, nasihat aku pada siapa2 yg belum tgk dan ingin tgk citer ni, SILALAH MAKAN DULU SBLM TGK tau...sbb, kalo da tgk, mmg terasa sangat2 lapar...aku paling tak tahan skali pada babak makanan yg turun drp langit adalah ICE-CREAM!!! so, bila bangun pagi, seluruh bandar jd ice-cream...GILER AH! SANGAT MENYELERAKAN! sbb tu, lepas abes tonton citer ni, aku trus gi Giant beli ice-cream sbb da terliur sgt..hahaha

aku bagi citer ni 8/10 bintang...walaupun citer ni kurang kelakar berbanding ice-age 3, tetapi lagi best tau berbanding UP..hehehehe..oh ye..masa promo, aku sgt tertarik pada satu citer iaitu Planet 51..aku rasa, citer tu berkaitan, seorang angkasawan Bumi yg menjelajah ke planet lain..tika dia memacakkan bendera negara dia sbg bukti penjelajahan dia, rupa2 nya planet itu adalah berpenghuni!! malah, dia memacakkan bendera di laman rumah sebuah keluarga, yg sedang menikmati barbeque!! saksikanlah...apa yg berlaku, apabila manusia dianggap sbg alien di planet asing!!



ni keluarga planet 51 yg tercengang, lihat "seorang" alien sedang memacakkan bendera di laman rumah dorg!! confirm kelakar!!!


p/s: jiran da ajak tgk 2012 bila balik nanti...tp, membe2 nak tgk gak esok...taktau nak tgk dgn sape!


Sunday, November 8, 2009

DEsaKaN ALaM?????



terfikir...
terharu...
tergeletek...

apa yang aku coretkan kali ni??hurm...aku baru saja usai menonton satu filem di Tv2...ditayangkan pukul 4 ptg tadi (so, daripada sini korang pun bley tau yg aku mmg post entri sejurus pas menulis...bukan setting2 masa tau...)...apa yg best pasal citer ni sampai aku nak tulis dalam blog ni??? well, aku ni bukanlah jenis yg akan menonton wayang terbaru di pawagam..kalo tonton pun, biasanya dua minggu kemudiannya, kecuali kalo 'terpaksa' tgk atau 'dipaksa' tgk..hehe...so, aku sgt gemar menonton filem yg ditayangkan di TV, walaupun aku da tgk satu-satu citer tu. Sbb?? bila tgk di Tv, feel dia lain (ala, mcm kalo korg tgk kat wayang la. eventhough bosan+penat+ngantuk, korg sanggup layan gak taknak tido sbb da bayar tiket.hahah)....so, ape citer nya???

Dun Worry!! aku bukan nk citer pasal citer thriller seram (FYI, aku sgt2 gemarkan citer thriller dan seram..so, kalo nak ajak aku tgk wyg, citer2 mcm ni aje yg sgt menerujakan aku...hahaha)..walaupun mlm smlm aku tgk citer Seed Of Chucky di Channel tv5 Singapore, tp aku bukan nak citer pasal filem tu...aku nak citer filem yg ditayangkan di channel negara kita ajer...filem : Forces of Nature...lakonan, antara pelakon faveret aku, Sandra Bullock dan juga Ben Affleck...

sinopsis ringkasnya macamani:-

Ben Holmes (Affleck) merupakan seorang penulis 'ringkasan' — iaitu orang yang bertanggungjawab untuk menulis pengenalan ringkas pada lengan buku-buku kulit keras. Ketika dia dalam perjalanan ke Savana, Georgia untuk perkahwinannya dengan Bridget (Maura Tierney), Ben yang mempunyai kebimbingan untuk menaiki kapal terbang mulai takut. Ia berbeza dengan Sarah (Bullock), yang duduk di sebelahnya namun sangat teruja. Pada saat berlepas, seekor burung terbang masuk ke dalam salah satu daripada enjin-enjin itu, menyebabkan flameout. Walaupun terselamat, tetapi Ben sudah tidak berani untuk menaiki kapal terbang. Oleh itu, dengan berat hati dia bersetuju untuk mengembara dengan Sarah, yang juga ingin pergi ke Savana secepat mungkin.

Semasa dalam perjalanan mereka, pelbagai perkara berlaku yang menyukarkan perjalanan mereka— daripada tersilap menaiki koc keretapi, sehinggalah terperangkap dalam hujan ribut (sbb itu filem ini dinamakan sedemikian). Bagaimanapun, Ben tertarik hati dengan semangat Sarah yang kuat, dan mula merasakan satu hubungan wujud antara mereka.Apabila mereka semakin dekat dengan destinasi, Ben mulai tertanya-tanya sekiranya dia membuat pilihan tepat dengan menikahi Bridget, atau dia harus membiarkan sahaja nasibmya bersama Sarah, yang mempunyai rahsia tersendiri...apakah pilihan Ben? dapatkah mereka sampai ke Savana pada masanya? dan apakah rahsia Sarah?? tontoni lah di pawagan berhampiran...hahaha


haha...macam tu la lebih kurang citer dia...citer ni adalah romantik komedi..kuar tahun 1999...ape yg aku suka pasal filem ni?? pertamanya, sbb aku suka lakonan Sandra Bullock...dia mmg A class actress kalo filem2 komedi romantik ni...tgk la lakonan dia dlm Miss Congeniality dan juga The Proposal...sgt menarik hati aku...keduanya, ia adalah filem komedi romantik..yg aku agak suka gak...dan ketiga, ia tentang membuat keputusan dalam kehidupan...

apabila kita membuat keputusan mengenai cinta....ia adalah sesuatu yg sangat sukar...kita tertanya2...apakah kita benar2 mencintainya? adakah dia yang tercipta untuk kita? adakah hati kita hanya untuk dia dan tiada lagi yang akan kita serahkan? dan adakah kita masih akan tersenyum bersama dia apabila 20 tahun akan datang menjelang..........itu lah persoalan yang dibangkitkan di sepanjang perjalanan cerita ni...

namun, babak yg paling aku suka adalah ketika hujan ribut melanda majlis perkahwinan itu... kelam-kabut majlis tu...sampai khemah2 berterbangan....keadaan tu mirip peristiwa yang berlaku tahun lepas...smasa aku menyertai program di Kampuang Orang Asli Kuala Masai, Johor...ketika kami sedang membuat program bersama anak2 di sana, ujan agak lebat..tp demi mengikut jadual dan memanfaatkan masa yang ada bersama org2 Asli di sana, jd kami pun teruskan aktiviti...

tiba2, semasa Rusli sdg khusyuk membuat demo aktiviti, tetiba tanpa disangka angin kuat bertiup....sampai khemah yang kami guna utk aktiviti hampir terbang...anak2 orang Asli menangis, dan dibawa ke dlm surau...org2 Asli lain bertempiaran berlari ke rumah masing2 sbb hujan lebat disertai ribut...aku berpaut pada tiang khemah...pegang supaya ia tak terbang...angin sangat kuat...seluruh badan aku basah...kami di setiap penjuru tiang, tak dapat nampak jelas sbb hujan lebat dan... sepenuh tenaga utk pegang khemah tu...

tiba2 jugak, ada org jerit, "Ada orang jatuh!!!" aku yg pd mulanya ingat hny jatuh biasa, rupa2nya dia pengsan...dan BERDARAH!! ramai berlari ke arah org Asli tu, dan terkejut..Kulit dia terkoyak di muka...kami angkat dia ke sebuah rumah terdekat...dan ketika itu, Radzi sebagai hero PBSM dtg dgn peti kecemasan...mulut org Asli tu berbuih-biuh..rupanya dia sawan! sangat mencemaskan....slps hujan reda, kami sangkakan penduduk2 di sana akan tidak terlibat dgn kami lagi..

tetapi, kami tersilap...sebaik hujan berhenti, ada anak2 org Asli dtg ke khemah (yg berjaya diselamatkan) dgn berpakaian baru...menunggu utk aktiviti seterusnya...dan ibubapa mereka juga dtg utk menyertainya...kami sgt terharu dan berbangga dgn apa yang berlaku...jd, kami pun teruskan program spt biasa...membuat aktiviti sukaneka, dan ia mmg sgt menyeronokkan..walaupun enset2 aku rosak pd masa tu sbb dimasuki air, tp itulah kenangan yg aku tak akan lupakan smpai bila2....

oleh itu, apabila aku tgk citer td, aku sgt terkesan dgn babak yg dipaparkan...tp, jika diketepikan aspek individual aku, filem ini sgt menarik..terutamanya dialog terakhir yg diungkapkan oleh Ben Affleck pd akhir cerita...apa dia?? korang tgk la sendiri k...bley download kat Torrentz kot...huhuhu...

"Percintaan itu satu beban....namun, ia membawa nilai keselamatan berbanding hidup keseorangan...Apabila beban itu disingkir, kemanisan dan rasa penghargaan menghampir...Cinta membawa penghidupan, juga membawa ketakutan...pilihan tiada sempadan"


p/s: sedang menonton Devil Wears Prada di Channel Tv5 singapore...tp baru siap download Bride of Chucky (a.k.a Child's Play 4)..argh, macamane nak studi ni!!!! susahnya subjek nih!!!! fokus takde plak!

Tuesday, April 28, 2009

Say No To ClicHe !!


apekebenda nya cliche tu ek??
aku dah agak.
mesti ada gak readers yg akan tertanya2 pebende cliche tu..
meh masuk ke kelas Bahasa Melayu encik Roy (bukan akoo da ek Fairuz..huhu)

Cliche dalam bahasa Melayu nya adalah klise.
Pasti anda pernah dgr klise tu kan? tp pebende gak tuh?

Menurut Kamus Dewan edisi ke-3 yang sy cilok daripada perpustakaan asrama sy dulu:-
Klise adalah tiruan atau ungkapan yg sudah terlalu sering digunakan hingga tidak lagi terdapat keistimewaannya atau kesannya.
Dah tu, apa plak yg klise nya??

Rileks, rileks..ni lar yg aku nak citer nih..

Korang biasa tak tgk iklan sesuatu rancangan? takpun iklan ape2 benda la pun...biasanya, kita akan disogokkan dgn seribu kebaikan atau kehebatan sesuatu produk tu kan?? mcm filem Sepet. aku tertarik nak tgk filem arahan Yasmin Ahmad tu sbb filem tu menang byk anugerah kat festival antarabangsa...tp, kali ini aku pelik. pertama kali diuar-uarkan dgn cara sebegini. SONGSANG!

ehh......ni bukan psl hubungan songsang. apatah lg nak promote filem Anu Dalam Botol yg aku tak tertarik langsung nak tgk, sbb penerbitnya yg tak meyakinkan langsung kualiti filemnya sblm2 ini..ni pasal iklan untuk tygn Wednesday's Popcorn 8TV esok (29/04/09), citer House Of Wax !!!


Poster Filem nih..penah jd wallpaper laptop aku selama hampir 4 bulan sblm ditukarkan ke gambar Shrek 3.hehe


pergh..aku mmg suka filem2 camni..aku penah tgk filem ni sekali..kat TV3..taun lepas ditayangkan kot, tp "byk" giler potongan..geram aku sbb tersekat2 jalan cerita dia..cerita dia mmg thriller ah...ehh, jap! aku nak citer pasal iklan 8TV ni dulu lar!!!

buat pertama kalinya, aku disajikan dgn "keburukan" filem yg hendak ditayangkan sbg daya penarik..mula2 iklan tu, dia letak gambar Paris Hilton. Paris Hilton? saper tuh? kalo taktau, mmg korg buta seni lar..huhuhu


Inilah dia Paris Hilton...tak kenal lg?? isk, problem tuh...


walaupun Paris Hilton tu hnyalah watak sampingan dlm filem keluaran tahun 2005 tu, tp aku tak pelik dgn strategi TV8 utk tonjolkan dia lebih2, tp yg aku peliknya dgn label yg diberikan...iklan tu paparkan "award" yg telah dimenangi oleh Paris Hilton dlm filem tu iaitu; menang anugerah kategori Pilihan Babak Jeritan dalam Filem dalam Teen Choice Award dan gak, menang kategori Pelakon Wanita Pembantu Terburuk dalam Razzie Award (kontra kpd Oscar, diadakan sehari sblm Oscar. bertujuan utk "mengiktiraf" karya2 yg buruk)

tu lar yg aku tersangat2 pelik...ni kali pertama aku tgk iklan, yg daya penarik nya adalah "keburukan" produk itu..tp, yg "buruk" tu Paris Hilton ajer tau..filem ni best..tak sabar nak tgk esok..pergh, berdebar2 aku menanti tayangannya walaupun pg khamis tu aku ada exam..huhu..takpe2. demi 'filem tayangan tempatan', aku akan support dgn sepenuh jiwa raga! ceewaahhh..hehehe


geng-geng tgh renung bandar lilin.."ada tak patung lilin Fairuz Selamat tu ek? nak suh dia nyanyi satu lagu ar"..hohoho


cerita nya pasal aper? lar...takkan korg taktau kot...pasal sekumpulan 6 org pelajar yg dlm perjalanan nak gi tgk American Football..pastu, kereta (ker van??) dorang rosak. dorang berhenti kat satu bandar yg sangat misteri, yg terdapat sebuah Muzium Patung Lilin yg sgt terkenal...namun, bahaya menjelma apabila mereka mendapati bahawa dua beradik yg menjaga muzium itu adalah pembunuh, yang melilinkan manusia sebenar utk menjadi patung! dapatkah mereka menyelamatkan diri??? atau adakah mereka juga menjadi patung lilin di dalam muzium itu??? sama-sama kita saksikan...


barisan pelakon-pelakonnya...agak2nya, siapa Master of Wax ek??? shui...


hero filem nih..patutnya aku yg jd sbb body aku lg tough n lawa drp mamat nih..tp aku tolak sbb kena buka aurat..takpe lar, takde rezeki...huhu


jgn lupa temujanji kita: TV8, 10.00 malam :- House Of WAX


p/s: kalo ader patung lilin Paris Hilton, aku chop dulu tau....hehehe


Spoiler-spoiler Filem nih! Jgn tgk kalo nak saspen esok!!




salah satu geng dorg dah jadi lilin..."ehh, mirip lar muka ko ngan kwn aku!!"


akibatnya...SAH! memang tu kwn dia yg di'lilin'kan...eii...ngerinya..


Paris Hilton yg ketakutan dikejar pembunuh.."dorg ni, kalo nak tape aku, gi la beli..mane bley free.marah Rick Solomon nanti"...huhu


"tu lar...kedekut sgt tape ko..mcm la 'hebat' sgt! Kim Kardashian punya lg 'power' tau"..kuikui



aku lah pembunuh yg tampan lg bergaya...sama tak ngan makhluk berbulu yg giler tu??hehe..ops!