BeRape RamAi BaCa BLoG aKoo Nih???

Showing posts with label Tentang Cinta. Show all posts
Showing posts with label Tentang Cinta. Show all posts

Wednesday, January 6, 2010

FRuST.......VS BaHaGia?



Sakit
Simpati
Keliru

apa yang aku nak bebelkan kali ni??hurm....org2 tua kata, dalam kehidupan berpacaran. bahagia dan putus cinta adalah biasa...Ibarat langit biru yang kelihatan, ada tikanya kelabu yang kunjung jua...Hanya mereka yg pernah putus cinta, akan tahu betapa peritnya hati ini bila harapan yg kita bina musnah sama sekali...Kala ini teringat aku pada kata-kata pujangga, " Sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.."

Kenapa tetiba aku tulis pasal putus cinta ni??aku ker?? ohhh TIDAK!! korang jgn cepat sgt cop aku ni jiwang...Mlm smlm, kwn aku putus cinta. Aku sgt simpati pada dia.. Selama ni, mcm2 cabaran dlm perhubungan dorg..tetiba, mlm smlm pompuan tu bagitau dia yg dia tak penah cintakan kwn aku ni!!! eh, hello! dah setahun lebih dorg sama2 berpasangan, then bila pompuan tu dah abes belajar, tetiba kata tak penah cinta??? selama ni kawan aku ni ape?? teman dia tika kat u ni aje ker???



Hati kwn mana yg sanggup tgk kwn sendiri kecewa...Mata kwn mana yang sanggup melihat kwn sendiri sengsara..Nasib lah, dia dok di bilik yg ada roomate dan kwn2 sekelas di bilik sebelahnya..sekurang2nya, ada kwn2 yg dpt tenangkan dia dan mendengar keluhan dia..kalo lah dia dok di bilik single mcm aku ni, dah la jauh drp kwn2 mlh terpencil plak; aku tak tau la apa yg dia akan buat...

Baru2 ni pun, kwn pompuan aku dok tepon aku smbil tersedu2 citer dia putus cinta...ops, satu amaran kpd smua, kalo lah korg nk luahkan citer psl korg putus cinta kat aku, better korg bersedia la..sbb, aku akan marah habis2-an kat diri korg tu..Sbb ape? Sbb bg aku, korg yg bodoh utk menangis kerana lelaki/pompuan yg tinggalkan korg tu...Aku tau la korg dlm kecewa, tp bilamana korg menangis sbb 'dia' tu, itu lg buruk terpalit pd diri korg..spatutnya, pd saat ni, korg ingat smula apa baiknya bilamana korg tak lg bersama...yg pasti, korg tahu korg tak sia2 kan hidup korg utk seseorg yg tak selayaknya menjadi istimewa dlm hati korg...

Semua tahu, cinta itu besar kuasanya...Ada ketika, cinta itu mematangkan seseorg..dan ada waktunya, cinta itu menghilangkan kewarasan fikiran...Pujangga berkata, "Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintai."




aku bukan letih mendengar cerita putus cinta...aku bukan sedih merasai kecewa hati yang putus cinta...aku bukan lelah menuruti butir episod putus cinta...Tapi aku mahu, mereka tahu, aku tahu..."Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika..."



Aku acap kali menelaah 'kitab' cinta ku..buku Tentang Cinta: tulisan Pahrol Mohd Juoi...pemberian daripada seseorg kpd ku; yang aku tahu ia sbg tanda ingatan, sbg perkongsian ilmu, sbg curahan rasa...dan inilah satu fragmen yg byk mengubah pandanganku, utk muhasabah bersama...

********************************************************************

Anda telah sedia utk bercouple jika:
Niat anda memang utk berkahwin dgn 'si dia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara
Sebaliknya anda belum bersedia utk bercouple jika:
Niat anda hanya utk suka-suka atau hanya ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata

Anda telah bersedia utk bercouple jika:
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri utk tidak terlibat dgn perkara2 yang diharamkan oleh agama spt berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tgn dan melakukan tindakan2 yang membawa kpd 'muqaddimah' zina
Sebaliknya anda belum bersedia utk bercouple jika:
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan utk menahan diri drp melakukan perbiatan2 negatif spt berpegangan tgn, menyentuh dan...dot-dot

Anda telah bersedia utk bercouple jika:
Sudah 'lepas' ilmu fardhu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yg baik dlm pengajian anda, atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap
Sebaliknya anda belum bersedia utk bercouple jika:
Masih kandas ilmu fardhu ain. Mengaji Al-Quran pun lintang-pukang dan punya masalah besar dlm pelajaran, atau anda adalah penganggur yang masih tercari2 pekerjaan

Anda telah bersedia utk bercouple jika:
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya-upaya menjadi muslim dlm erti kata yg sebenar
Anda belum bersedia utk bercouple jika:
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang2, puasa pun kadang2...aduhai

(petikan drp buku Tentang Cinta: Pahrol Mohd Juoi)


*******************************************************
p/s: cinta yang sejati adalah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan