Aku bukan nak berjiwang..bukan jugak nak bermadah...cuma by this moment, i just need a medium to express my feeling...
Aku pun tak tau kenapa...tiba-tiba je leh berlaku..sedang aku sebuk melayan facebook, seperti pemain (bukan peminat k! huhu) farmville yg lain, aku asyik membuka wall org lain..dgn harapan ada la ape2 animals ke, materials ke yg leh claim...then suddenly, aku terbuka gambar kat profile akak aku..dia ada letak gambar kawen dia, tak silap aku 3 taun yg lepas (hahaha...aku bukanlah seorg adik yang teruk walaupun ak tak ingat bila kakak aku kawen.cuma adat lah.lelaki mmg tak ingat tarikh2 nih..hohoho..tipikal sgt excuse ni kan?jeng jeng jeng..)
the 1st pic, ok la..gambar time dia ngan husband dia berarak..aku tgk pun sbb nak cari, ade aku tak dlm gmbr dia tu.but, HAMPA!! takde aku...so, aku tekan next..kuar lah gambar dia time akad nikah kat masjid.aku cari2, still takde aku gak...HAMPA KUASA DUA = HAMPAXX....smbil mata2 aku merayau tgk pic tu, aku ternampak satu susuk org tu..daripada blkg..walaupun tak nampak muka, tapi nampak la belakang and tepi dia sket...He is my Late Father...
Aku tgk pic tu, tetiba dada aku jd sebak...and suddenly mata aku berair (wahhhh...at that time, aku dah tak pk psl ego dah..sbb it was a reflex)...aku tutup page tu, but air mata aku still mengalir..and aku terawang2 cuba mengingat tarikh...hari ni, dah 10 bulan ayah aku meninggal dunia..to make it clear, he was my step father...but for me, he was and is my only father in this world and in my life.... (sori, aku taknak citer my private story dalam entri ni...)
And, bila air mata ni dah mengalir, aku terpikir, "Adakah Uncle Polis (I called him Uncle Polis...dan masa aku kecik dulu, aku selalu menjerit berlari2 kalo nampak dia dan panggil dia Uncle Poyisss..almaklum lah, aku ni si pelat yang comel..ahaks! ops! sambung balik citer sedeh ni..) akan bangga kalo dia dapat tengok aku sekarang nih???" Aku selalu ingat kata2 dia..everytime dia nak balik ke Terengganu, or kalo aku dah nak balik asrama atau universiti dulu, dia akan cakap, " Belajar rajin-rajin..." Aku tahu.Dia rasakan, dia hanya mampu bagi nasihat kat aku untuk belajar rajin2 jer.sbb dia tahu, aku berdikari sendiri untuk uruskan hal2 harian aku...(oh, air mata aku mengalir pula sekarang...)
Dan yang paling aku rindukan, tiap kali emak aku membebel pada aku, dia sentiasa back-up aku...bagi dia, aku ni mampu buat keputusan aku sendiri...aku tahu, dia sangat bangga dengan aku..tiap kali aku bagitau yang result aku ok, dia takde bg reaksi ape2 pun...tapi, mak selalu ckp pd aku, yang arwah ayah aku tu selalu citer pasal aku kat kakak dan abg2 dia...dan kawan2 dia..dia selalu kata yg aku ni bijak..
Penah jugak mak aku bagitau aku, yg aku taknak tukar ke panggil dia "AYAH" instead of asyik panggil dia Uncle Polis, even though dah lama dia jadi ayah tiri aku..tapi aku jwb, "takleh la nak tukar dah..drp kecik panggil Uncle Polis.janggal la nak panggil Ayah pulak.." dan aku tau, pada ketika aku sedang menimbus tanah kuburnya, panggilan Uncle Polis adalah lebih tinggi nilainya pada aku berbanding panggilan seorg ayah... (ya, aku masih sedang menangis tatkala menulis entri ni)
Ketika aku masuk U, aku jarang balik rumah..dan kalo aku balik pun, Uncle Polis tiada.dia kat Terengganu...semasa belum final semester aku lagi, aku dah tny dia, "Uncle Polis boleh ke dtg U nanti untuk ambil barang2 bawa balik umah nanti?", dan dia jawab ok...ketika aku sedang menyiapkan thesis dan lagi beberapa hari nak final exam, mak aku ckp yg Uncle Polis kena strok..tapi dia ckp kat mak, kalo dia mampu drive, dia akan dtg amek brg2 aku kat u nanti..dan kalo dia tak mampu, dia nak mintak anak dia dtg amekkan...tapi aku ckp kat mak aku, takpe.aku akan cuba bawak sendiri barang2 aku tu..paling aku tahan, dia ckp, "Maaf, Uncle dah tak dapat nak amek kat U nanti..."
After aku tamat belajar, aku dok kat umah je.and mak ckp Uncle nak balik umah.dia mintak anak dia bawak dia...Sumpah! aku tengok dia masa dia kuar drp keter time aku, dada aku sebak.rasa nak menangis, tapi aku kawal.Dia sgt kurus...badan dia yg tinggi sasa dulu, aku nampak hanya lah rangka...dan sebelah bahagian tubuh dia dah senget..Aku taktau apa nak borak kat dia...sbb aku tak sanggup nak tgk dia..aku rasa sedeh...
Bila result final aku kuar, aku mintak mak aku tepon dia.mak aku suh aku ckp sendiri dgn dia.Aku pun bagitau yang aku dpt 4 flat, dan akan grad dgn 1st class honour...tapi aku taktau la samada dia dpt dgr tak ape yg aku ckp..tp sbnrnya, smasa dia sihat lg aku dah bagitau yg aku akan grad dgn 1st class honour.dan ak ni mintak mak dan dia untuk masuk dewan tgk aku grad ti...macam biasa, dia takde kata ape2...tapi mak aku ckp, dia excited nak tgk aku konvo Aku rasa sedeh.bila ingat, mak ckp kat aku..Uncle kata, kalo aku nak ayah kandung aku yang masuk dewan konvo aku nanti bersama mak aku, dia kata takpe.dia tak kesah..tapi aku ckp kat mak, aku nak dia yang masuk.sbb dialah ayah aku....ayah yang aku kenali, dan aku anggap sbg ayah...
Tapi akhirnya, dia tetap tak dapat tgk aku konvo...dia meninggal dunia, sebulan 24 hari sebelum aku konvo, dan 28 hari sebelum aku lapor diri di tempat kerja aku...Aku takkan lupa akan satu kisah.sebelum dia meninggal...menantu dia yg jaga dia semasa dia dah terlantar atas katil kata yg arwah asyik pandang ke siling.dan mengomel sebut..."U.....T.....M......U......T.....M...." masa tu menantu dia taktau ape yg dia ckp kan.tp after dia jumpa aku masa arwah meninggal, barulah dia paham.yg arwah sebut UTM, tempat aku belajar.dia rasa, arwah asyik teringat pasal konvo aku.dia nak tgk konvo aku.dia nak tgk aku berdiri atas pentas, terima scroll 1st class honour aku.dia nak rasa bangga, dan katakan yang aku adalah anak dia...hingga saat akhir pun, dia masih ingat akan janjinya utk dtg tgk konvo aku...
Sori, kalo ada sape2 yang dah terbaca entri aku kali ni...aku bukan sengaja nak tulis panjang2...aku juz nak tulis, sesuatu yang akan sentiasa wat aku tak lupa pada arwah ayah aku ni...Dia selalu suh aku belajar rajin2, dan kalo dia masih ada sekaang, aku yakin dia akan ckp "Kerja rajin-rajin..."....
1 benda yang wat aku ralat.aku tak sempat nak bagi dia duit gaji pertama aku...aku teringin nak bagitau dia yang aku sekarang sudah kerja besar...aku teringin nak ajak dia, makan ikan bakar kat Tanjung Lumpur sama2...tak perlu bimbang pasal duit lagi....aku teringin nak belanja dia makan yang sedap2....aku teringin nak dia bangga bercerita pasal aku kerja kat company besar...aku nak dia rasa yang aku sayangkan dia dan dialah ayah aku...
dan paling wat aku hiba, aku tak sempat dan tak dapat nak tunjukkan pada dia dedikasi yang aku tulis pada thesis aku...so, aku lampirkan dedikasi aku buatnya di sini, supaya terpateri dedikasiku buat dirinya untuk selamanya....
Untuk emak dan ayah tiri,
Siti Rokiah binti Mat Petah
Abdul Rahman bin Ibrahim
Dengan doa dan kasih sayang kalian memberikan kekuatan dan
membantuku dalam menghadapi arus kehidupan sehingga kini….
p/s: Aku rindukan dia....Maaf kerana tak menjadi anak yang baik...dan terima kasih kerana memberi kasih sayang seoarang ayah kepada aku selama ini...semoga Allah merahmati dan menempatkan roh Allahyarham di sisi-Nya...Al Fatihah..